Bab 3

849 109 16
                                    

Selepas menunaikan solat isyak berjemaah bersama keluarganya Faqih duduk termenung di buaian yang terletak dia luar halaman rumah ayahnya.

"Hai, duduk termenung sorang-sorang dekat situ malam-malam macam ni dah kenapa Abang. Nyamuk banyaklah malam-malam macam ni." Tegur Fatiha sambil melangkah ke arah Faqih. Faqih hanya tersenyum pada adiknya.

"Saja je ambil angin."

"Ambil angin ke? Atau pening fikir pasal bakal isteri?" Tempelak Fatiha.

"Apa maksud adik yang abang pening fikir pasal Kak Dhiya?" Soal Faqih.

"Abang betul ke nak kahwin dengan Kak Dhiya tu?" Fatiha inginkan kepastian.

"Kenapa adik tanya macam tu?" Soal Faqih semula dengan riak muka selamba.

"Abang tengoklah Kak Dhiya tu. Gaya dia pun macam pelik je. Dengan seksi lagi, perangai pun gedik semacam acah-acah diva. Abang ni ustaz. Abang tak malu ke semua orang mengata abang nanti kalau ada isteri macam tu. Lelaki sebaik abang ni patutnya kahwin dengan perempuan yang baik dan sopan macam kak Maira tu." Fatiha meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Entah kenapa dari awal dia melihat Dhiya dia sudah menyampah dengan perangai dan gaya acah diva Dhiya. Lagipun dia rapat dengan Kak Maira iaitu sepupunya yang sebaya dengan abangnya dan dia juga tahu Maira memang sukakan Faqih sejak dulu.

Kini Faqih merenung wajah Fatiha. Kini Fatiha juga melabuhkan duduknya di atas buaian. Dia duduk di sebelah Faqih. Tiba-tiha dia terkejut apabila dahinya dijentik kuat oleh abangnya.

"Adoi! Apasal abang jentik dahi adik?!" Marah Fatiha.

"Hukuman untuk adik. Sebab mulut tu jahat mengumpat orang. Berdosa tau mengumpat orang." Balas Faqih sambil ketawa apabila melihat wajah marah adiknya.

"Eh, adik cakap perkara yang betul ya. Kak Dhiya tu nampak tak sepadan langsung dengan abang. Takkan sebab dia tu liar dan Uncle Dazrin nak minta tolong abang tarik anak dia ke pangkal jalan abang nak rugikan masa dan hidup abang kahwin dengan dia kan. Ibu dan ayah pun tak paksa abang kahwin dengan dia kan." Bidas Fatiha dengan lantang.

"Adik, masa abang belajar di pondok dulu. Tok guru abang selalu pesan. Jangan menilai seseorang hanya dari luarannya. Sebab isi dada seseorang kita tak mampu nak baca. Boleh jadi dalam qalbu orang yang kita nampak buruk tu sedang merintih ingin kembali pada Allah. Lagi satu , kita jangan sesekali pandang seseorang yang bermaksiat dengan pandangan yang jijik. Sebab selagi seseorang itu bernyawa pintu taubat sentiasa terbuka. Boleh jadi kita yang merasa diri lebih baik dari orang lain, pengakhiran kita lebih buruk dari orang yang kita pandang hina." Ucap Faqih sambil merneung wajah Fatiha. Fatiha terdiam seketika mendengar kata-kata abangnya.

"Maafkan adik. Adik cuma tak nak abang menyesal di kemudian hari." Ucap Fatiha perlahan.

"Adik, sebelum abang buat keputusan untuk jadi suami Kak Dhiya. Abang dah buat solat taubat dan solat istikarah. Abang minta Allah beri petunjuk pada abang. Sebelum tu abang tak ada rasa nak terima pun cadangan ibu dan ayah. Tapi lepas beberapa kali buat solat istikarah abang rasa tergerak hati nak jadi suami Kak Dhiya. Abang yakin Allah beri perasaan ni bukan saja-saja. Pasti ada sebab Allah pilih abang untuk bimbing Kak Dhiya. Lagipun pada pemerhatian abang. Abang tak rasa Kak Dhiya tu jahat. Cuma abang nampak. Dia tu umpama orang yang memberontak dan dahagakan kasih sayang. Mungkin juga rohani dia sedang meronta untiu kembali pada Allah. Cuma dia tak nampak jalannya. Jadi abang rasa tak salah kan kalau abang jadi perantaraan untuk sampaikan pada dia ilmu tentang agama dan ajak dia kembali mengenal Allah." Terang Faqih.

Ustaz Faqih RuzainWhere stories live. Discover now