Bab 1

1.3K 106 8
                                    

Pang!! Satu tamparan kuat hinggap di pipi Dhiya. Sampai terteleng kepala Dhiya akibat ditampar kuat oleh Dato Dazrin. Kini dia angkat perlahan wajahnya. Matanya berkaca merenung ke arah papanya.

"I'm so dissapointed with you. Buat kerja apapun langsung tak boleh diharap. Macam mana Dhiya boleh salah buat proposal penting macam ni. Dengan kiraan bajet pun tak sama. Dhiya nak malukan papa ke? Nak kita hilang pelabur untuk projek besar macam ni!" Tempik Dato Dazrin. Armel sudah menahan senyum apabila melihat adik tirinya ditampar. Rasa puas hatinya dapat kenakan Dhiya.

"Puas hati papa tampar Dhiya? Papa.. Dhiya dah semak banyak kali proposal tu. Mana Dhiya tahu kenapa semuanya bertukar. Lagipun Dhiya bagi Encik Kamil dan Selena juga untuk semak prososal tu. Betul kan Encik Kamil saya bagi Encik Kamil semak kertas proposal tu dua hari lepas? Saya bagi pada awak juga kan Selena?" Kali ini Dhiya memandang ke arah Encik Kamil dan Selena yang juga duduk di atas sofa dalam office papanya. Tapi kedua-dua mereka hanya menunduk membuat muka serba salah tanpa mengeluarkan sebarang jawapan.

"Selena, Kamil betul ke Dhiya ada bagi proposal tu untuk korang semak?" Soal Dato Dazrin. Kini Selena dan Encik Kamil saling berpandangan sesama sendiri. Perlahan mereka gelengkan kepala mereka. Dhiya mengepal penumbuknya menahan geram. Sakit hatinya apabila Encik Kamil dan Selena menipu.

"Hei, korang berdua saja nak menipu kan? Aku dah bagi korang semak kertas proposal tu kan. Aku tahu korang mesti berpakat dengan Armel nak kenakan aku kan? Sebab korang suka bila papa aku marahkan aku betul tak?!" Tempik Dhiya kuat. Dia sudah tidak dapat mengawal amarahnya. Sejak dari dulu ada saja onar yang dibuat oleh kakak tirinya itu untuk mengenakannya sampaikan papa semakin benci padanya. Sedangkan dia anak kandung papanya bukan Armel ataupun Aisya.

"Dhiya Kamila! Jangan nak salahkan orang lain sebab nak tutup salah sendiri. Shame on you! Bukan setakat tak reti buat kerja, tapi perangai pun teruk. Bila buat salah mula nak salahkan orang lain!" Tempik Dato Dazrin. Turun naik dadanya menahan marah.

"Tapi memang Dhiya tak salah papa! Penat je Dhiya buat proposal tu tapi semua dah bertukar." Bidas Dhiya.

"Sudah! Papa tak nak dengar. Sekarang biar Armel yang handle this project. Kira baguslah papa tak pecat Dhiya. Kalau ikutkan hati papa yang sakit ni dan kalau Dhiya bukan anak papa. Dah lama papa pecat Dhiya. Now you get out from my office!" Marah Dato Dazrin lagi.

Dhiya merenung tajam ke arah papanya lalu dia pantas  beredar dari situ menuju ke bilik kerjanya. Dhiya duduk di kerusi meja kerjanya. Kini air matanya mengalir laju. Dia buka semula proposal yang dibentangkan tadi. Memang tak sama dengan proposal asal yang dia buat. Memang sah ini adalah kerja Armel. Tapi papanya lansung tak mahu percaya kata-katanya. Di mata papanya hanya dialah yang jahat, dialah yang tak guna dan tak pandai buat kerja. Anak tirinya si Armel itu semuanya sempurna.

Sakit..sakit rasanya diabaikan oleh papa sendiri. Jika dulu dialah anak kesayangan papa. Kini semuanya berubah selepas arwah mama meninggal. Disebabkan amarah papa pada arwah mamanya dia yang terpaksa menanggung api kebencian papanya. Dia rindukan papanya yang dulu. Puas dia berusaha untuk ambil hati papa namun semuanya gagal. Sebab itulah kini dia lebih suka memberontak. Biar papanya marah. Biar papanya juga rasa sakit hati sebagaimana dia rasa sakit.

*****

Dhiya duduk di meja bar dalam kelab malam mewah. Sesekali matanya mengerling ke arah sahabatnya Nasha yang sedang rancak menari. Kini dia celupkan sedikit jarinya pada air arak di dalam cawan itu lalu dia calitkan sedikit ke bajunya. Dia bukannya ambil air kencing syaitan itu. Walaupun dia jahil tapi dia tak nak dirinya mabuk. Kerana dia tahu jika dia mabuk di tempat begini ramai orang mudah ambil kesempatan padanya. Cukuplah bau dari minuman keras itu melekat di bajunya supaya dia boleh berpura-pura mabuk ketika di depan papanya sebentar lagi.

Ustaz Faqih RuzainWhere stories live. Discover now