Bab 43

1.7K 121 12
                                    

TOK! Tok! Tok!

Satu ketukan pintu berulang kali menyedarkan aku dari alam mimpi. Jam penggera sebelah katil ditilik. Sudah sembilan pagi dan aku masih belum sarapan. Bergulung dalam selimut dengan wajah sembapnya. Aku lupa aku menangis tak ingat dunia meluah segala isi hati dekat Fajar semalam.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan sekali lagi didengar.

"Ella tak nak keluar. Ella tak lapar," kataku berbohong dari dalam. Bilik aku sudah ada bekalan buku roti dan kaya yang dibeli setelah pulang dari Swan Square di kedai runcit berdekatan. Niat hari ini memang aku tak nak jejak keluar dari bilik aku.

"Kak Ella... Ini Izz. Izz nak hantarkan sarapan untuk akak aje." Pujukan suara Izz merayu untuk aku menjenguk keluar.

Kain selimut diselak menampakkan pijama biru satin yang membaluti tubuhku. Badan bergolek-golek macam kambing golek bermalasan untuk turun dari katil. Rambut yang sedikit serabai bagaikan direnjat arus elektrik diatur semula. Melangkah lemah menuju ke daun pintu lalu tombolnya ku pulas. Terpampang wajah lelaki berusia empat belas tahun terpacak depan muka.

"Mana breakfast akak?" soalku mendatar.

Tangan yang bersilang belakang tubuh Izz dibawa ke depan. Mi goreng dalam bungkusan plastik yang masih terikat. Tiada pinggan bersamanya. Lagipun, rasanya lebih enak makan mi atau nasi yang masih dibungkus dalam plastik. Serasa ada extra flavour.

"Thank you. You may leave my room,"

"Kejap! Izz nak-"

Terputus ayatnya apabila aku menghempas perlahan pintu tanpa sebarang kata yang terpacul keluar. Tombol pintu dikunci. Tiada lagi rayuannya menyusup masuk dalam telingaku.

Kaki terhuyung-hayang melangkah ke birai katil. Bungkusan mi goreng disangkut pada kaki katil. Menghenyakkan punggungku atas tilam. Pandangan redup jatuh pada karpet permaidani atas lantai. Fikiranku melayang jauh sebelum teringatkan mesej Yumna malam tadi yang berkait rapat dengan insiden pesawat Cessna terhempas di kaki Bukit Urha.

[Yumna] Selepas aku tanya beberapa pegawai atasan dan rakan sekerja Eiyad, katanya tiada sebarang arahan diberikan dekat arwah Sarjan Izhar dan abang kau untuk menerbangkan pesawat Cessna tu. Tahu-tahu lesap dari hangar masa ada anggota lain pergi buat pemeriksaan. Ramai kata mungkin ada salah seorang daripada kami cuba berniat jahat untuk aniaya arwah.

Setiap bait mesej itu disertakan dengan bisikan suara Yumna. Tegas. Penuh autoriti. Yumna sendiri tak sangka semuanya terjadi dengan begitu pantas. Nak halang, dah terlambat. Alangkah sedihnya, Yad tak sempat mendapat anugerah skuadron terbaik untuk tahun ini.

Jika betul andaian orang situ tentang seseorang yang cuba menganiaya abang aku dan arwah Sarjan Izhar, haraplah pelaku itu dapat diburu. Apa motif sampaikan nyawa orang tergadai. Ingat arwah tak ada keluarga yang sekian lama menunggu kepulangan dia?

Naya pelaku itu dapat dekat aku. Memang tumbukan melayang kena kat muka. Lantaklah hilang rupa sekalipun. Kau penyebab aku kehilangan abang aku!

Ugh! Boleh naik suhu badan aku gara-gara kes itu masih dalam siasatan. Tambah pula ibu menunjukkan belangnya yang sebenar kepadaku. Ternyata benar orang kata, anak kedua ini kurang bernasib baik. Hahaha.

Ayah nak mempertahankan aku pun tak dapat. Biasalah, perempuan asyik nak menang. Takkanlah anak sendiri bias, apa salah aku? Sekurangnya aku tak mencari pekerjaan dekat bar atau sebagainya. Macam mana nak bagi ibu ada kesedaran dan berfikiran terbuka? Berbuih-buih mulut asyik pesan benda sama.

Wahai Yad, andai kau masih hidup, bolehlah kau turunkan ilmu kau untuk aku. Kau ambil law kut, mesti pandai defend orang.

Menghela nafas berat. Kulit tubuhku disentuh terasa melekit. Daripada buang masa termenung macam tiada hala tuju, baik aku pergi mandi. Segarlah sikit sekurang-kurangnya.



"KAU pasti kau nak balik? Awal lagi la, Elora. Aku tak puas nak main dengan adik aku,"

Di Lautan Biru [OG]Where stories live. Discover now