Faqih melangkah masuk ke dalam rumah. Dilihat Dhiya yang sedang menonton televisyen masih memakai baju tidur.
"Assalamualaikum." Faqih memberi salam.
"Waalaikumussalam." Jawab Dhiya acuh tak acuh. Matanya masih tertumpu pada siaran televisyen. Faqih melabuhkan duduknya di tepi Dhiya.
"Dhiya, abang dah balik dari madrasah pun Dhiya masih pakai baju tidur lagi ke. Kenapa tak mandi lagi ni? Tak elok tau bangun lewat, mandi lewat. Ni tak mandi lagi, tak takut ke nanti bau busuk macam lembu." Tegur Faqih.
"Eee..bisinglah kau ni pak ustaz. Biarlah aku nak bangun lewat atau mandi lewat sekalipun. Kalau busuk pun badan aku bukan badan kau. Jadi jangan nak sibuklah. Lagipun dah nak dekat seminggu aku ni duduk terperap je dekat rumah ni bukan nak ke mana pun. Bosanlah kau tahu tak?" Bidas Dhiya. Rasa berdesing telinganya mendengar bebelan Faqih.
"Bosan eh? Abang tahu isteri abang ni bosan. Sebab tu la abang balik awal dari madrasah harini. Abang nak bawa Dhiya keluar." Ucap Faqih sambil tersenyum. Membulat mata Dhiya terus bibirnya melorek senyuman lebar.
"Betul ke kau nak bawa aku keluar ni? Kau nak bawa aku pergi mana? Pergi shopping ke?" Soal Dhiya teruja.
"Abang, nak bawa ke mana itu rahsia. Sekarang ni yang penting Dhiya pergi mandi bersiap dulu okey." Kata Faqih sambil ketawa kecil melihat riak teruja isterinya. Comel betul riak muka Dhiya jika teruja.
"Okey-okey aku bersiap dulu tau. Kau tunggu kejap" pantas Dhiya bangun. Dia capai tuala dan dia membersihkan dirinya.
Apabila selesai mandi Dhiya buka almari baju. Membulat mata Dhiya melihat baju yang tergantung dan berlipat dalam almari. Pantas dia belek-belek semua baju tersebut."Faqih Ruzain!!!!!" Jerit Dhiya kuat. Panas membara dadanya ketika ini. Faqih yang mendengar tempikan Dhiya terus bangun dari duduknya dan meluru masuk ke dalam bilik.
"Hoi, pak ustaz! Mana kau sorok semua baju aku? Kau beritahu aku sekarang. Apasal semua baju aku dalam almari tu dah tertukar dengan baju yang macam ustazah jadian ni hah?" Marah Dhiya matanya merenung tajam ke arah suaminya.
"Baju Dhiya semua abang dah bakar. Yelah nak sedekah pada orang pun baju tu terlalu seksa untuk dilihat. Dari kena azab sebab Dhiya dan orang lain pakai macam tu. Ada baiknya abang bakar je." Jawab Faqih selamba.
"Kau gila ke apa bakar semua baju aku! Kau tahu tak semua baju tu mahal?" Dhiya mengepal penumbuknya menahan geram.
"Dhiya Kamila, yang abang tahu baju tu tak semahal harga diri dan maruah seorang wanita. Serta syurga itu mahal harganya dan hanya layak didiami oleh hamba yang mahal harga dirinya tetapi tetap merendah hati dengan sesama makhluk." Jawab Faqih lagi sambil tersenyum tipis. Memang sengaja dalam seminggu ini dia tidak ajak Dhiya keluar kerana baju Dhiya semuanya seksi dan dia mengambil masa seminggu untuk memilih dan membeli baju dan tudung-tudung yang baru untuk isterinya.
"Balik-balik nak ceramah. Aku bosanlah nak dengar. Aku tak nak pakai baju macam ni." Marah Dhiya sambil kedua tangannya memeluk tubuh. Dia sudah menarik muka masam. Bibir Faqih sudah mengukirkan senyuman nakal. Kini dia melangkah ke arah Dhiya yang berdiri di tepi almari baju.
"Kalau Dhiya nak bertuala je depan abang tak pe. Abang lagi suka dapat cuci mata." Kata Faqih dengan selamba. Kini dia buka almari lalu dia capai sepasang baju Dhiya.
"Faqih!!!" Jerit Dhiya. Merah muka menahan malu. Pantas dia renung ke arah tubuhnya yang masih memakai tuala. Disebabkan terlalu marah dia terlupa pula dia hanya memakai tuala ketika ini.
"Dhiya malu yer, nak bertuala je depan abang? Kalau malu pakai je baju abang beli tu. Ataupun Dhiya nak pakai baju ni depan abang.." Faqih jedakan ayatnya. Makin nakal usikan Faqih. Bibirnya sudah terjongket senyuman sinis. Kini dia menayangkan baju itu di depan Dhiya. Terbuka sedikit mulut Dhiya kerana terkejut melihat telatah Faqih.
YOU ARE READING
Ustaz Faqih Ruzain
RomanceFaqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini men...