Bab 29

1.1K 100 2
                                    

RAPTAI perbarisan kawad kaki dijalankan pada sebelah petang tanpa iringan lima buah helikopter di udara. Setelah itu, kawad senyap pula akan menyusul masuk oleh anggota TLDM yang lain. Sebagai penutup latihan pada petang ini, raptai pancaragam pula dipersembahkan.

Bunyi trombon bersilih ganti memainkan melodi yang harmoni. Ketukan gendang dan tiupan tembaga eufonium itu sebagai penghias latar muzik. Konduktor fokus dengan gerakan tongkat yang sering berpusing dan beralih dari kedudukan tangannya. Aura patriotik timbul. Sudah pasti persembahan ini bakal menjadi daya tarikan orang luar sewaktu Navy Day diadakan.

Aku yang tengah duduk bawah terik matahari petang bersama topi menyarung kepala tak jemu tengok mereka berulang kali menjalankan latihan yang sama. Anak mata meliar mencari susuk tubuh seseorang dalam kelompok anggota lelaki yang berkumpul di luar dataran. Walaupun kawasan tempat aku berada tak jauh, masih juga kelibat itu tidak kelihatan.

Yang aku nampak, geng lelaki kumpulan tiga kecuali Hayyan. Sah dah pecut cari Mai dulu. Mel dan Clara aku tak tahu kemana mereka pergi. Katanya nak pergi tandas, ini dah hampir dua puluh minit kena sidai. Melabur ke jadi cleaner?

Mata dikecilkan meskipun penglihatan masih jelas. Tak rabun sama sekali. Entahlah. Fajar dah tukar shift nak jadi senja kut. Sekejap ada sekejap hilang.

Daripada menunggu, aku beranikan diri pergi ke sana seorang diri. Hirau apa orang kata pasal aku. Gatal mengorat jurulatih sendiri? Tanya sendiri dekat Fajar siapa mengorat siapa dulu.

Kaki sibuk mengayunkan langkah. Tiba-tiba tangan aku direntap seseorang dari arah belakang.

"Eleanor! Aku ni, Ena. Kau nak pergi mana?"

Aku laju menoleh melihat gerangan itu. Langkah mati.

Ena, Yaya dan Ijah.

"Oh, hai! Aku nak cari Encik Fajar. Kenapa?"

"Humaira, Mallory dan Clara mana?"

"Mai mungkin cari boyfriend dia. Mel dan Clara pergi tandas."

Mereka bertiga sama angguk.

"Ada benda kau kena tengok. Jap." Ena melepaskan genggamannya. Menarik keluar telefon dari ruang poket. Aku memandang Yaya dan Ijah. Riak wajah mereka tampak gusar

Jari-jemarinya berdansa atas skrin. Kata kunci dimasukkan. Tak lama kemudian telefonnya dihulur kepadaku. Aku meneliti paparan gambar yang kurang jelas. Brightness dinaikkan. Tergamam.

"Mana kau dapat gambar aku dan Shah lepak dekat pondok ni?" Soalku cuak.

"Humaira bagi dekat kami. Dia ada cerita pasal kau asyik mengadu yang kau gaduh dengan Encik Fajar. Lepas itu, kau pun cari Shah untuk luah perasaan. Dia kata kau curang belakang Encik Fajar. Betul ke?" Celah Yaya ragu-ragu.

Aku tertawa kecil. Aduhai. Mai sanggup burukan aku dalam diam? Dia ingat dengan cara menyebarkan fitnah palsu, aku akan berubah fikiran? Malu? Buat apa aku takut akan pandangan orang sekeliling bila mereka percaya dengar cerita rekaan Mai.

Gambar ini, jika sampai ke pengetahuan Fajar, memang habislah nasib perempuan itu.

"Taklah. Aku saja bersembang dengan Shah sebab kami satu kumpulan dalam kepakaran taktikal. Kumpulan tiga," jawabku mendatar.

"Jadi kau masih ada hati dekat Encik Fajar? Betulkan apa yang Humaira ceritakan adalah rekaan semata-mata?" Ijah pula bertanya padaku dengan ekspresinya yang sedikit musykil.

"Yes. Setakat ini tak pernah gaduh dengan dia. Aku rasa selesa bila bersama dia. Korang kena ingat, apa saja cerita Humaira berkaitan aku dan Encik Fajar, jangan percaya sepenuhnya. Tak pasti, cari aku, tanya aku. Jangan termakan dengan racun bisanya."

Di Lautan Biru [OG]Where stories live. Discover now