Bab 3

2.2K 150 12
                                    

SINARAN matahari naik di celah kaki bukit. Mencerahkan suasana di kaki langit dengan pancarannya. Angin tiup mendayu menyentuh kulit, rasa sejuk mencengkam ke tulang.

Langkah Yad terhenti, aku pun ikut berhenti. Keadaan lenggang di kawasan perumahan membuatkan aku rasa tenang yang teramat. Sudah sekian lama aku tidak merasai detik begini. Tambah pula malam tadi hujan, lopak air merata tempat.

"Cik Eleanor Dhia Taqiyyah, anda dihukum melakukan push up sebanyak enam puluh kali dalam masa dua minit. Se-ka-rang!" arah Yad menyilangkan tangannya di dada.

"Alah aku lambat dua minit aje sebab pin tudung aku hilang," kataku minta simpati dari Yad.

"Alasan. I don't care. Do it now."

Mimik wajah Yad menyakitkan hati. Kerek betul. Aku tahulah aku baru disahkan menjadi anggota tentera semalam. Tak perlu kut seksa aku pepagi buta begini. Waktu pagi sepatutnya waktu aku berhibernasi sampai pukul sebelas. Bukan pukul enam!

Aku mendengus kasar. Arahan Eiyad tetap aku turutkan. Menggunakan segala kekuatan otot bisep dan trisep, aku mula lakukan push up sebanyak enam puluh kali.

Bukan susah mana pun. Aku mampu buat dua puluh tujuh dalam masa seminit. Tak banyak.

"Rendahkan lagi badan kau, Ella!"

Tetiba aku merasakan kehangatan tapak tangan mendarat pada belakang tubuhku. Tekanan diberikan pada belakang tubuhku. Paksa frontal tubuh mencium tar jalan.

"Kau nak masuk tentera, bukan setakat mental aje kuat. Fizikal biar sama rata. Daya tahan otot, kekuatan otot. Pastikan seimbang. Kau nak bawa kayu balak silap-silap jatuh ke belakang sebab kurang keseimbangan. Jangan lemah dari segi apapun. Faham!?"

"Faham, Yad!" jawabku bernada tegas.

"Bila kau dah sampai Lumut sana, jangan biar hati kau terbuka untuk lelaki yang tak ada potensi jadi suami yang bertanggungjawab. Jangan lemah sangat termakan ayat manis dia orang. Kentalkan hati. Kau kena pilih lelaki yang bersedia untuk menjadi seorang suami bagi kau. Bukannya lelaki yang sekadar terima cinta dan diri kau. Faham!?"

"Faham!!"

Tangan dan lenganku masih giat melakukan tekan tubi. Sekarang baru dua puluh lima. Tinggal tiga puluh lima lagi.

"Nak jadi tentera, jangan takut mati. Sebab tugas kita adalah jaga keamanan dan keselamatan negara. Bukan jaga hati orang yang mempergunakan kau sebagai tempat singgah!"

Nada suaranya naik seoktaf. Garau dan mendalam. Aku dapat dengar Yad menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dihembus keluar mengawal kemarahan. Ha sudah, takkan awek abang aku curang lagi. Sampaikan hal hubungan dia orang dibawa ke sini.

"Maaf. Aku terlalu ikut emosi." Yad mengeluh ringan. Dapat ku tengok tubuhnya benar-benar pusing menghadap ke arahku yang sedang berada dalam posisi meniarap.

"Aku ulang balik. Bila kita dah mula jadi anggota tentera, ini bermakna kita juga sudah serahkan jasad dan nyawa kepada negara. Sebab itu aku kata jangan takut mati. Lagipun, jika ditakdirkan untuk pergi, ia dikira mati syahid. Macam penduduk Palestine sana. Tengok, sekejam mana tentera Israel menganiaya penduduk tak bersalah sampai mengorbankan banyak nyawa, dia orang tetap pertahankan tanah suci Palestine. Walaupun penduduk dia tak berbekalkan senjata, tapi kemenangan masih berpihak pada mereka sebab senjata utama mereka adalah doa. Berdoalah kepada Allah untuk memohon pertolongan."

Bibir mungil aku dikemam. Teringatkan klip video penyeksaan warga Gaza dalam kesusahan. Kematian tertinggi sering melibatkan kanak-kanak yang masih mentah umurnya. Kasihan mereka terpaksa matang di awal usia untuk teruskan hidup. Tak sempat merasai zaman kanak-kanak bersuka ria seperti kita. Bersyukurlah kita hidup di negara yang kurang mencetuskan konflik.

Di Lautan Biru [OG]Where stories live. Discover now