Bab 36

3.7K 207 5
                                    

HAMPIR semua bahagian dalam kapal diraja diterjah masuk. Dari tempat dek kapal ke kokpit dimana segala butang kawalan kapal dan navigasi radar berada. Kemudian, Fajar bawa aku keluar dari tempat kokpit pergi ke sisi kapal untuk turun ke bahagian kabin tertutup melalui pintu masuk yang sedia ada. Malangnya, kaki aku tidak sengaja terhantuk pada tangga besi kerana sibuk mengejar langkah Fajar. Sakit memang sakit, tapi perasaan teruja mendominasi kesakitan ini apabila berpeluang melihat isi dalam kapal dengan lebih dekat.

Setelah puas menjelajah hampir sepuluh minit dalam kapal, Fajar bawa lagi pergi ke hujung kapal bahagian depan atau bulbous bow. Serasa ala Titanic. Angin sepoi-sepoi bahasa terasa sejuk menyentuh kulit mulusku. Tatkala aku menapak tepat di hadapan tiang hujung kapal, Fajar automatik mengambil beberapa keping gambarku tanpa diarah sambil menunjukkan gaya pakar fotografinya .

"Ke kiri sikit. Posing dramatik. Senyum. Okey, perfect! 1... 2... 3..."

Serasa jadi model apabila Fajar mengarahkan aku buat gaya yang pelbagai. Pasti penuh galerinya dipenuhi gambar aku seorang. Kisah apa, telefon dia bukannya aku punya. Storan penuh masalah Fajar juga.

Kami bertukar giliran. Bezanya, aku fotografi yang kurang bertauliah. Kekadang hasilnya nampak elok, kekadang lighting tak kena. Senget-benget gambar. Teruknya aku, hahaha.

Setiap kali selesai bergambar, aku akan minta pendapat Fajar jika hasilnya memuaskan hati. Sedikit sebanyak dia membimbing aku untuk memperbaiki kesalahan yang sering aku lakukan selama ini. Lama-lama ajarannya diserap baik dan aku mampu menghasilkan foto yang lebih cantik. Biasalah, didikan Encik Fajar.

Tangan bersilang di dada dengan wajah ketatnya. Nampak tegas dan garang. Gaya posisi dia membuatkan aku cair dengan segak rupanya. Benarlah kata orang, bila lelaki berpakaian kemas automatik aura ketampanan mereka lebih kuat terasa terutamanya anggota navy yang sedang berdiri di hadapan aku sekarang ini.

Damn! He's so hot for this.

"Sini, kita selfie sama-sama. Nak hantar dekat Yad." Tangannya menunjukkan isyarat ke mari supaya aku mampir dekat. Telefon miliknya diserahkan kembali kepada tuan empunya. Ewah, nak buat daily update dekat abang aku lah tu.

Malu. Kekok. Payung yang aku pegang dihalakan atas kepala kami berdua. Aku tak pernah bergambar serapat ini dengan orang berlainan jantina. Paling biasa pun gambar kuliah berjemaah dekat depan perkarangan universiti. Setiap kali berada dekat bersama mereka, pasti kurang selesa. Seperti ada benteng yang menghalang aku untuk berinteraksi dengan mereka.

Fajar satu-satunya lelaki yang buat aku rasa selesa bila ada kehadirannya. Tidak pernah sentuh aku selama kami berkenalan. Nampak sangat dia jaga maruah perempuan yang tak semua orang sedar betapa mahalnya harga diri kita sebagai kaum hawa.

"Okey, sudah. Jap, nak buat wallpaper." Lincah jarinya menekan gambar yang menarik di matanya lalu ditetapkan menjadi latar belakang telefonnya.

"Hantarlah dekat saya juga!" pintaku.

"Iya, sabarlah. Aku nak cuci mata jap tengok gambar ni."

Aku depan mata kau Fajar oi! Tak payah beria tenung lama dekat gambar.

"Hm... Kau lapar tak? Aku nak beli makanan dekat gerai sebelah sana. Kawasan tempat parking jeti. Aku belanja!"

Seketika jejaka ini aku renung lama. "Err... Larat ke awak nak berjalan? Demam dah surut ke belum?"

"Dah..." Sengihan kerang busuknya ditayang.

Andai aku boleh lekapkan tangan pada dahinya yang berkilat untuk merasai sendiri suhunya, dah lama aku buat. Lelaki kan suka menipu. Tak fikir soal kesihatan. Tidak mengapa, masalah dia bukan masalah aku.



"MMM... Sedapnya nasi kari dia. Kalau makan setiap hari pun tak apa!" ujarku menghabiskan saki-baki sisa nasi yang ada.

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now