Bab 1

3K 160 2
                                    

MEDAN kawad membahang serasa duduk atas tempat panggang. Boleh jadi geng kambing golek dekat pasar malam. Banjir peluh menitik laju dalam uniform putih yang dipakai. Tambah pula pancaran cahaya matahari naik tinggi menjelang waktu tengahari.

Setelah hampir empat jam bersidai di tengah padang kawad, passing out parade ceremony telah sampai ke penghujungnya. Dengan ini, semua perajurit muda secara rasminya berjaya menamatkan kursus latihan mereka selama enam bulan. Benda paling aku tertunggu-tunggu setelah sekian lama bekerja keras menceburi bidang ketenteraan. Selepas ini boleh balik rumah rehat dekat katil kesayangan aku.

Katil asrama keras macam konkrit. Tidur tak senang. Daripada dulu asyik kena tindih dengan makhluk halus, terus tak merasai pengalaman mengerikan tu. Entah-entah setan pun tak suka dekat sini.

Semua perajurit muda keluar baris dalam keadaan tertib setelah arahan diberikan. Ada yang berlari terus mencari keluarga yang hadir. Ada yang terpacak tengah medan menunggu kehadiran saudara mara yang turut ikut berjemur tepi medan. Aku? Tak nampak bayang ibu dan ayah langsung. Medan kawad dikerumun orang ramai. Ingat mata aku boleh pasang detector?

Sejujurnya aku dulu puteri lilin. Pantang kena panas terus jadi gadis paling dramatik. Bak drakula.

Disebabkan aku tetiba minat jadi anggota tentera, lupa sudah aku tak boleh kena panas. Namun, semua itu diketepikan. Mengajak hatiku untuk terus cekal, kuat dan bersemangat. Sifat feminin mula samar-samar. Ada masa, aku jadi gadis ayu. Kekadang sifat maskulin boleh rasuk jiwa aku tapi sekejap lah.

Bila dah kena sunburn, boleh rawat balik. Jangan pakai produk unsur merkuri sudahlah.

Hatiku sering bertanya. Betul ke apa yang aku buat ni? Betul ke laluan pilihan aku tentukan? Hm... menyesal tak agaknya aku masuk TLDM satu hari nanti?

Aku yakin mesti ramai perempuan macam aku nak jadi salah seorang anggota badan beruniform. Tak kisahlah TDM, TUDM, polis sekalipun. Minat memang ada, cuma serasa ada tembok tinggi yang menjadi halangan seseorang terpaksa kuburkan cita-citanya.

Ada yang BMI tak cukup. Syarat kelayakan tak lepas. Gagal melepasi ujian kecergasan. Tambah pula kita perempuan. Stamina sememangnya kurang daripada lelaki, tetapi tak mustahil kalau kita bekerja keras demi mencapai impian yang kita impikan.

Sesetengah orang tidak berani ambil risiko menjadi anggota tentera sebab takut berdepan kematian.

Panas pula duduk sini lama-lama. Tak lama lagi muka naik merah sebab overcooked. Tak perlu risau sangat. Dalam seminggu, aku akan jadi macam ular. Bersalin kulit. 

"Hoi Ella! Buta tak nampak kami ke?"

Suara garau seseorang menjengah masuk dalam pendengaranku. Pantas ku menoleh. Empat susuk tubuh manusia sedang mampir ke arahku bersama payung biru dalam pegangan masing-masing. Satu per satu wajahnya ku imbas. Ibu sedang memegang jambangan bunga ros merah. Ayah mengiringi ibu di sisi. Si adik berlari ke arahku lalu memeluk erat. Terharu melihat kehadiran mereka ke sini.

Kecuali orang yang menyeru ku tadi membuatkan senyumanku pudar. Diganti dengan ekspresi wajah yang tak mesra.

"Tak nampak gila. Kau ingat kau sorang aje ke sini?" Sebelah tanganku naik menghalang pancaran cahaya yang menyilau pandangan.

"Aku pakai baju putih. Takkan tak boleh cam abang sendiri?"

"Masalahnya bukan kau sorang. Ibu, ayah dan adik pun sama. Aku pakai baju putih juga. Maksud aku... Seragam. Putih."

Tertawa sinis abang tak guna depanku. Riak lagak dia memang buat aku sakit hati. Rasa nak tenyeh muka periuk belanga dia atas permukaan tar. Nak kata cerdik, gred A SPM semua dia kebas. Memang perangai anak pertama boleh bawa penyakit hati ke?

Di Lautan Biru [OG]Where stories live. Discover now