"Siapa suami Puan Neya??"tanya jururawat yang saat ini menangani Neya dalam proses persalinanya
"Saya!!" ucap Hilman dan Fahmi serentak
"Ehh??"jururawat tersebut kebinggungan
Hilman menatap tajam ke arah Fahmi yang saat ini seakan lupa status dirinya yang sebenar..
"Apaa??? Selama ni aku memang mengaku suami Neya kalau dia lagi check kandungan"jawab Fahmi tanpa rasa bersalah..
"Tapi dia bini aku...Aku suami sah dia!"jawab Hilman tegas
"Yakin??"Fahmi meragukan jawapan Hilman
"Mi..Neya tu memang kakak ipar aku..Dah abang Hil je masuk teman Neya melahirkan..Kau mi duduk sini!"arah Alana mulai geram kerana sedari dalam kereta Fahmi dan Hilman tiada yang ingin mengalah..
Baru sahaja Fahmi ingin melawan namun Alina dengan cepat menahan lengan Fahmi dari masuk ke dalam bilik pembedahan dan hal ini memudahkan Hilman untuk menemani sang isteri yang bakal melahirkan cahaya mata mereka..
"Tapi Neya tu tak kenal dia"gumam Fahmi dan suaranya jelas didengar oleh Alina
"Tapi kau juga bukan suami dia!"jawab Alina geram akan kelakuan Fahmi..
Alana yang melihat kelakuan Fahmi hanya geleng-geleng kepala tapi dalam masa yang sama dia bahagia kerana mereka akhirnya menemukan Neya..
Beberapa minit kemudian barulah kehadiran yang lain bermunculan..Saat majlis perkahwinan Feya dan Farhan berlangsung ,Neya pula mengalami kontraksi dan pecah air ketuban..Keadaan kecoh yang mana Hilman dan yang lain terkejut akan kehadiran Neya berubah menjadi huru hara kerana Neya ingin melahirkan..Hilman,Fahmi, dan Alana bergegas membawa Neya ke hospital dan yang lain menyusul menggunakan kenderaan masing-masing..Alina pula saat itu baru selesai bertugas dan ingin pulang namun dia membatalkan niatnya dan turut menemani Neya bersalin..
Kini Nuqman,Mikail,Nora,Gee dan Faiq sudah berada di hospital..Mereka semua setia menunggu sehingga Neya selamat melahirkan..Manakala Feya pula harus meneruskan majlis perkahwinannya sehingga selesai..Kedatangan Puan Sri Rosnah dan Tan Sri Hassan juga turut dilihat..
"Betul ke tu Neya?? Menantu mak long kan dalam tu??"tanya Puan Sri Rosnah yang seakan tak percaya bahawa menantunya telah ditemui..Setelah sembilan bulan lamanya akhirnya Neya kembali..
"Iya..Dia Neya mak long..Neya nya kita"jawab Alana sambil terisak..Sungguh dia bahagia saat ini..
"Semoga ibu dan anak dua-dua selamat"ucap Tan Sri Hassan..Dia juga bahagia tapi dalam masa yang sama dia berharap menantu dan bakal cucunya selamat..Dia tidak ingin ujian anaknya ditambah lagi..
Saat kedua orang tua Hilman menangis dan berdoa agar menantu dan cucu mereka selamat ada sepasang mata yang memerhati mereka dengan seksama..Mata tersebut pernah melihat Puan Sri Rosnah tapi ini adalah pertama kali dia melihat Tan Sri Hassan..Ada secebis rasa yang dirinya sendiri tidak ketahui saat melihat wajah tersebut..
"Mi kenapa??"tanya Alina saat dirinya perasaan akan sikap diam Fahmi
"Entahlah..Mi risau Neya je ni..Dia akan selamatkan"tanya Fahmi cuba menutup perasaan yang saat ini menganggu hatinya
"Kita doa sama-sama..Neya tu wanita kuat..Mesti dia akan kuat demi anak-anaknya"ucap Alina positif
"Anak-anaknya?? Neya hamil kembar ke??"tanya Nora yang saat ini duduk di sebelah Alina..
"Haah..Dia hamil kembar..Tapi dia tak nak tengok jantina..Katanya nak tunggu hari melahirkan"jawab Alina dan hal ini jelas didengar oleh yang lain juga..Betapa bahagia mereka mendengar berita tersebut..
YOU ARE READING
Hilman Aydan S3 (OG)
General FictionWajah kaku dan dingin milik seorang Hilman Aydan ternyata memiliki luka yang amat dalam..Seakan dirinya tidak peduli tapi antara semua dialah yang paling tersakiti dan sensitif..Perwatakannya yang kasar hanyalah bentuk tembok penghalang agar tiada s...