Bab 14

1.5K 132 14
                                    

KULIAH bermula tepat jam tujuh pagi. Usai sahaja waktu sarapan, semua anggota digerakkan ke dewan kuliah mengikut kepakaran. Bagi bahagian taktikal, Fajar memulakan kursus tentang ilmu kelautan.

Malangnya, aku tak dapat menghadiri kuliah pertama akibat demam panas naik mendadak. Mel dah syak aku nampak benda tak sepatutnya malam tadi. Salah aku juga sebab degil sangat nak pergi seorang diri. Acah berani, sekali tumbang kena jumpscare tiga lembaga tanpa wajah. Berbuih Mel nasihat aku. Peringatan Fajar pun dikait masuk.

Buat masa ini aku seorang saja penghuni bilik empat. Termenung tengok katil kosong. Mereka bertiga sudah tinggalkan aku lebih awal untuk sarapan pagi. Aku minta Mel nyatakan sebab ketidakhadiran aku kepada Fajar. Tak tentu pasal si Encik Fajar tercari-cari kelibat aku tak ada di kerusi depan barisan tiga.

Sunyi. Suram. Itulah keadaan bilik sekarang. Nasib baik lampu terpasang. Ada juga akak 'rockers' jenguk dekat tingkap. Cukuplah aku trauma sebab kes botol tertinggal di dewan makan. Kepala aku terasa makin berat. Dua biji ubat panadol yang ditelan masih tidak dapat meredakan kesakitan yang aku alami.

Sementara tunggu waktu makan tengahari, apa salahnya aku nak lelapkan mata sekejap. Bukannya ada kerja lain nak dibuat. Aku puas stalk Instagram milik Fajar. Tak ada benda menarik selain daripada quotes yang dia tulis. Sorotan nampak biasa. Semua estetik dengan kopi latté dia. Gambar senja di laut kapal berderet dalam sorotan gambar yang dia hantar. Alangkah seronoknya healing atas kapal. Bilalah giliran aku pula pergi sana.

Ting! Bunyi notifikasi masuk sebaik sahaja aku menarik selimut menutupi separuh tubuhku. Ku sangka mesej daripada Mel, ternyata ada seseorang request message dekat DM aku.

Fajar mesej aku? Bukankah dia yang in-charge untuk kelas hari ini?

Bermalasan aku unlocked password dan terus mencari aplikasi Instagram. Pancaran cahaya terasa terang. Makin sakit kepala aku tengok lama-lama walaupun dah tetapkan dark mode. Bahagian request ku ketik masuk. Mesej ringkas hanyalah sepuluh digit nombor dengan nama pemilik di sebelah. Dalam sesaat, panggilan mengejut daripada nombor yang tidak pernah wujud dalam kontak aku. Namun, nombor itu sana sepertimana yang dihantar Fajar. Mungkin nombor telefon dia?

Simbol hijau ku geser tepi. "Assalamualaikum Fajar... Kenapa awak call saya?"

"Waalaikumsalam. Get ready and I'll bring you to the hospital as soon as possible. Don't forget your IC too,"

Hening sesaat sebelum aku sambung kata, "Ala, tak teruk pun. Esok saya sembuh lah,"

"Eleanora Dhia Taqiyyah, please obey my words!" tekan Fajar tegas. Kan dah kena petik nama penuh.

"Aren't you supposed to handle the class right now?" soalku sengaja melambatkan urusan Fajar.

Dapat ku dengar keluhan berat Fajar dalam talian. "Lebih baik kau bersiap cepat atau aku serbu masuk asrama perempuan bilik empat."

"Okay fine. Wait for me, Mr Fajar."

Talian kami diputuskan. Main ugut pula dah lelaki ni. Siap gelar diri 'kau aku'. Kasar benar. Tak berfikir panjang aku terus bangkit lemah dari katil langsung mencapai skarf dan tudung sarung berwarna hitam agar sesuai dengan jersi kelabu yang dipakai. Dompet kecil dalam laci kabinet ku bawa keluar dan simpan rapi dalam poket seluar tracksuit hitam. Aku melangkah keluar dari bilik empat dan pintu ku segera tutup.

Anak tangga asrama ku turun cermat. Sekilas pandang aku ternampak kereta Bezza berwarna hitam diparkir di tengah perkarangan lapang asrama. Pasti itu kereta milik Fajar. Tanpa ragu-ragu aku mendekati kenderaan itu. Mengejut cermin tingkap penumpang diturunkan Fajar. Jejaka yang masih lengkap seragam navy tersenyum herot pandang aku.

Di Lautan Biru [OG]Where stories live. Discover now