Bab 12

1.6K 129 8
                                    

YA Allah, betul ke aku tengok kelibat Fajar depan mata? Mengenakan pakaian seragam lengkap navy dan pangkat yang disangkut pada bahunya. Fajar tak bergurau. Memang Allah dah takdirkan kami berjumpa semula tetapi di sini? KD Pelandok? Anggota TLDM Lumut? Ingatkan ada urusan kerja di Johor sebagai CEO atau kerja pejabat. Bukankah dia pergi ke Johor selepas teman aku menaiki bas di terminal?

Yang penting, dia jurulatih kumpulan aku. Kumpulan tiga. Fajar dah rancang dulu sebelum aku tahu ke?

"Kau orang buat apa sebelum saya sampai sini?" soal Fajar beriak datar.

"Sesi perkenalan diri saja," jawab Shah senada.

Setakat itu, keheningan dewan berpanjangan apabila Fajar mula berjalan perlahan dari anggota kanan ke kiri. Dari kumpulan satu hingga ke kumpulan tiga, langkahnya terus terhenti. Betul-betul depan aku. Wajah dinginnya fokus pada tubuhku disertai keningnya saling bertaut. Pandangannya tepat pada tag nama.

"Alien-nora? Macam tu ke sebutan namanya?"

Sah dia sengaja nak kenakan aku. Buat-buat amnesia pula si Fajar ni. Aku dah sebut nama aku hari tu dalam kabin pesawat. Jelas dan tak berbelit. Lainlah aku sebut nama penuh laju-laju macam rappers berjaya. Mujur orang sekeliling tak gelakkan aku. Takut ditengking Fajar kut. Muka macam penuh dendam keramat yang dibawa dari Sarawak.

"Ella-nora, encik..." Aku tak tahu asal aku boleh jadi gagap. Fajar tak makan aku pun.

"Come here and introduce yourself," ajak Fajar memaling ke belakang dan melangkah beberapa tapak jauh dari tempat kami berdiri.

Cuak. Aku cuak! Kiri kanan aku pandang, mereka juga memberi reaksi yang serupa. Memberi isyarat supaya aku turuti saja arahan Fajar. Air liur ditelan sukar, menggeletar kaki merapati Fajar seraya menunduk ke lantai.

"Jalan pandang depan adik oi. Ada juga berlanggar dengan saya. Tak sedar badan kecil!"

Lantas aku mendongak bersua muka dengannya. Baru hari pertama dah ajak gaduh. Senang dia aje hina aku badan kecil. Sekurangnya ketinggian aku melepasi 160cm okey? Huh. Aku berdiri sebelah Fajar dalam posisi sedia. Jantung berdegup kencang bagai dipalu kuat. Pandangan mereka agak serius. Tak tahu sama ada mereka risaukan aku atau tak.

"I'm Eleanora Dhia Taqiyyah Binti Elias. Call me Eleanor. I'm ready to serve you all."

"Oh, pandai speaking juga rupanya. Okey, go back to your group, Miss Eleanor." Sebelah tangannya naik menghalau aku pergi. Buang masa dan tenaga aku pergi depan semata-mata sebut tiga ayat ringkas. Ish!

Geram mana pun aku dekat jurulatih kumpulan tiga, reaksi aku disorok sebaik mungkin. Tak tentu pasal kena pandang serong sebab tak hormat orang. Aku berjalan semula di tempat aku berdiri tadi. Sekali lagi pandangan ku melekat pada Fajar serasa ada tarikan magnet. Jejaka itu tersenyum sinis. Dah lama agaknya dia menunggu peluang ini untuk buli aku.

Doa aku termakbul jua akhirnya. Aku mohon untuk satukan kami semula walau apa cara sekalipun. Biarlah perkenalan ini bermula dari awal, tapi perlu ke Fajar sebut nama aku 'alien-nora'? Baru 'kenal' dah main nama aku. Bukannya dia tak ingat cara sebut, siap bagi panggilan manja Elora dalam pesawat. Kau rasa?

Fajar sepintas lalu mengenali ahli kumpulan tiga. Nama disertai panggilan. Selepas itu, barulah dia pergi ke kumpulan lain buat perkara sama. Sedari tadi mataku hanya fokus pada Fajar seorang saja. Seperti ada aura 'all eyes on me' dekat dia. Mustahil kalau Mai dan Clara tak ada hati dekat Fajar. Dia ada visual, sifat gentleman dan juga a man of his words.

Teringatkan gelang yang aku pakai, janji Fajar bukan satu gurauan.

"Baiklah, semua dah kenalkan diri dekat saya. Saya ingin ucapkan terima kasih dekat kawan-kawan saya yang tolong uruskan kamu semua termasuk anggota baru yang lain. Boleh pula jalan jem. Jadi, aktiviti pertama kita pagi ini santai-santai aje. Saya nak kamu semua duduk di kerusi sana tu, kuliah akan dimulakan sebentar lagi." Fajar menunding jari ke barisan kerusi yang adanya meja lipat sebelah kanan.

Di Lautan Biru [OG]Where stories live. Discover now