"Puan Mellia hidup dengan penuh penyesalan. Satu-satunya cara untuk sembuhkan rasa itu cuma berhadapan dengan perasaan bersalah tu."ucap Nuqman sambil memandang ke arah Mellia yang sedang terbaring di ruangan khas yang ada di kliniknya.
"Ya..Mommy memang rasa sangat bersalah dengan seseorang. Dia pernah mencintai seseorang melebihi segalanya. Namun lelaki itu pergi untuk selamanya dan dia tak mampu menyelamatkan lelaki tu. Kini mommy sedaya upaya nak cari anak lelaki tu Man..Aku tak tahu sama ada hal ni akan menyembuhkan mommy atau sebaliknya. Kau rasa apa patut aku buat?"tanya Faiq yang berdiri di sebelah Nuqman dan turut memandang ke arah Mellia
"Tak salah untuk berusaha..Mungkin anak lelaki tu adalah kunci kesembuhan Puan Mellia dari rasa bersalah tu." jawab Nuqman tanpa tahu bahawa orang yang dirinya ceritakan bersama Faiq adalah wanita yang amat dirinya cintai
"Baiklah. Aku rasa aku akan percepatkan pertemuan mereka. Tapi boleh kan hari dimana mereka bertemu,kau tetap ada sebagai doktor kepada mommy aku? Aku takut sesuatu terjadi dan aku tak dapat kawal situasi.."ucap Faiq
"Tenang je. Puan Mellia dah dibawah tanggungjawab aku.. Aku akan selalu siap sedia bila dia perlukan perkhidmatan aku. Aku doakan mommy kau cepat sembuh bro."
"Thanks bro" Faiq kemudian melangkahkan kakinya menghampiri sang ibu.
Drett
Drett
Drett
Panggilan dari Alana seketika menghentikan langkah kaki Nuqman yang awalnya ingin turut mengikuti Faiq menuju ke arah Mellia.
"Hello sayang"sapa Nuqman dengan senyuman di bibirnya yang jelas-jelas takkan dapat Alana lihat saat ini
"....."
"Hemm..Ya sayang..Lepas ni bie ada jadual untuk kelas kaunseling."jawab Nuqman akan pertanyaan dari sang kekasih
"....."
"Ya..Ya sayang..Malam ni kita jumpa..Sudah yaa..Bie ada kerja ni..Ingat hati-hati drive tu.. Jangan nakal ye bakal isteri bie..Assalammualaikum. "ucap Nuqman dengan bibir yang tak lepas memberikan senyuman.
Panggilan singkat yang sering Nuqman dan Alana lakukan adalah untuk membuatkan komunikasi antara keduanya sering berjalan lancar.
Baik dari sisi Nuqman atau pun Alana mereka ingin hubungan mereka didasari dengan sebuah komunikasi yang baik. Hal ini juga membuatkan kedua mereka tidak akan merasa diabaikan oleh pasangan dengan bertanya atau berkongsi mengenai kegiatan-kegiatan yang mereka lakukan.
"Bro aku dengan mommy balik dulu ya"ucap Faiq yang saat ini berada di depan pintu bilik Nuqman
"Haa okey. Untuk jadual kaunseling akan datang nanti aku email kau ya."ucap Nuqman
"Okey thanks bro."ucap Faiq sambil memberikan senyum tipisnya
"Sudah tanggungjawab aku. Jangan risau Puan Mellia insya allah akan sembuh semula"jawab Nuqman
*****
"Amboii senyum kau tu"tegur Neya
"Kenapa?"Alana berpura-pura seakan tidak tahu apa-apa
"Elleh yang sedang jatuh cinta bukan main ya asyik tersenyum je. Tak kebas ke bibir tu senyum macam tu Lana oii??"sengaja Neya menyakat sang sahabat
"Neya cuba tengok cermin tu"
"Ahh kenapa dengan cermin?"Neya kebinggungan
"Tengok lah dulu"
"Haa kenapa?? Apa yang nak aku tengokkan.?"sambil melihat ke cermin sisi kereta
YOU ARE READING
Hilman Aydan S3 (OG)
General FictionWajah kaku dan dingin milik seorang Hilman Aydan ternyata memiliki luka yang amat dalam..Seakan dirinya tidak peduli tapi antara semua dialah yang paling tersakiti dan sensitif..Perwatakannya yang kasar hanyalah bentuk tembok penghalang agar tiada s...