Bab 7

1.4K 111 11
                                    

Faqih merenung isterinya yang sedang duduk di atas lantai sambil memeluk lututnya sendiri. Muka Dhiya sudah kemerahan dan matanya bengkak kerana terlalu banyak menangis. Entah kenapa hatinya terasa sakit melihat keadaan Dhiya. Faqih melangkah ke arah isterinya. Kini dia duduk di sebelah Dhiya.

Mata Dhiya yang penuh dengan air mata melirik ke arah tangan Faqih yang sudah berbalut. Timbul penyesalan di dalam hatinya kerana telah mencederakan suaminya.

"Faqih.. a..aku minta maaf. Aku tak sengaja." Ucap Dhiya dengan nada bergetar. Sebak hati Faqih mendengar kata-kata isterinya. Pantas sebelah tangannya dia rangkul bahu Dhiya hingga tubuh Dhiya termasuk ke dalam pelukan.

"Shhh... jangan risau tangan abang ni luka sikit je. Abang tak marah sayang pun. Jadi jangan sedih ya." Pujuk Faqih.

"Faqih..aku minta maaf.. aku minta maaf." Melihatkan tindakan Faqih, makin kuat esakan Dhiya. Dia fikir Faqih akan memarahinya. Namun lelaki itu langsung tidak marah, malah lelaki itu cuba untuk memujuknya.

Kini Dhiya menangis teresak-esak di dada bidang milik suaminya. Sedikit sebanyak pelukan hangat Faqih dan bau wangian dari tubuh lelaki itu membuatkan dia merasa sedikit tenang. Selepas puas menangis Dhiya tolak perlahan dada Faqih. Kini dia merenung suaminya.

"Kau tak marah aku ke?" Soal Dhiya dengan nada sayu. Faqih lekapkan kedua belah tangannya di pipi Dhiya. Kini dia dan Dhiya merenung ke dalam anak mata satu sama lain.

"Abang tak marah sikit pun. Abang yakin pasti ada sebab kenapa Dhiya buat semua tu. Walaupun abang tak tahu apa sebabnya. Cuma satu je abang nak minta. Tolong kawal sikit amarah sayang tu. Mencederakan diri sendiri dan orang lain bukan jalan penyelesaiannya. Apatah lagi nak bunuh diri sayang. Berdosa besar tahu tak." Kata Faqih dengan nada memujuk. Dhiya hanya mengangguk perlahan dengan sambil menangis.

"Papa dah halau aku. Faqih tolong bawa aku keluar dari rumah ni." Pinta Dhiya.

"Jangan risau sayang. Sayang isteri abang. Abang akan bawa sayang walau ke mana pun abang pergi. Jom kita bersiap ya. Kita balik rumah abang." Faqih seka air mata isterinya. Dhiya hanya mengangguk. Kini Faqih dan Dhiya letakkan baju dan barang mereka ke dalam beg. Hanya beberapa beg saja yang sempat Dhiya packing.

"Dah siap kemas ke?" Soal Faqih apabila melihat Dhiya memegang begnya.

"Dah jomlah kita pergi." Kata Dhiya yang ingin melangkah keluar dari bilik.

"Kejap, kejap. Jangan keluar lagi. Ada benda lagi tak settle." Ucap Faqih sambil dia meluru ke arah almari Dhiya. Dhiya mengerutkan dahinya apabila melihat Faqih menyelongkar almarinya.

"Ala..kenapa tak ada ni." Kata Faqih.

"Kau cari apa?" Soal Dhiya

"Tudung. Abang nak bagi sayang pakai tudung." Kini Faqih berjalan ke arah Dhiya. Dia angkat tangan isterinya lalu dia sarungkan sweater miliknya di tubuh Dhiya kerana isterinya itu memakai baju lengan pendek. Kini Faqih lilitkan pula tuala putih di kepala Dhiya dengan kemas. Siap dia pin kan lagi tuala itu.

"Kau buat apa ni Faqih? Apasal lilit tuala pulak dekat kepala aku? Panaslah." Soal Dhiya.

"Tak ada tudung tuala pun jadilah sayang oii.. Puas abang cari tudung dalam almari Dhiya. Tapi satu pun tak ada." Ucap Faqih.

"Aku mana ada tudung sebab aku tak pakai tudung, yang ada pun tudung nikah haritu. Itu pun aku dah bagi bibik. Faqih aku tak nak la pakai tuala ni atas kepala. Nampak macam pelik je."  Dhiya sudah merengus geram.

"Dhiya Kamila. Selagi aurat Dhiya tak tertutup kita tak akan keluar dari rumah ni. Segala keindahan tubuh Dhiya hanya untuk tatapan abang. Hak abang. Abang tak nak jadi suami dayus biarkan isteri keluar tak tutup aurat. Lagipun dosa Dhiya abang yang tanggung tahu tak. Nanti kat akhirat abang boleh muflis akhirat bila Dhiya tuntut pada Allah dengan mengatakan abang tak tegur dan tak bimbing Dhiya. Sekarang angkat kaki. Abang nak pakaikan stokin ni pula." Kata Faqih tegas.

Ustaz Faqih RuzainWhere stories live. Discover now