B A B 5 2

4K 222 9
                                    

Pejam celik, kini usia perkahwinan Shazrin Ammar dan Bunga Anggerik Nathalia sudah menginjak dua tahun. Waktu berputar dengan cepat bukan? setelah hujan pasti ada pelangi.

Siapa sangka susuk lelaki yang di benci sepenuh hati oleh Anggerik. Kini, bertukar menjadi seorang suami yang paling ia cintai.

Ya, dia Shazrin Ammar. Seorang lelaki yang pernah di benci olehnya. Ia bisa rasai kelembutan tangan kekar itu menyentuh lembut perutnya yang sudah memboyot itu. Hanya menunggu masa sahaja dia akan melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Fatimah Zahra akan bertukar menjadi seorang kakak kepada bakal adiknya kelak. Si kecil itu sudah berusia tujuh tahun dan semakin ia membesar. Semakin banyak akalnya. Kadang pening kepala hendak melayan kerenahnya.  Untung sahaja Shazrin Ammar sangat rajin melayan perangai puteri kesayangan mereka.

"Abang." Anggerik mendongak ketika memanggil sang suami bersama senyuman manis.

Shazrin Ammar pula membalas senyuman daripada sang isteri. Ia menundukkan kepalanya untuk melihat wajah yang ia cintai.

"Ya, kesayangan?" sahut Shazrin Ammar bersama senyuman.

Kedua pipi sang isteri ia elus dengan lembut. Kedua mata hazel itu tidak lekang dari memandang wajah sang isteri yang putih melepak itu.

"Terima kasih sebab jadi seorang suami dan ayah yang baik untuk anak dan Anggerik. Terima kasih juga abang sudi memperjuangkan cinta kita. Terima kasih lagi sebab jadikan Anggerik satu-satunya wanita yang abang cintai. Anggerik bersyukur sangat sebab Allah hadirkan seorang lelaki yang sangat baik dan penyayang seperti abang." Ucap Anggerik ikhlas.

"Sama-sama kesayangan abang. Terima kasih juga sebab kesayangan sudi kandungkan zuriat abang. Pengorbanan kesayangan abang lagi besar dari abang." Katanya pula lalu mencium dahi sang isteri.

Bunga Anggerik Nathalia mengukir senyum lalu kepalanya di lentokkan di atas dada bidang suaminya. Ia bisa mendengar degupan jantung sang suami. Seolah muzik di telinganya. Sungguh tenang.

"Kesayangan abang ada rasa sakit dekat mana-mana tak?" soal Shazrin Ammar lembut.

Bunga Anggerik Nathalia mengeleng. Jika ikut tarikh jangkaan yang di tetapkan oleh sang abang. Hari ini adalah hari di mana ia melahirkan. Maka, dengan itu dia perlu bersedia kerana bila-bila masa sahaja air ketubannya akan pecah.

"Kesayangan baring dekat sini. Biar abang kemaskan barang-barang. Lagipun, hari ini Fiq yang pergi ambil Fatimah dekat sekolah. Abang takut kita berdua tak sempat nak tunggu dia." Kata Shazrin Ammar lagi.

Bunga Anggerik Nathalia mengangguk faham. Ia melempar senyum. Suka betul dia melihat gelagat sang suami. Sebelum Shazrin Ammar mengemas barang-barang yang perlu ia bawa ke hospital. Bunga Anggerik Nathalia menarik tangan itu lalu menyuruhnya duduk. Ia genggam erat tangan sasa itu.

"Abang, ampunkan dosa-dosa Anggerik dan halalkan semuanya tau abang. Termasuklah makan minum serta cinta abang untuk Anggerik. Kalau Anggerik tak selamat ketika lahirkan anak kita. Tolong jaga mereka dengan baik. Didik mereka dengan didikan agama yang bagus seperti abang. Bukan seperti Anggerik. Boleh ya abang?" katanya lalu ia kucup tangan sang suami begitu lama.

Shazrin Ammar pula mengukir senyum. Dia yakin isterinya akan selamat.

"Abang dah lama ampunkan kesayangan. Dengar sini sayang, Bunga Anggerik Nathalia tiada dosa dan salah dekat abang. Kesayangan, abang selalu berdoa agar Allah panjangkan umur kita berdua. Inshaallah, kesayangan abang akan selamat nanti." Kata Shazrin Ammar pula lalu mencium dahi sang isteri penuh kasih sayang.

Bunga Anggerik Nathalia senyum kecil. Dia menatap wajah itu penuh sayang.

"Kalau Anggerik tak selamat macam mana?" soalnya pula dengan suara yang cukup perlahan.

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now