Bab 5

1.9K 122 7
                                    

"LELAKI tu abang dia? Seriously?" Yumna pandangku hairan. Kami sepemikiran. Mana mungkin budak lingkungan umur tiga tahun ada abang yang sudah dewasa sebegitu. Nampak sebaya. Boleh jadi dia lebih tua daripada kami.

Aku sekadar jongket bahu. Tak pula aku tanya lebih lanjut dekat dia. Maklumlah, dah cuak adik hilang bila si abang syok beli baju dekat situ. Tak sedar adiknya melencong ke lain.

"By the way he looks hot in that black shirt. His buffed arms. Hm..." kata Yumna sambil membuat aksi acah menggoda aku. Ada juga aku hempuk dia pakai pasu bunga sebelah kerusi ni. Gatal betul!

"If you want him so bad then go find him by yourself in there," madahku menunding jari ke butik itu. Bahunya ku tunjal sedikit ke depan.

"Eh taknak, taknak. Tak apalah, aku nak cari lelaki TUDM yang sama unit dengan aku. Tak minat lelaki random jumpa dekat public." Lengannya bercantum membentukkan silang pangkah di dada.

Aku tertawa kecil. Ada saja alasan dia. Sememangnya taste Yumna lelaki berbadan tegap. Katanya nampak protective bila bayangkan mereka keluar bersama. Tapi taklah otot berketul-ketul macam nak pecah bisepnya. Bagi aku, lelaki seperti itu ciri-ciri seseorang yang sangat jaga penampilan. Mereka tahu cara menarik perhatian kaum hawa dengan menggunakan visual maskulinnya.

"Nampaknya seminggu lagi aku dekat sini. Kita kena banyak spend time sepanjang dua minggu ni. Kau dahla jauh, tau? Kena campak dekat Lumut pula tu. Walaupun kita akan terpisah kerana jarak, tapi yang pasti hati kita sentiasa dekat bersama." Yumna mengerdip sebelah matanya untukku. Dia mengulumkan senyuman manis.

"It's my dream to be a navy member." Senyuman palsu singgah di bibir mungilku. Menahan rasa sebak di dada.

Sontak deringan telefon bergetar dalam beg tangan. Perbualan kami terbantut seketika. Tangan laju membawa keluar alat elektronik itu dan terlihat nama Eiyad terpapar di dada skrin. Hairan. Kenapa Yad hubungi aku? Baru pukul empat lebih, bukan pukul enam.

Panggilannya segera diangkat. Risau juga jika ada benda buruk terjadi pada hari bahagiaku. Tolonglah jangan benda bukan-bukan. Aku pula takut. Simbol dail digeser ketepi, telefon didekatkan pada sistem pendengaranku.

"Assalamualaikum... Yad. Kenapa call aku?"

"Waalaikumsalam. Kau tunggu dekat luar. Aku nak bawa kau pergi lepak dekat bukit sekarang juga. I'm serious for now." Tak sampai sesaat talian terus terputus. Berkelip-kelip mataku memandang skrin gelap dalam pegangan.

"Kau okey? Kenapa tadi?" Tangan Yumna mendarat pada bahuku. Wajahnya juga kelihatan bimbang setelah panggilan mengejut berakhir begitu saja. Tiada penerangan lanjut. Hanyalah arahan ringkas daripada Yad.

"I'm sorry, Yumna. I have to go. Text me if you need to."

Kami saling berpelukan. Kehangatan tubuh silih berganti. Aku segera melangkah laju meninggalkan Yumna terpinga-pinga seorang diri di kerusi. Sebenarnya tak sampai hati aku biarkan dia tercongok macam anak hilang mak. Panggilan Yad membuatkan perasaanku bercampur baur. Ya Allah...

Kini, aku sudah menunggu di luar pintu utama. Ramai orang keluar masuk di perkarangan tempat letak kereta. Suasana agak riuh memandangkan kekosongan agak terhad. Sudah pasti bunyi kenderaan mengisi keheningan kawasan ini. Yang pasti, siapa cepat, dia dapat.

Pandanganku ternampak satu kereta Vios putih meluru masuk ke kotak parking. Laju Yad bawa kereta. Baru beberapa minit lepas dia telefon aku. Tahu-tahu dah terpacak depan mata berserta tingkap kereta bahagian penumpang hadapan diturunkan.

"Masuk cepat. Jangan terhegeh-hegeh," arah Yad membukakan pintu dari dalam. Tanpa sempat berfikir panjang terus aku masuk lalu menghempas tutup pintu kereta. Beg tangan yang disangkut pada bahu bertukar kedudukan ke bahagian kaki. Diselit tepi. Lirikan mata berpindah pada dua cawan air green tea terletak elok di pemegangnya.

Di Lautan Biru [OG]Where stories live. Discover now