Kedengaran azan maghrib berkumandang. Dhiya tersenyum lebar, pantas dia berlari ke bilik. Dilihatnya Faqih yang baru balik dari ladang sebentar tadi sudah selesai membersihkan diri.
"Faqih, dah azan tu. Dah masuk waktu berbuka. Jom, Dhiya dah masakkan makanan special hari ini tau." Dhiya terus menarik tangan suaminya ke ruang makan. Faqih memang selalu berpuasa sunat pada hari isnin dan juga khamis.
"Tadaa... Tengok ni! Dhiya masak khas untuk awak." Dhiya tersenyum lebar. Faqih merenung lauk tom yam dan paprik ayam yang di atas meja. Macam tak percaya je isterinya yang masak semua ini, kerana selama ini Dhiya hanya tahu masak ayam goreng, telur goreng dan ikan goreng je.
"Wah, betul ke isteri abang masak semua ni?" Soal Faqih.
"Betullah, saya yang masak semua ni. Kenapa awak tak percaya ke? Hah, mesti awak susah nak percaya kan. Isteri awak yang cantik ni pandai masak lauk macam ni?" Ucap Dhiya dengan riak bangganya. Disebabkan mulut-mulut mak cik bawang tempoh hari Dhiya nekad mahu belajar memasak.
"Yelah, selalu sayang masak yang simple je. Selebihnya abang yang akan masak lauk beriya macam ni. Mana sayang belajar semua resepi ni?" Soal Faqih ingin tahu.
"Youtube kan ada. Sekarang ni semuanya hujung jari tau. Resepi apa je yang tak ada di internet tu. Sudahlah, abaikan pasal resepi tu. Sekarang duduk cepat. Boleh buka puasa." Ujar Dhiya. Dhiya siap tolak kedua bahu Faqih agar duduk di kerusi lalu dia cedokkan nasi dan lauk ke dalam pinggan suaminya.
Faqih sudah tersenyum bahagia apabila dilayan seperti itu. Yelah, selama ini mana pernah Dhiya beriya layan dia di meja makan seperti ini. Faqih baca doa berbuka puasa dan doa makan.
"Sayang tak makan sekali ke?" Soal Faqih.
"Saya dah makan salad tadi. Sekarang saya tengah diet. Saya masak semua ni khas untuk awak. Jadi awak kena habiskan ya." Ucap Dhiya.
Faqih tersenyum lalu dia suapkan nasi ke dalam mulutnya. Apabila nasi itu masuk ke dalam mulutnya dia terkaku seketika. Perasaan yang tadinya teruja nak makan makanan yang isterinya masak terus mati. Mana tidaknya tom yam dan ayam paprik yang dimasak oleh Dhiya terlebih masin. Kalau hari-hari makan lauk begini pasti dia boleh kena darah tinggi.
"Ermm, kenapa berhenti makan? Tak sedap ke?" Soal Dhiya sambil mengerutkan keningnya.
"Eh, mana ada tak sedap. Sedap sangat Dhiya masak." Faqih terpaksa menipu demi menjaga hati isterinya. Tidak sampai hati dia nak kata masakan Dhiya tidak sedap memandangkan isterinya itu sudah menunjukkan usaha yang keras untuk belajar memasak.
"Kalau sedap makan la bagi habis. Nah tambah lagi lauk ni." Ucap Dhiya. Kini Dhiya tersenyum sambil merenung suaminya berbuka puasa. Hatinya terasa puas apabila dapat memasak untuk suaminya.
Sesekali mata Faqih melirik ke arah Dhiya yang merenungnya. Sudahlah makan lauk masin, Dhiya pula renung dia dengan senyuman semacam. Aduh, menduga betullah. Nak kerutkan muka pun tak boleh. Nanti mahu kantoi pula isterinya masak tak sedap. Dalam keterpaksaan Faqih suap nasi ke mulutnya lagi dan lagi. Apabila rasa nak temuntah Faqih teguk air di dalam gelas.
"Kalau awak suka makanan saya masak. Nanti hari-hari saya akan masakkan untuk awak tau. Awak tak payah masak." Ujar Dhiya.
"Burrr!" Terus tersembur air dalam mulut Faqih apabila mendengar kata-kata isterinya. Kalau hari-hari Dhiya masak masin begini matilah dia kena penyakit darah tinggi.
"Apa ni Faqih? Habis semua nasi dan lauk ni awak sembur?" Dhiya merengus geram.
"Maaf, maaf. Abang tak sengaja. Abang rasa nak tersedak tadi." Ucap Faqih.
"Takpe, biar saya kemas semua ni kejap." Ucap Dhiya. Pantas Dhiya ambil pinggan Faqih dan lauk itu lalu di bawa ke dapur.
Dalam hati Faqih sudah merasa lega kerana dia tak perlu habiskan nasi tersebut. Tetapi tiba-tiba mata Faqih membulat apabila isterinya membawa sedulang makanan. Dilihatnya ada nasi dan juga lauk tadi.
YOU ARE READING
Ustaz Faqih Ruzain
RomanceFaqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini men...