Bab 6

5K 249 7
                                    

USAI sahaja makan malam, aku berkampung semula dalam bilik tidur. Pintu gelongsor beranda ditolak sedikit memuatkan tubuh kecilku menyelit keluar. Tersandar tenang atas kerusi malas di sudut beranda. Gugusan bintang menghiasi langit kelam. Saja hirup udara dingin malam hari.

Banyak benda berlegar dalam mindaku. Aku kena luangkan masa sebaiknya sepanjang dua minggu ini sebelum berkhidmat di Lumut. Kata Yad, berkemungkinan aku jarang balik ke sini bila dah sibuk dengan kursus latihan di sana.

Terpaksa berjuang sendiri untuk menggapai cita-cita yang diimpikan selama ini. Tiada keluarga, tiada sahabat handai bersama. Hanyalah Yang Maha Esa yang akan menemani aku sepanjang masa. Tak terbayang rasanya bila berjauhan dari tempat tinggal aku berada sekarang ni. Mesti kosong dan suram hidup seketul Eleanora. Andai Yumna sama unit dengan aku, sekurangnya ada peneman merantau di negeri orang.

Aku dipilih masuk kepakaran jurutaktikal plot peperangan. Aku kurang pengetahuan pasal ni. Mahunya dia kepakaran kena angkat benda berat lagi-lagi senjata, berotot habis lengan aku. Ingat senang bawa senapang yang nampak 'ringan' sedangkan tidak? Nasib baik aku dah bagi badan fit. Kalau kurus macam lidi sate, habis patah tulang radius dan ulna.

Nak jadi tentera, banyak benda kau harus berkorban. Masa, tenaga, nyawa. Bukan selalu kau boleh jenguk keluarga walaupun ada cuti panjang sekalipun. Masa cutilah kau bekerja, masa itulah juga kau cari sumber pendapatan untuk sara diri. Semuanya memerlukan tenaga untuk pastikan tugasan yang diamanahkan berjalan dengan lancar. Nak fikirkan strategi berkesan bukan mudah. Boleh jadi tekanan mental bila orang atasan suruh kau tentukan keputusan muktamad dalam masa singkat.

Aku takut jika ajal menjemput pulang tanpa sempat keluarga melihatku buat kali terakhir. Pergi berkhidmat dengan sihat tubuh badan, pulang bersama keranda dibalut bendera Malaysia.

Resah. Gementar. Aku harus membuang aura negatif dalam diri jauh-jauh. Redah hutan ke, healing dekat pantai ke. Membawa tubuh ini pergi meneroka keindahan ciptaan Allah lebih baik daripada terperuk dalam bilik tak berbuat apa. Aku taklah rapat sangat dengan keluarga kecuali Yad. Dia saja tempat aku bersandar walaupun perangai serupa anjing dengan kucing. Nak berbual dengan dia orang pun lepas sepuluh minit senyap balik. Itu sebab kenapa aku lagi suka berkurung dalam bilik buat hal sendiri.

Aku membuang pandangan ke langit cakerawala. Nampaknya sudah hampir larut malam. Tak elok duduk luar lama-lama. Naya ada jembalang tanpa wajah terbang depan mata kelak. Silap-silap demam tak surut.

Tatkala aku melangkah setapak masuk bilik, jantung hampir luruh pabila langsir sontak terselak dari dalam. Menjerit serentak kami berdua tengok wajah masing-masing terkejut macam separuh roh dah keluar. Refleks tanganku naik menampar pipi dia sehinggalah aku tersedar sesuatu.

"Apahal kau masuk bilik aku tak ketuk pintu??" marahku lalu menampar lengan sasanya dengan kuat. Harap ada kesan berbirat tinggal padanya.

"Kau yang pekak. Aku dah ketuk banyak kali, tak ada respon. Aku redah masuk, kau pula tak ada. Sekali aku perasan langsir bertiup dari luar, itu aku terdetik hati nak cek kau dekat sini. Tahu-tahu aku kena jumpscare dengan hantu pakai clay mask warna kelabu separuh kering." Yad sempat membahan rupa aku. Sakan gelakkan aku dengan muka sebegini rupa sambil mengusap pipinya yang tampak kemerahan.

Aku mendengus kasar langsung berlaga bahu dengan Yad menghentakkan kaki menuju ke bilik air. Pili singki dibuka. Cecair jernih yang mengalir deras ku tadah. Wajah yang dicalit clay mask tadi aku bilas hingga bersih. Tuala muka yang digantung pada pintu direntap untuk mengeringkan wajahku yang basah.

"Aih, terus basuh lepas aku tegur. Itulah, lain kali jangan pilih clay mask warna gelap. Kau dengan hantu tak ada beza," perli Yad menghenyakkan punggungnya di birai katil.

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now