Bab 18

1.4K 123 3
                                    

SUARA tangisan kedengaran sayu dibalik selimut yang membungkus tubuh Mai. Teresak-esak mengenangkan amarah Fajar dilepaskan padanya. Aku dan Mel yang sibuk agihkan duit kertas untuk bermain Saidina berhenti seketika. Clara yang menyusun kad-kad secara berjajar, pandang aku penuh rasa curiga.

"Asal dengan Mai? Dari tadi aku tengok dia monyok semacam," bisik Clara mencuit lengan bajuku.

"Hm... Encik Fajar marah dia," jawabku mendatar.

Mel seolah-olah terkejut. Sejak bila Fajar marah dia? Sepanjang kelas ilmu kelautan berlangsung, Fajar hanya fokus untuk kumpulan tiga. Begitu juga dengan jurulatih yang lain. Mai kumpulan satu bersama Encik Redza. Seingat Mel, Encik Redza yang sering tegur kesalahan Mai, bukan Fajar.

"Encik Fajar? Marah dia? Kan Encik Fajar kumpulan kau, kenapa nak marah Mai?" Mel memandangku perasaan tertanya-tanya.

Aku diam tak berkutik. Perlukah aku bagitau cerita sebenar dekat mereka berdua? Nanti mereka syak pula aku turut jatuh hati dekat Fajar. Oh tidak, aku tak suka lelaki seperti dia. Tak mahu!

"Eleanor? Jawablah, kau dengan Mai kan tadi?" pujuk Mel mendesak aku buka mulut.

"Fajar reject aku sebab dia suka Eleanor!"

Serentak kami bertiga berpaling ke arah katil Mai. Dia sedia duduk dari pembaringan dengan wajah sembapnya. Tangisan di pipi masih belum digilap, membiarkan cecair jernih itu membasahi wajahnya.

"Ha!? Encik Fajar suka Eleanor??" Kaget Clara tengok aku sambil menekup mulutnya.

"Eleanor, betul ke apa yang Mai cakap?" celah Mel mengensot ke depan merapatkan jarak dengan aku.

Bergetar bola mata aku melarikan mataku satu per satu setiap wajah penghuni bilik empat. Terkulat-kulat aku nak menjawab persoalan musykil mereka.

"Ya. Memang... Encik Fajar ada bagitau aku yang dia suka aku. Tapi jujur aku kata, aku tak ada hati dekat dia langsung lepas apa yang Mai ceritakan waktu zaman diorang sekolah menengah,"

"Jadi maksudnya kau pernah suka Fajar kan dulu sebelum aku buka cerita sebenar??" Soalan perangkap dari Mai membuatkan aku kelu.

"Tak." Laju aku berbohong.

Pertemuan kami berdua yang pertama adalah dalam pusat beli-belah sewaktu terjumpa Fellora sesat di tengah laluan. Lepas aku hantar dia balik dekat Fajar, aku tak berkesempatan untuk berkenalan dengan jejaka tanpa nama itu. Apabila Yumna asyik puji si jantan miang buluh tu, aku pun termakan racun dia. Racun apa? Racun untuk menghasut aku suka random strangers yang terserempak di luar.

Masuk kali kedua semasa menaiki pesawat, jantung aku dup dap dup dap memanjang. Gentar, malu, kekok. Semua aku sapu. Bayangkan ada lelaki pakai baju turtleneck warna hitam duduk sebelah kau dengan dada bidangnya meronta ingin dilepaskan, kau rasa? He also had a perfect face features. I liked it!

Perasaan suka dalam diam kian pudar kerana kisah silam yang diceritakan Mai. Namun, mesej berunsur niat jahat yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali kepada Mai menyebabkan aku sedar sesuatu. Kata-kata Fajar telah membuktikan bahawa Mai tidak sebaik yang aku sangka. She could betray me because of her jealousy.

Agak-agak perasaan suka dekat Fajar boleh subur balik tak dalam diri aku macam dulu walaupun sikit?

Eh gila aku ni! Kawan tengah heartbroken sebab ex crush reject dia, boleh pula aku ambil kesempatan menggeletis dengan miang buluh tu.

Kalau Fajar miang buluh, aku kutu kera ke?

Mengejut Mai berdehem kuat. Tersentak aku dari lamunan. "Fajar ada bagitahu apa-apa pasal aku dekat kau?"

Di Lautan Biru [OG]Where stories live. Discover now