Dato Dazrin yang sedang menikmati sarapan pagi bersama keluarganya merenung ke arah Faqih dan Dhiya.
"Dhiya nanti ikut Faqih balik kampung kena jaga kelakuan. Budaya kampung tak sama dengan bandar. Jangan malukan Faqih. Jaga maruah Faqih." Ucap Dato Dazrin. Berkerut dahi Dhiya mendengar kata-kata papanya.
"Apasal pulak Dhiya nak ikut Faqih balik ke kampung papa. Kan Dhiya kerja dekat sini." Bidas Dhiya.
"Tempat isteri di sisi suami Dhiya, takkan Dhiya nak berjauhan dengan suami Dhiya." Balas Dato Dazrin. Faqih hanya anggukkan kepalanya sambil tersenyum apabila mendengar kata-kata bapa mertuanya. Dhiya yang merenung reaksi suaminya sudah panas hati.
"Dhiya tak nak ikut dia balik kampung papa. Ramai je suami isteri berjauhan atas faktor kerjaya. Apa tu orang kata. Hah, PJJ percintaan jarak jauh." Balas Dhiya lagi sambil menjeling ke arah suaminya.
"Tapi abang taknak PJJ abang nak PJD percintaan jarak dekat. Barulah hubungan kita makin mesra kan." Bidas Faqih sambil tersengih dan menjongketkan keningnya. Dato Dazrin sudah ketawa melihat Faqih menyakat anaknya. Makin panas hati Dhiya mendengar kata-kata Faqih.
"Tapi papa.." Belum sempat Dhiya nak habiskan ayatnya.
"Tak ada tapi-tapi Dhiya. Tempat seorang isteri memang di sisi suami. Dengar tadi Faqih kata dia tak nak PJJ, jadi Dhiya PJD je la dengan Faqih yer. Pasal duit poket Dhiya jangan risau. Nanti papa masukkan allowance Dhiya macam biasa." Kata Dato Dazrin tegas. Dhiya sudah menrengus geram. Dia jeling Faqih bagai nak ditelannya Faqih hidup-hidup, tapi Faqih hanya menayang riak selambanya.
"Papa, Faqih rasa lepas ni papa tak perlu bagi Dhiya duit poket dah. Sekarang Dhiya tanggungjawab Faqih. Jadi biar segala keperluan Dhiya Faqih sebagai suami yang tanggung." Sampuk Faqih.
"Ermm, bagus juga tu. Kalau tu yang Faqih rasa baik papa ikut je. Sebab sekarang Dhiya memang hak Faqih. Memang itu yang sepatutnya." Balas Dato Dazrin.
"Hell no! Pak Ustaz tolong jangan bagi cadangan merapu boleh tak. You know how much papa bagi I setiap bulan. 50 ribu okey. Kalau gaji awak yang setakat jadi ustaz tu saya rasa setahun pun belum tentu awak dapat bagi saya banyak tu." Mata Dhiya mencerlung tajam ke arah suaminya.
"Dhiya apa cakap dengan suami macam tu! Jangan jadi kurang ajar boleh tak?" Marah Dato Dazrin.
"Betul tu Dhiya. Jaga sikit adab tu." Sampuk Armel. Datin Hazlin dan Aisya juga sudah menggelengkan kepala mereka sambil memandang pelik ke arah Dhiya.
"Betullah apa Dhiya cakap ni papa. Dia ni ada hati nak sara Dhiya. Berapa je dia mampu bagi pada Dhiya. Dia ingat Dhiya boleh bahagia ke hidup dengan dia." Bidas Dhiya lagi.
"Dhiya Kamila!! Jangan nak kurang ajar sangat boleh tak!jangan sampai papa tampar muka Dhiya tu!" Tengking Dato Dazrin yang geram melihat anaknya menghina Faqih. Terasa jatuh air mukanya di depan Faqih apabila melihat perangai anaknya.
"Papa.. Tak pe papa. Jangan marah, Faqih okey je." Faqih bersuara bagi mengurangkan ketegangan di waktu ini. Kini dia merenung ke arah Dhiya yang ada di sebelahnya.
"Dah la. Dhiya takda mood nak makan." Kata Dhiya lalu dia terus meninggalkan makanannya dan naik ke biliknya. Makin geram Dato Dazrin melihat perangai Dhiya.
"Tengoklah perangai anak abang tu. Makin lama makin kurang ajar. Entah-entah nanti si Faqih ni pun tak tahan dengan kerenah dia." Kata Datin Hazlin.
"Takpe mak cik. Saya yakin nanti Dhiya akan berubah. Kita bagi dia masa. Lagipun bila kahwin tiba-tiba macam ni mesti dia rasa terkejut kan." Faqih cuba untuk membela isterinya walaupun dalam hatinya sedikit terasa dengan kelakuan Dhiya.
YOU ARE READING
Ustaz Faqih Ruzain
RomanceFaqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini men...