Dengan telatan Hilman memakaikan baju buat si kembar. Senyum indah di wajahnya tidak berhenti dari terukir di balik bibirnya.
"Amboii si kembar kalau dengan abang bukan main ya..Tak nakal langsung"Neya memuncungkan bibirnya
"Takkan sayang cemburu kot?"Hilman menatap Neya sambil tersenyum
"Neya yang mengandungkan diorang tapi dengan Neya tak macam diorang dengan abang pun.."jawab Neya kesal
"Aloloo baguslah tu..Jadi abang takkan cemburu bila sayang asyik layan dorang sampai lupa abang nanti"
"Ehh macam tu pula? Ni bukan sayang yang cemburu tapi abang yang posesif!"gumam Neya
"Hahahaha sayang terima kasih sebab hadir dalam hidup abang ya..Abang bahagia sebab sayang terima abang sebagai suami sayang"ucap Hilman tiba-tiba
"Abang belum cerita macam mana kita jatuh cinta kan? Abang ceritakan lah.. Sayang nak tahu"ucap Neya dengan nada manja
"Dulu sayang tu PA abang.. Kita tak bercinta pun sayang tapi disebabkan nak selamatkan diri dari perjodohan yang dilakukan oleh bapa sayang,abang pun ajak sayang kahwin"jawab Hilman sambil memainkan rambut ikal Neya
"Laa macam tu pula? Kenapa abang nak kahwin dengan Neya? Sebab kesian atau nak jadi wira jak?"tanya Neya sambil menyipitkn matanya
"Hahahhahha"ketawa lepas Hilman saat melihat wajah Neya yang sangat comel di matanya
"Ishh jangan lah ketawa!"geram Neya
"Sayang dah settle pack barang-barang kita?"tanya Hilman tanpa menjawab soalan Neya
"Ubah topik?"tanya Neya yang turut sama tidak menjawab soalan Hilman..Entah kenapa kedua manusia ini saling melontar pertanyaan sahaja sedari tadi.
"Tak..Hari ni kan kita balik rumah kita kan. So nanti dekat sana abang akan jawab soalan sayang tu."jawab Hilman dengan pandangan mata penuh cinta kepada Neya
"Kenapa kena tunggu dekat sana? Kenapa tak jawab sekarang je?"Neya memuncungkan mulutnya tanda tidak puas hati
"Sebab disana lah jawapan untuk soalan sayang abang ni..Sudah jangan merajuk lagi. Abang janji nanti dekat rumah abang jawab soalan sayang tu..I'll give you the best answer.."lalu Hilman tersenyum lebar hingga menampakkan gusinya
Cair? Sudah tentu..Senyuman Hilman seakan sebuah sihir buat seorang Neya Adriana. Entah kenapa hatinya dengan mudah luluh akan senyuman itu.. Baik sebelum dan selepas hilang ingatan. Senyuman itu selalu menjadi senjata terkuat bagi Hilman untuk meluluhkan hati isterinya. Ditambah lagi kini kedua cahaya mata mereka turut memiliki senyum tersebut. Hari-hari Neya menjadi lebih bahagia mendapat anugerah itu.
Saat di ruang makan keluarga,Puan Aida dan Hana tidak habis-habisnya bermain dengan si kembar.. Sepanjang Meya berpantang mereka lah yang menjaga si kembar namun kini si kembar bakal meninggalkan mereka..
"Kami janji akan selalu balik sini mak."ucap Neya saat melihat wajah sendu ibunya
"Awas kalau kamu jarang balik sini.. Mak sita anak kamu ni dekat sini kalau sampai kamu tak bagi diorang balik sini"ucap Puan Aida
"Hahahha mak ingat anak Neya barang..Ni si Naufa kan ada. Mak main dengan Naufa je lah..Hahhahha"jawab Neya sambil mencuil-cuil pipi anak buahnya. Naufa merupakan anak satu-satunya Hana.
"Ishh kamu ni ada je jawabnya ya..Pokoknya kamu harus balik sini tiap minggu !"ucap Puan Aida
"Baik mak. Nanti Hil sendiri yang akan pastikan kami datang sini seminggu sekali. Kalau tak pun mak yang menginap dekat rumah kami."jawab Hilman dan hal ini berjaya buatkan hati Puan Aida lega
YOU ARE READING
Hilman Aydan S3 (OG)
General FictionWajah kaku dan dingin milik seorang Hilman Aydan ternyata memiliki luka yang amat dalam..Seakan dirinya tidak peduli tapi antara semua dialah yang paling tersakiti dan sensitif..Perwatakannya yang kasar hanyalah bentuk tembok penghalang agar tiada s...