Bab 17

1.5K 139 4
                                    

DEMAM aku mulai surut. Lebih baik dari semalam walau badan terasa sedikit bahang. Mungkin sistem otak aku takut Fajar buat kerja di luar jangkaan kalau tahu aku masih sakit tak sembuh. Kut dia pergi bantai bawa naik helikopter dari sini pergi ke hospital.

Aku jenis tak suka tak hadir ke kelas meskipun hanya sehari. Ponteng pun tak berani. Sekali kau terlepas satu pelajaran, memang kau akan rasa ketinggalan. Kadang-kadang satu topik itu banyak subtopik di bawahnya. Dalam subtopik pula ada cucu cicitnya yang lain. Belajar sendiri bahagian yang tak faham? Tak tentu pasal buat ajaran sesat ikut fahaman sendiri.

Mel bagitahu yang berkemungkinan kelas hari ini, Fajar akan ajar asas ikatan tali-menali atas kapal. Asas ikatan ini sudahpun dipelajari sewaktu berkursus di Tanjung Pengelih. Nasib baik aku dapat hadirkan diri ke kuliah pagi ini. Sebaiknya refresh segala jenis ikatan yang dah berkali-kali melilit dulu.

Seperti biasa, kami menunggu kehadiran Encik Fajar masuk kuliah. Lelaki ni memang spesis suka datang lambat ke? Menyampah pula aku. Semalam bukan main bagi ayat cinta-cintun dekat sini. Padanlah jodoh masih tak nampak, orangnya pun dah nacam kura-kura!

Tapi masa memandu terus tak sayang nyawa. Ingat boleh recall balik hidup dekat dunia ke?

Sedang asyik termenung, tetiba kerusi aku diketuk seseorang. Aku menoleh memandang Clara tetapi Clara bersandar ke belakang. Ternyata Mai yang bersabung mata denganku menunjukkan gaya calling-calling tepi telinga. Oh, nombor telefon Fajar. Huh.

Dia ingat aku tak nampak ke mesej semalam?

Depan buat baik, belakang aku ada rancangan lain untuk jatuhkan aku.

Krek...

Semua orang berpaling ke belakang, memerhatikan empat kelibat jurulatih masuk ke dalam dewan kuliah dengan beberapa peralatan dalam tangan. Tali nilon berwarna merah dan sebatang kayu mop. Aku mengeluh seketika. Aktiviti tali-menali paling benci nak dibuat sebab kau kena hafal tali masuk mana, keluar mana. Aku dulu asyik kena marah masa dekat Tanjung Pengelih. Kekadang rasa nak menangis, nak berhenti tapi atas dorongan Yad, aku teruskan juga.

Tak habis-habis kata aku anak manja. Jenis abang tak prihatin.

Kami segera berdiri menghormati kehadiran mereka berempat ke sini. Sontak Fajar memetik jarinya mengarahkan kami pergi ke belakang dewan yang lapang. Dalam barisan, dari depan berpusing tubuh ke belakang, kami berjalan sehinggalah membentuk satu bulatan mengikut kumpulan sendiri.

Shah menyeru namaku dan menyoal, "Eleanor, kau tau tak kita buat apa hari ini?"

Aku sekadar menjongket bahu. Pura-pura tidak tahu.

"Kita buat aktiviti tali-menali macam dulu. Bolehlah kan refresh sikit ikatan yang kita belajar dulu."

Aku angguk. Oh, seronoknya... Tali-menali.

Fajar berdehem di hadapan. Menarik perhatian semua orang agar berfokus padanya seorang sementara jurulatih lain beredar ke kumpulan masing-masing. Bicara dimulakan dengan salam sebelum Fajar meneruskan aktiviti mudah pagi ini.

"Seperti yang saya janjikan, kita belajar tali-menali bagi topik ilmu kelautan. Ikatan-ikatan ini selalunya digunakan dalam TLDM. Jadi, bagi perhatian baik-baik sebab kita akan buat praktikal bila semua dah mahir bab ikatan. Kalau confuse, tanyalah abang-abang handsome korang minta bimbingan. Jangan risau, mereka bukan kanibal."

Seisi dewan tertawa dengan jenaka Fajar. Entah apa yang lawak sangat. Kanibal aje pun. Fajar nak makan aku sekalipun, aku dah sembelih dia dulu buat gulai masak lemak. Tak sempat nak rawr aku, dah kena sekeh.

Di Lautan Biru [OG]Where stories live. Discover now