Bab 15

813 98 8
                                    

Dhiya merenung suaminya yang segak berbusana baju melayu warna kuning diraja. Busana pengantin itu membuatkan Faqih kelihatan bertambah kacak. Faqih juga tersenyum merenung ke arah isterinya. Dia menghulurkan tangannya pada Dhiya. Perlahan Dhiya sambut huluran tangan suaminya, kemudian Faqih menarik perlahan tangan isterinya lalu dia letakkan di lengannya.

Kini Faqih dan Dhiya berjalan dan duduk di atas pelamin yang indah. Kedengaran zikir dan selawat dialunkan bagi pembukaan majlis. Kemudian guru Faqih Syeikh Akhbar telah membacakan doa. Dhiya dan Faqih tersenyum bahagia. Sungguh dia tidak sangka dia berkahwin dengan teman rapatnya sewaktu kecil. Faqih yang dulunya selalu menjaganya kini akan menjadi pasangan hidupnya untuk seumur hidup.

Dalam kegembiraan terbit rasa sebak dalam hati Dhiya. Dia berfikir, jika mamanya masih ada, adakah mama akan gembira menyaksikan detik indah hari persandingannya. Sungguh dia sangat rindukan detik indah bersama mama dan papanya. Walaupun dia benci dengan mamanya namun jauh di sudut hatinya dia sangat rindukan mamanya. Kadangkala dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya sendiri, antara benci, sayang dan rindu semua bergabung menyebabkan hatinya menjadi sakit.

Mata Dhiya meliar memandang ke arah para tetamu yang hadir. Sejak dari tadi  kelibat papanya tidak kelihatan. Adakah papanya tidak datang pada hari persandingannya? Adakah papa masih marah padanya? Jujurnya dia sangat rindukan Dato Dazrin. Apabila Dhiya tidak nampak kelibat papanya di situ matanya terasa panas. Dia kerdipkan matanya beberapa kali bagi menahan air matanya agar tidak jatuh.

Dato Dazrin yang baru sampai ke situ melirik ke arah pasangan pengantin yang nampak sama padan itu. Hatinya merasa sebak. Dhiya yang baru perasan kehadiran papanya merenung lama ke arah Dato Dazrin. Air matanya bergenang. Ketika pandangan mata mereka bersambung keduanya merenung ke arah satu sama lain dengan perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Dato Dazrin tersenyum tipis pada anaknya. Dhiya juga membalas senyuman papanya.

Mata Dhiya hanya melirik ke arah papanya. Dia melihat papanya bersalaman dengan ayah Faqih dan para tetamu. Setelah selesai sesi bersanding Dhiya pantas meluru ke arah papanya. Dhiya terus peluk erat tubuh papanya.

"Terima kasih papa. Terima kasih sebab datang ke majlis Dhiya." Ucap Dhiya. Dato Dazrin yang merasa sebak hanya diam. Spontan tangannya naik memegang kepala anaknya. Datin Hazlin, Armel dan Aisya sudah membuat muka menyampah. Manakala Faqih hanya merenung sayu ke arah bapa dan anak itu. Selepas mereka meleraikan pelukan. Faqih pula bersalaman dengan Dato Dazrin.

"Terima kasih sebab datang papa." Ucap Faqih pula. Dato Dazrin mengangguk dan tersenyum.

"Faqih, sebenarnya papa ni tak nak datang. Tapi mama yang pujuk papa supaya datang sini. Kalau ikutkan papa, dia masih marah pada Dhiya. Yelah, lepas keluar dari rumah. Dhiya langsung tak ada hubungi kami untuk minta maaf." Datin Hazlin memandang Dhiya.

Dhiya ketap bibirnya menahan rasa sedih. Jadi papa tak terfikir pun untuk datang ke majlisnya. Papa datang ke ke sini hanya disebabkan pujukan ibu tirinya. Faqih juga terdiam, direnung wajah isterinya.

"Dhi..Dhiya minta maaf papa. Dhiya minta maaf sebab Dhiya dah lukakan hati papa." Dhiya merenung papanya dengan mata yang berkaca. Dato Dazrin diam, dia juga merenung anaknya.

"Patutnya Dhiya kena minta maaf dengan mama Lin, Armel dan Aisya tau. Sebab tempoh hari Dhiya nak cederakan kami. Siap Dhiya belasah Armel dan Aisya." Sampuk Datin Hazlin lagi.

Dhiya ketap bibirnya. Penumbuk dikepal. Kejadian tempoh hari bermula dari sikap Datin Hazlin dan anak-anaknya sendiri. Tapi tetap Dhiya juga yang nampak buruk pada mata semua orang. Nak minta maaf pada mereka, memang tiada dalam istilah kamus hidupnya.

"Dhiya rasa cukuplah sekadar minta maaf pada papa je kan. Sebab orang lain tak penting bagi Dhiya. Kebenarannya biarlah Dhiya je yang simpan sendiri." Ucap Dhiya.

Ustaz Faqih RuzainWhere stories live. Discover now