Kehilangan??
Akankah hal itu akan terjadi lagi sekali ?
Akankah Hilman diuji dengan kehilangan orang yang dia kasihi?
Saat ini Hilman bagai orang yang tak memiliki jiwa sama sekali. Meski tubuhnya dengan setia menunggu khabar dari sang isteri yang saat ini dirawat dalam bilik pembedahan namun jiwanya dan fikirannya seakan melayang ketempat lain.Dengan rasa sedih dan harapan agar isterinya dapat diselamatkan,Hilman juga turut merasa takut jika apa yang dia harapkan tidak sesuai dengan apa yang bakal dirinya hadapi..Dia juga sangat binggung dan takut akan keadaan adiknya yang sampai saat ini belum ditemui..Ingin sahaja dia berlari dan mencari sang adik namun dalam masa yang sama isterinya juga memerlukan dirinya. Dia ingin mengamuk namun dia harus menahan segala emosi yang membuak di dirinya saat ini..
"Kenapa??"gumamnya
"Kenapa lepas satu..Satu hal lagi terjadi??"tambahnya lagi dengan nada penuh kekecewaan
"Argghhh siapa pun orang itu aku akan balas dia berkali lipat sebab berani ganggu orang yang aku sayang!'" batinnya sambil mengepalkan tangannya
"Bang"sebuah sentuhan di bahu Hilman dan suara panggilan lembut dari Fahmi seketika membuatkan Hilman kembali ke dunia realiti
"Abang jangan risau,Neya pasti akan selamat. Dia wanita kuat."ucapnya sambil duduk di sebelah Hilman.
Hilman yang mendengar ucapan itu perlahan tertunduk semula.
"Kenapa semua ni terjadi mi. Siapa orang yang tak henti-henti berniat nak ganggu keluarga kita. Dulu Neya mi,sekarang Neya dan Alana !"ucapnya dengan bahu yang sedikit bergetar
"Abang ada syak sesiapa ke? Ka ada orang yang selama ni memang tak suka dekat Lana?"tanya Fahmi
"Tak tahu..Abang tak tahu. Selama ni yang selalu sakiti Lana cuma auntie Lina dan Liyana je..Tapi mustahil lah auntie Lina yang buat,dia kan dalam penjara sekarang ni."jawab Hilman
"Mesti ada orang yang terdekat ni atau orang yang dah lama sakit hati dekat keluarga kita. Penculikan ni macam dah dirancang."Fahmi mengeluarkan apa yang ada di fikirannya
"Mi,apapun jadi tolong cari Lana..Lepas Neya sedar abang akan turun tangan untuk cari dia juga. Buat masa ni abang tak boleh tinggalkan Neya seorang diri."
"Baik..Abang jangan risau,Lana dalam tanggungjawab aku..Aku akan...."belum habis Fahmi bercakap,percakapan mereka langsung diputuskan oleh seseorang
"Mana Lana !"tanya nya yang baru sahaja sampai.Saat ini masih terlihat jelas dirinya yang baru habis berlari. Wajahnya juga sangat khawatir akan semua hal yang terjadi
"AKU TANYA MANA LANA !!!!!"tanyanya lagi kini dengan nada penuh penekanan
"Lana diculik Man.."jawab Hilman tertunduk lesu
"APAAA!!!"
"APA YANG JADI??"
"TADI KAU KATA DORANG CUMA ALAMI KEMALANGAN KAN!!"
"KAU KATA KAU DEKAT HOSPITAL SEBAB NEYA CEDERA PARAH, NI APA MAKSUD KAU KATA LANA KENA CULIK??"jelas terlihat emosi yang memancar dari wajah Nuqman.
Siapa sangka lelaki yang sangat jarang marah kini dengan berani marah di hadapan adik sahabatnya.Lelaki yang paling pandai menyembunyikan emosinya namun jika hal berkaitan Alana sering kali emosinya terlepas begitu sahaja.
Hilman dan Fahmi kemudian menjelaskan satu persatu apa yang jadi dan hal ini buatkan Nuqman semakin tidak dapat mengawal emosi nya..Ingin sahaja dia mengamuk dan memukul orang yang menculik Alana namun dia seketika sedar bahawa yang terpenting saat ini bukan lah marah dan mengamuk membabi buta melainkan mencari kekasihnya dengan menggunakan akal yang sihat.
YOU ARE READING
Hilman Aydan S3 (OG)
General FictionWajah kaku dan dingin milik seorang Hilman Aydan ternyata memiliki luka yang amat dalam..Seakan dirinya tidak peduli tapi antara semua dialah yang paling tersakiti dan sensitif..Perwatakannya yang kasar hanyalah bentuk tembok penghalang agar tiada s...