Bab 8

1.8K 127 3
                                    

SETIBANYA di KLIA tepat jam 9.30 pagi, semua penumpang diminta turun dari pesawat dan bergegas pergi ke tempat tuntutan bagasi. Penuh sesak orang berebut-rebut nak keluar. Tak menyabar betul. Tambah pula tangisan budak-budak merata dalam kabin.

Sebaik sahaja aku melangkah keluar, sinaran matahari waktu pagi menyilau pandanganku. Nampaknya aku bersendiri lagi selepas ini. Ahli keluarga sekadar memantau dari jauh. Yumna sibuk ikut kursus latihan asas TUDM. Masing-masing ada urusan dengan hal sendiri.

Fajar pula? Kelibat dia sudah hilang sewaktu penumpang bersesak dalam barisan untuk keluar.

Perjumpaan kedua kami tak disangka. Kedengaran mustahil untuk berlaku tetapi aku sendiri dah merasainya buat kali pertama. Selalunya kejadian ganjil sebegini boleh didapati dalam plot novel. Heroin jumpa hero dekat taman sebab tertinggal beg. Selepas beberapa hari, ditakdirkan berjumpa balik dekat kolej sebab sama kos pengajian. Aku yang baca babak tu pun dah angau sampai ke langit. Terbayang bagaimana perasaan disatukan kembali tanpa diminta.

Melekat dah nama Al-Fajar Qarizh dalam kepalaku. Ada kemungkinan tak agaknya kejadian tu boleh berlaku dalam hidup aku? Ada peluang ke untuk aku bersua muka dengan dia lagi? Sejujurnya aku nak berkenalan dengan lebih mendalam pasal lelaki bernama Fajar ni. Latar belakang, pekerjaan, status hubungan. Cuma... Babak romantis itu hanya berlaku dalam dunia fiksi saja. Hahaha.

Biarlah aku cari jodoh bila sampai Lumut nanti. Boleh dapat suami unit TLDM sama dengan aku. Haa... Kan sweet. Boleh healing dekat kapal. Tambah pula lelaki sama kepakaran, memang aku buli dia cukup-cukup. Kalau boleh, semua tugas aku minta tolong dia. Saja nak tambahkan beban bakal suami. Itu belum kahwin. Dah kahwin kelak lainlah cerita dia.

Cukuplah angan kau, wahai Eleanora. Fajar dah tak ada dekat sini. Lesap dari radar. Habis berpeluh dahi aku terpaksa jalan bawah panas terik matahari. Kali ini pilot tak lepaskan penumpang dekat ruang passenger boarding bridge. Tengah-tengah lapang juga dia pilih. I'm overcooked right now.

Setelah hampir lima minit berjalan, akhirnya dapat juga merasai balik aircond merasuki tubuhku. Kaunter nombor empat dituju aku lalu menyerahkan IC dan tiket kepada pihak yang bertugas di situ. Lama juga dia membelek-belek sebelum menaip sesuatu atas papan kekunci. Tak lama kemudian dia beri semula kedua-dua IC dan tiket penerbangan dekat aku. Lantas aku mempercepatkan langkah untuk tuntut semula bagasi di tempat karusel bagasi.

Beberapa orang sudah terpacak depan karusel itu. Yang bawa keluarga pula, santai duduk dekat troli yang dikhaskan untuk barangan berjisim berat. Lama nak menunggu bagasi masuk satu per satu. Bukan dia orang aje bosan tunggu, aku dekat sini rasa nak tidur gara-gara penat sangat. Bercekak pinggang sambil termenung fikir nak beli tiket bas untuk pergi ke Sitiawan. Aku bukannya suka naik bas, boleh cramp gluteus maximus duduk lama-lama. Tapi nak buat macam mana, aku tak ada kawan dekat sana. Nak menumpang kereta siapa? Takkan suka hati minta orang hantarkan.

"Oh young lady. I thought I've lost you, huh?"

Corong telinga menangkap suara garau seseorang dari arah belakang. Laju aku berpaling dan melihat raut wajah Fajar tersengih pandang aku.

"Eh Fajar? Saya ingat awak dah pergi," kataku sedikit kaget.

"Awak... Awak ingat saya pergi sini tak bawa baju? Skincare?"

Meletus tawa seraya menepuk dahiku. Aduhai. Otak aku lambat sangat loading. Ada ke patut orang nak merantau tak bawa keperluan seperti pakaian dan lain-lain. Takkan nak pakai baju sama setiap hari. Bau kepam.

"Awak yang hilang macam pelesit, tau? Tadi masa turun, awak gelojoh sangat nak pergi dulu." Aku salahkan Fajar sebab dia yang pergi tak ingat orang.

"Well, It's not my fault after all. You're the one who should chase after me."

Di Lautan Biru [OG]Where stories live. Discover now