Bab 25

1.2K 112 3
                                    

"DIA ni ke yang bercinta dengan jurulatih kepakaran sendiri?"

"Gatal kemain dia baru hampir sebulan sini dah ada skandal dengan jurulatih,"

"Perempuan tu lawa, tapi sayangnya gunakan kecantikan rupa untuk goda dia. Entah-entah jurulatih dia sebenarnya ada bini kut,"

"Mentang-mentang jurulatih tu handsome, cepat dia rembat. Risau kena tinggal aje sebab dipaksa terima cinta dia,"

Terkedu aku mendengar kutukan yang terpacul dari buah mulut sekumpulan perempuan yang berada di sebelahku. Tengah basuh tangan dekat singki tandas sempat mengumpat pasal aku. Kut iya pun berbisik biarlah aku tak dengar sepatah kata.

Faktanya, Fajar yang terhegeh-hegeh nak dekat aku dan bukan aku yang kejar dia. Nak mengorat sekalipun, pakai chat Whatsapp sudah cukup bagiku. Kekalkan privasi itu lebih baik sebab berkemungkinan besar orang terdekat boleh buat macam-macam dekat aku asbab dendam. Who knows right?

Sejak akhir-akhir ini, hubungan aku dan Mai tidak serapat dulu. Aku rindu bermesra dengan dia, tetapi Fajar tidak menyarankan aku untuk taruh kepercayaan sepenuhnya dekat Mai. He knows her better.

"Nak jadi perempuan murahan kut. Dengar cerita, dia selalu berduaan dengan jurulatih dia lepas habis kuliah,"

"Mana kau dengar khabar angin tu huh?" Aku mencelah. Menoleh ke arah mereka bertiga yang kaget melihatku.

"Betul ke kau dengan jurulatih kau... Couple?" Salah seorang daripada mereka menyoalku. Gagap.

Tidak tahu mahu merespon apa. Fajar boyfriend aku? Hm...

"Kawan. Sebab kami dah lama kenal dulu," balasku mendatar.

Mereka pandang hairan. "Jadi korang tak ada buat sesuatu di luar jangkaan lepas habis kuliah?"

Tergamam. Apa benda mereka fikirkan? Agak-agaklah aku nak melanggar batas bukan mahram.

Aku kawal ekspresi wajah sebaik mungkin. "Tak. Kadang-kadang sebab dia nak tanya khabar aku. Tak pun kalau ada soalan yang aku tak faham, aku tanya lah kat dia,"

"Nama dia Encik Fajar kan? Tak silap aku,"

"Yes. And may I know where did you guys get this info from? Don't accuse me anything that could ruin my dignity without asking me the truth." Santai aku bersandar membelakangi tabletop singki. Tangan dan kaki bersilang. Anak mata menusuk tajam ke arah mereka.

"Um... Cerita sebenarnya macam ni, kami tengah cuci mata tengok senior kita semua dan Encik Fajar paling attractive kami tengok. Tapi lepas tu, ternampak kau datang dekat dia dan dia pun buat benda sama. Kebetulan pula aku tahu kau asrama perempuan bangunan ini cuma beza bilik sebab kepakaran lain kan. Jadi, asalnya aku macam tertarik dengan kau sebab saja nak berkenalan. Tadi niat nak cari kau tapi terjumpa orang lain," hujah perempuan itu panjang meleret.

"Siapa orang kau jumpa tu?"

"Humaira rasanya. Aku tengok nametag dia." Tanpa sangsi dia menyebut nama Mai.

Memang dah agak Mai orangnya. Sejak dia dan Hayyan keluar jalan pergi Aeon Manjung, aku dan Fajar syak ada sesuatu antara mereka. Jika difikirkan balik, tak mungkin sesenang itu jatuh cinta dengan orang yang baru kau kenal. Biasanya, kenal dulu latar belakang orang, tengok cara dia layan kita. Tetapi bukan Mai.

Aku baru jual nama Hayyan dekat dia, esok harinya terus tackle Hayyan. Aku husnuzon awalnya. Mai jadikan Hayyan orang tengah untuk mendekati Fajar tetapi nampaknya tidak. Macam ada rancangan melibatkan aku dan Fajar.

Shah suka aku. Fajar suka aku. Tapi aku lebih memilih Fajar daripada Shah. Jikalau Hayyan bagitahu perkara ini dekat Shah, pasti kecewa. Andai kata Mai dan Shah bersekongkong dalam menjatuhkan aku atau sabotaj sesuatu, apa kemungkinan yang akan terjadi agaknya?

Di Lautan Biru [OG]Where stories live. Discover now