Bab 38

3.7K 227 10
                                    

BUNGKAM dihanyut kesedihan. Perit. Mengapa perlu kau pergi tanpa sempat aku melihat kau depan mata buat kali terakhir?

Kau janji tunggu aku pulang. Malah, kau yang terlebih dahulu pulang ke ilahi. Ini bukan gurauan, Yad. Semua ini mimpi, bukan? Aku masih ingat wajah terakhir kau ketika mengenakan beret di kepala sebelum mematikan video call untuk pergi buat selamanya.

"Yad... Balas lah mesej aku Yad. Please tell me that it's just a dream..."

Mesejku dibiarkan sepi. Tidak dibalas.

Satu detik. Sepuluh detik.

Masih sama.

"Eiyad Da'in! Kenapa kau buat aku macam ni!?" Telefon dicampak atas tilam. Memeluk kaki sambil bersandar di kepala katil. Hati aku bagaikan dicarik sehalus-halusnya. Berseorangan dalam bilik ini sementara orang lain sibuk menjamu selera di dewan makan. Perut dah berkeroncong, mood makan dah hilang.

"Tak ada guna, Ella. Yad dah tak ada. Dia takkan dengar luahan kau lagi... Dia takkan balas mesej kau lepas ini," gumamku perlahan. Menyembamkan wajahku yang sembap pada lengan. Sesakit mana aku ditampar Mai, sakit lagi hilang tempat sandaran yang takkan kembali.

Banyak deretan kontak pengenalan bersilih ganti kedudukan di ruangan Whatsapp chat. Sejak maghrib lagi Yumna asyik mendail aku tetapi langsung tidak dibalas. Dah masuk panggilan kesepuluh dia seru. Izz pula turut melakukan perkara yang sama seperti Yumna. Mungkin disuruh ibu memandangkan ibu juga ada membuat panggilan kira-kira jam empat petang tadi. Biarlah... Aku mahu waktu bersendiri.

Serasa duniaku bergelap dengan begitu pantas.

Kotak fikiranku masih runsing. Ibu dan ayah menyuruh aku balik kampung dengan segera untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir. Kata ibu, jasad Yad masih sempurna ketika dijumpai, begitu juga dengan arwah Sarjan Izhar meskipun mereka tidak lagi bernyawa.

Harga tiket separuh daripada angka seribu. Mujurlah ibu dan ayah telah kirimkan duit masuk ke dalam akaun bank aku. Masih baru di sini, duit gaji pun ciput aje. Beli barang dapur pun harga setanding tiket penerbangan.

Asyik termenung memikirkan nasib arwah, panggilan mengejut berdering di hujung kaki. Pantas aku merentap alat peranti tersebut.

Nama Fajar terpapar pada skrin. Dengan ucapan salam berserta segala kekuatan yang dikumpul, aku membalas panggilannya. "Ada apa? Saya tak nak diganggu. Bagi saya masa, Fajar. I don't want to have a deep talk with you right now,"

"Balik kampung lusa nanti. Pasal ujian tali-menali tu, biarkan. Aku dah bincang dengan Encik Muiz dan lain. Sekarang ini, aku nak kau melawat arwah buat kali terakhir. I know you missed him so much."

Air mata jatuh dari tubir mata. Bibir digigit rakus. Jangan bersedih, Ella. Yad tak boleh lapkan air mata untuk kau. Fajar tiada di sini. Pujuklah diri sendiri.

"Tapi... Nanti markah penilaian saya rendah," kataku dalam esakan.

"As long as I'm your mentor, It's okay. Don't worry about it,"

"Betul ke?"

"Iya. Aku faham situasi kau kehilangan orang tersayang sebab aku pernah berada di tempat kau suatu ketika dahulu. Hahaha." Tawa palsu dilepaskan Fajar. Rasanya dia sendiri dah banjir dekat sana mengenangkan masa lalunya.

"Ikut cakap aku, Elora. Kau sayangkan arwah kan? Dia tunggu kau balik tu..."

Balik, balik, balik. Yad mungkiri janji dia. Tak tunggu pun!

"Iyalah. Nanti saya bagitahu awak. Saya tak datang dalam masa seminggu kut,"

"Seminggu lebih. A week is not enough for you." Selamba Fajar tukar rancangan aku. Macamlah aku banyak duit nak bayar tambang pergi balik naik AirAsia.

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now