Bab 12

605 99 8
                                    

Malam itu selepas menunaikan solat isyak Dhiya pergi ke dapur untuk minum air. Harini Faqih tiada di rumah kerana ada ceramah di surau. Maka dia bersendirian di rumahnya.

Dum!! Bunyi guruh kuat di langit disertai dengan hujan lebat. Dhiya yang baru hendak minum air terkejut, terus gelas yang dipegangnya terlepas dari tangannya. Gelas kaca itu pecah berderai di atas lantai. Tubuh Dhiya sudah menggigil teruk. Hatinya berasa takut kerana diluar hujan lebat dan bunyi guruh berdentum.

Dum!!! Sekali lagi bunyi guruh dilangit di sertai elektrik yang tiba-tiba terpadam.

"Arghhh!" Jerit Dhiya kuat. Lalu dalam kegelapan dia berlari laju sehingga dia terlanggar dinding. Tidak dihiraukan tubuhnya yang sakit kerana terlanggar dinding. Kakinya juga luka akibat terpijak kaca. Kini tubuh Dhiya melorot terduduk di lantai. Dia bersandar rapat ke tepi dinding. Dalam keadaan gelap gelita masih kedengaran bunyi guruh kilat sambung menyambung di luar.

"Ta..takut. Dhiya takut...tolong Dhiya. Papa tolong Dhiya." Kata Dhiya dengan nada tersekat-sekat. Bibirnya bergetar menahan debaran. Tubuhnya menggigil kuat. Air matanya sudah mengalir. Dia sembamkan wajahnya pada lutut dan kedua tangannya dia pekup kedua belah telinganya. Kini dia menangis teresak-esak. Ingatan tentang masa lalunya ligat bermain di fikiran.

Dhiya melangkah perlahan ke dapur. Hari sudah lewat malam. Sejak pagi tadi Datin Hazlin tidak membenarkan dia makan. Disebabkan papanya bekerja di luar kawasan tiga hari ini memang teruk ibu tirinya dan saudara tirinya menderanya.

Dhiya buka lampu kecil di dapur. Dalam suasana gelap dan hanya diterangi lampu yang kecil Dhiya melihat ke atas meja. Tidak ada satu makanan pun yang tinggal untuknya. Perlahan dia tarik kerusi yang ada di island table ditolak ke arah table top dapur. Kemudian dia panjat kerusi tersebut. Dhiya buka periuk nasi. Dilihatnya ada sedikit lagi nasi dan kerak nasi di dalam periuk.

Dhiya membaca doa makan. Kemudian dia suap nasi itu ke mulutnya. 'Dhiya kalau nak makan kena baca doa dulu tau. Barulah nanti syaitan tak ikut makan sekali.' Tiba-tiba Dhiya bagai teringat pesanan yang selalu diberi oleh arwah mamanya setiap kali dia hendak makan. Air matanya sudah mengalir lalu pantas dia seka air matanya.

Dhiya ketapkan bibirnya menahan rasa sedih. Hanya ini makanan yang ada. Selama ini tidak pernah lagi dia makan nasi kosong apatah lagi kerak nasi. Tetapi hari ini dia terpaksa makan kerak nasi kerana perutnya terlalu lapar, sejak pagi dia tidak dibenarkan menjamah apa-apa makanan. Sampainya hati ibu tirinya memaksa budak berusia sembilan tahun sepertinya berlapar.

Tengah Dhiya ralit makan kerak nasi lampu dapur dibuka. Kini cahaya malap sebentar tadi jadi terang benderang. Dhiya menoleh. Dapat dia lihat wajah Datin Hazlin yang memandangnya dengan riak wajah bengis. Armel dan Aisya hanya tersenyum seperti mengejeknya.

"Kau buat apa dekat dapur ni malam-malam? Kau curi makan yer? Kan aku kata harini kau jangan makan!" Tengking Datin Hazlin.

"Au.. Aunty. Dhiya..Dhiya makan kerak nasi je. Dhiya lapar, dari pagi Dhiya belum makan." Jawab Dhiya.

"Kau menjawab ya! Kau sini kau!" Marah Datin Hazlin. Dia meluru ke arah Dhiya. Pantas dia tarik tangan kecil Dhiya hingga tubuh Dhiya terjatuh dari kerusi.

"Aduh... Sakit.." Dhiya meringis kesakitan. Kini air matanya mengalir laju.

"Hah, tahu kan sakit. Itulah akibatnya sebab kau degil tak nak dengar cakap aku." Kata Datin Hazlin. Kini dia duduk dan dia tarik kuat rambut Dhiya untuk memaksa Dhiya memandang ke arahnya.

"Aunty sakit... Tolong lepaskan rambut Dhiya.." Dhiya merayu tetapi Datin Hazlin tidak menghiraukannya sebaliknya dia tarik lebih kuat rambut Dhiya.

Ustaz Faqih RuzainWhere stories live. Discover now