B A B 3 7

4.3K 315 14
                                    

"Dasar, pembawa malang!" kata Bunga Anggerik Nathalia bersama air mata yang masih lagi bercucuran.

Seperti yang pernah ia katakan. Dia hanya buta. Bukan bisu. Dan, kata-kata dia masih tajam seperti dulu. Cuma sekarang ia perlu melihat situasi. Dan, situasi seperti sekarang ini yang menyebabkan wanita itu gagal mengawal kemarahannya.

"Pardon?" suara Shazrin naik seoktaf.

"D.A.S.A.R P.E.M.B.A.W.A M.A.L.A.N.G!" Bunga Anggerik mengulang semula dengan mengeja satu persatu setiap patah perkataan itu dengan geram.

Shazrin Ammar pula sudah berada di depan wanita itu sedang menangis. Dan dia tahu, Anggerik mengetahui kedudukannya kerana pendengaran orang buta ini sangat tajam.

"Saya bukan pembawa malang." Kata Shazrin Ammar lagi.

Dia masih tenang di posisi itu.

"Really? buatlah apa pun. Saya tetap tak akan pernah balas cinta awak. Sekalipun, awak letak pistol di atas kepala saya. I never loved you! never!" jerit Bunga Anggerik Nathalia.

"Jangan pernah cabar saya Anggerik. Awak tahu saya mampu lakukan itu. Saya pernah kata dekat awak, saya bukan Shazrin Ammar yang dulu. I can kill him right now, Anggerik I can." Dingin suara itu berkata.

Dia menundukkan badan. Menyamakan kedudukan mereka berdua. Dia ingin menyeka air mata wanita itu tetapi dia tidak bisa untuk menyentuh Bunga Anggerik Nathalia lagi.

Dia menghela nafas lalu di capai sekotak tisu di atas meja dan ia letak betul-betul di depan Bunga Anggerik Nathalia.

"Lap air mata awak, jangan menangis untuk orang yang dah sia-siakan awak." Kata Shazrin Ammar lagi.

"Kalau betul dia ikhlas dengan awak. Dia takkan bangga dengan mengaku bahawa dia hanya manfaatkan kekurangan awak. Orang macam itu ke, yang beria-ria awak pertahankan?" katanya lagi kecewa dengan sikap bekas isterinya.

"I have a lot of work to do. So, I will call Lea to take care of you." Kata Shazrin lagi lalu berdiri semula dan terus berjalan keluar meninggalkan Bunga Anggerik Nathalia sendirian di ruangan itu.

"I hate you Shaz... I hate you... I hate... you!" teresak-esak Anggerik menangis.

Setapak dua, Shazrin mengerling sekilas. Usai dia menapak keluar. Tangan kanan menyetuh dinding. Kepalanya di tundukkan. Dan, sekali lagi air mata itu mengalir. Ya, dia masih lemah jika melibatkan Anggerik.

Kata-kata itu terasa sakit sangat kerana ia di tuturkan daripada wanita yang ia cintai.

"Ya Allah, sekali lagi. Sembukan luka di hati aku." Bisiknya bersama tangisan kecil yang di saksikan oleh Bunga Azalea Adelia dalam diam.

Malam itu, Bunga Anggerik Nathalia duduk bertelengu di atas sejadah usai sahaja dia menunaikan solat isyak. Kedua tangan ia tadahkan. Air matanya sedari tadi asyik mengalir tanpa tahu bila ia akan berhenti.

"Ya Allah, entah berapa kali lagi hati ini harus terluka. Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku jodoh yang Engkau tetapkan kepadaku. Kerana, sungguh Ya Rabbi, doanya terlalu kuat sehingga hati ini tercalar lagi." Ucap Anggerik bersungguh-sungguh.

Kali ini, dia akan membiarkan takdir yang membawa setiap jalan cerita hidupnya. Dia berharap, kisah kali ini membawa sebuah kebahagiaan walaupun ia hanya untuk seketika.

"Anggerik." Suara milik Azhan membuatkan dia berpaling sambil tersenyum.

Muhammad Azhan Asfar duduk berhadapan si adik. Air mata yang tersisa ia sapu dengan penuh kasih sayang.

"Lea kata, Anggerik dengan Shaz bergaduh teruk hari ini. Kenapa sampai bergaduh? wanna share with me?" lembut suara itu berkata.

Jika di amati. Muhammad Azhan Asfar mempunyai sedikit persamaan dengan arwah Asfan. Cara mereka bercakap. Cara mereka menangani situasi sangat tenang.

"I hate him." Ucap Anggerik dengan suara yang perlahan.

Kedua kelopak matanya masih mengalirkan mutiara jernih yang entah bila akan berhenti.

"Anggerik penat. Kenapa Allah tak pernah dengar doa Anggerik? kenapa Allah uji Anggerik? kenapa... Kenapa Allah tarik baba, umi dan abang Asfan? kenapa Allah pertemukan kami semula? kenapa abang Az, kenapa?" soalnya bertubi-tubi.

Esak tangis menjadi saksi bahawa dia sangat penat dengan semua ini.

"Am I to cheap? maruah Anggerik hanya lima ratus ribu ringgit je ke abang? this is kifarah isn't?" katanya lagi sambil tertawa bersama air mata yang masih galak mengalir.

"Anggerik sayang, dengar cakap abang Az ni. Semua yang berlaku di dalam hidup Anggerik adalah ujian. Allah itu Maha Mengasihani adik abang. Kenapa Anggerik nak persoalkan sedangkan Anggerik tahu ganjaran untuk setiap ujian adalah sesuatu yang kita tak pernah jangka." Kata Azhan dengan lembut.

Ia mengusap lembut kepala si adik yang masih di baluti telekung solat.

"Tapi Anggerik penat." Keluhnya.

Azhan pula mengukir senyum. Dia tahu, Anggerik tak akan pernah melihat senyuman itu. Tapi, tidak mengapa. Dia tetap akan tersenyum di depan adik kesayangannya ini.

"Dunia ialah tempat kita menerima ujian. Penat rehat bukan mengeluh. Tak baik." Balas Azhan pula.

Dia mengusap lembut kepala si adik.

"One more thing, you're worth Anggerik. Kalau adik rasa lima ratus ribu ringgit ialah nilai diri Anggerik. You're wrong." Kata Azhan lagi dengan lembut.

Anggerik menundukkan kepala. Air matanya begitu murah. Dia bukan seperti dulu, pergerakan dia punya batas dan ia rasa dirinya seakan barang mainan yang bisa orang campakkan sesuka hati.

"Tapi, kenapa Shaz guna cara kotor Az?" soal Anggerik dengan suara yang sebak.

Azhan menarik nafas seraya tersenyum kepada si adik. Biarlah dia menerangkan keadaan yang sebenar berlaku kepada Anggerik supaya benci itu terhakis lalu di gantikan dengan perasaan cinta yang membuak-buak.

"Shaz bukan guna cara kotor. Tetapi, dia hanya ingin menyelamatkan orang yang ia cintai." Kata si abang dengan lembut.

"Maksudnya?" kerutan di dahi Anggerik jelas menandakan bahawa gadis itu tertanya-tanya tentang perihal itu.

"Amir perlukan pewaris. Kalau dia hendak harta keluarganya. Dia perlu berkahwin dan dia tahu Anggerik tak boleh melawan dia. Cuba Anggerik fikir, kalau Anggerik kahwin dengan Amir. Anggerik yakin dia akan bahagiakan Anggerik seperti mana Shaz pernah buat dulu?" soal Azhan dengan serius.

"Abang Az tahu tentang kami?" soal Anggerik semula.

"I know everything Anggerik, everything. Mungkin orang akan kata dia manusia paling bodoh kerana masih mahukan bekas isterinya yang tak pernah walaupun sekali hargai setiap usahanya. You're the reason why his still here. Fatimah dan Anggerik orang yang paling dia sayang." Kata Azhan lagi.

"Abang Az saksi, berapa kali dia hendak tamatkan hidupnya. Air mata itu selalu jatuh tanpa di pinta. For the first time, abang Az percaya cinta sejati itu ada. Cuba Anggerik, cuba buka hati untuk dia. He has limit to because of he is a human. Dia ada hati dan perasaan." Katanya lagi.

"Macam mana abang Az boleh tahu banyak tentang dia?" tanya Anggerik lagi ingin tahu.

"Abang Az, he is private doctor."

Hello! okay tak?
Typo abaikan!

Jangan lupa vote&
comment banyak²!
Kalau tak saya malas
updated werk!

Enjoy & happyread❣️

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now