Bab 23

1.4K 111 5
                                    

LEGA rasanya lepas mandi dan tidur sekejap buat hilang rasa kantuk. Badan belengas sebab serap peluh banyak sangat. Fajar punya pasal ajak aku lepak tengah panas dengan tak bawa payungnya. Dia freehair tak apalah, sebab itu sejuk rengkung memanjang. Angin bertiup dari semua arah. Sampai kat perempuan, haba aje terperangkap dalam tudung. Mahu tak mandi peluh.

Celik mata terus nampak Mai terbaring atas katil dengan tuala rambut masih melilit atas kepala. Senyuman tak lekang dari bibir. Amboi, suka nampak lepak dengan Hayyan. Siap berpeluk sakan bagai. Bersepah beg kertas digantung pada hujung kaki katil. Kuat shopping budak ini.

Mel punya speechless, sampai terdiam beberapa minit. Fokus melayari media sosial. Pasti terkejut bila Clara bagitahu Mai lepak dengan Hayyan sedangkan baru semalam dia patah hati sebab Fajar. Cepat betul buat first move. Hm... Something suspicious.

Kini, kami berempat sedang menjamu selera di dewan makan. Menu kali ini ialah nasi briyani. Kuantiti tak kedekut langsung. Penuh berisi satu bekas.

Mai makan tak sampai sepuluh minit dah separuh tinggal. Aku baru suku kut. Nasi masih kuning menyala dalam bekas. Nak kunyah lelaju karang, tergigit dinding pipi pula. Bila dah luka, jadi ulser. Pergh! Nak sembuh makan masa seminggu. Tak sanggup tabur garam atas ulser. Tantrum aku jadinya.

Dari tadi aku asyik perhatikan Clara dan Mel bersabung mata dengan aku. Mesti ada maksud tersirat bila ekspresi wajah mereka mainkan peranan.

Clara tepuk meja makan mengejutkan Mai yang terhinjut bahunya. "Oi, seronok eh kau lepak dengan Hayyan. Tak cakap pun kau dah confess!"

"Well, siapa suruh Eleanor jual nama Hayyan dekat aku. Nasib baik handsome dan berduit. Lagi handsome dari Encik Fajar," kata Mai seakan mengejek aku di tepinya. Ewah, kau ingat aku dan Fajar tak nampak korang dekat Aeon Manjung ke?

"Pandai kan aku carikan lelaki berupa untuk kau?" Sinis ku bertanya.

"Nasib baik Hayyan single. Tak adalah digelar perampas nanti." Mai ajuk gaya mengesat peluh di dahi. Maksudnya apa yang Fajar pernah cakap dekat aku dulu tu betullah kan? Macam pernah aje Mai rampas laki orang.

Pandangan Mel dan Clara sontak terkalih ke tepi. Aku dan Mai turut serentak menoleh. Sekumpulan lelaki mampir ke sini lalu salah seorang daripada mereka melabuhkan punggung di sisi Mai. Selebihnya ikut duduk bersebelahan antara satu sama lain.

Kaum lelaki kumpulan tiga sudah mari.

"Hai sayang. Hm, seronok tak lepak dengan aku hari ini?" Hayyan menongkat kepala atas meja. Jelingan mata tertancap pada Mai yang acah malu-malu kucing. Gatal benar, aku sepak Mai karang baru tahu. Geli!

"Nak aku suapkan untuk kau tak? Dah lama aku tak merasa nak menyuap anak dara orang. Meh sini." Hayyan lantas menarik bekas makanan milik Mai. Sudu yang dipenuhi butiran nasi briyani disua ke rongga mulut Mai.

"Good girl, Mai Love," ucap Hayyan melayangkan flying kiss buat Mai.

Ew! Bergetar bulu hidung aku dengar ucapan Hayyan yang agak... Cringe. Mujur aku pandai kawal ekspresi wajah walaupun tetiba ruang tekak terasa mual. Hilang selera makan jadinya.

"Uuu bersuap sayang bagai." Mel menekup mulutnya. Kaget melihat layanan gentleman Hayyan.

Clara tertawa kecil seraya menepukkan tangannya berkali-kali. "Tahniah, Mai. Semoga dipermudahkan urusan korang ke jinjang pelamin."

Sama-sama kami semua mengaminkan hajat Clara. Tangan menyapu wajah. Shah yang berkepit sebelah Hayyan menyeru namaku. Kepalaku diangguk sekali merespon panggilannya. Aku membelakangi sedikit tubuh ke belakang mencari kelibat Shah.

Di Lautan Biru [OG]Where stories live. Discover now