"Terima kasih mak"ucap Neya saat sang ibu sedang meletakkan baby Rayyan di tempat tidur..Puan Aida kemudian tersenyum lalu menghampiri Neya lagi dan mengambil baby Rayden dari gendongannya dan ingin meletakkan baby Rayden bersebelahan dengan baby Rayyan..
"Kamu rehat..Mak nak turun bawah nak masakkan kamu makanan.."pesan Puan Aida lalu membetulkan selimut Neya namun baru sahaja dia berbalik menghadap ke pintu pinggangnya kemudian ditahan oleh Neya..Untuk pertama kalinya Neya memeluknya erat..Bukan pertama kali selepas dia hilang ingatan tapi pertama kali selepas kejadian yang pernah menimpa Neya dulu..
"Neya tak tahu apa cerita kita di masa lalu tapi Neya tahu mak sayang Neya dan Neya harap Neya anak mak yang baik..Makkk terima kasih sebab lahirkan Neya..Lepas proses persalinan Neya sedar hal paling besar seorang wanita lakukan adalah berkorban nyawa demi sang anak..Neya sayang mak..Maafkan Neya kalau Neya lupa semuanya.."terasa basah bahagian belakang Puan Aida..Dia sedar Neya menangis dan untuk pertama kalinya dia dapat menyaksikan tangisan anak keduanya itu..Andai Neya tahu selama ini Puan Aida sangat merindui pelukan dan tangisnya..Sejak kejadian hitam itu Neya berubah bahkan selalu terlihat kuat di depan Puan Aida..Meski saat Lia ketahuan menjadi dalang dan Puan Aida mempertahankan Lia dan memaafkannya,Neya hanya diam..Diam dan kemudian berlagak seakan semua tidak pernah berlaku..Kadang Puan Aida binggung akan perasaan Neya hingga akhirnya dia menyimpulkan Neya tidak bereaksi sebab ingin melupakan kejadian tersebut..Di depan Puan Aida Neya kelihatan baik-baik sahaja meski ada beberapa hal yang berubah seperti tiada lagi pelukan manja,tiada lagi rengekan manja dan cuma ada seorang anak yang menuruti segalanya..Puan Aida bersyukur kerana Neya tidak marah tapi dia kadang merasa bersalah kerana dia seakan sedar Neya hanya berpura di depannya demi menjaga hati..Mustahil seorang manusia tidak menangis..Mustahil Neya tidak marah..Selama bertahun Puan Aida menyimpan rasa bersalah itu dan kadang dia sedar Neya kecewa tapi dia berpura tidak melihat semua hal tersebut kerana dia tidak ingin anaknya pecah belah..Sebagaimana dia menyayangi Hana dan Neya begitu juga dia menyayangi Lia..Kesalahan Lia kerana rasa iri dan dengki ,mustahil dia mampu membuang anaknya demi menjaga anak hati anak yang lain..Puan Aida selalu tersepit antara kedua anaknya namun tingkah laku Neya yang seakan bodoh amat terhadap kelakuan Lia membuatkan Puan Aida bernafas lega..Seperti mana Neya cuba bersikap bodoh amat begitu juga Puan Neya berusaha untuk tidak membangkitkan isu kejadian hitam itu..Saat Lia mulai memberontak Puan Aida sendiri akan turun tangan untuk menegur anaknya sebelum melangkah terlalu jauh..Meski kecewa tapi dia yakin anak-anaknya akan tetap bersama dengannya..Hingga pemergian Lia dan kehilangan Neya membuatkan Puan Aida melihat akan kesalahannya selama ini..Seandainya dia berlaku adil kepada Neya dan menyedarkan Lia mesti semua itu takkan terjadi..Tapi mahu bagaimana lagi anak-anak memiliki pemikiran sendiri..Anak-anak tak selamanya dirinya boleh kawal..Tugasnya hanya mendidik dan menyayangi mereka..Bertemu semula dengan Neya sedikit sebanyak membuatnya bersyukur kerana diberi peluang untuk memperhatikan anak keduanya itu lagi..Dia tekad agar kali ini dia akan cuba memperhatikan Neya secara lebih agar dia dapat menebus salahnya di masa lalu..
"Neya anak mak yang paling baik..Mak sayang Neya dan semua anak-anak mak..Kali ni kamu sudah jadi seorang ibu,kamu juga akan tahu susahnya untuk mendidik dan menjaga hati setiap anak..Mak harap Neya dapat menjadi ibu yang baik untuk mereka"ucap Puan Aida lalu mencium dahi Neya yang saat ini menatapnya..
"Sudah jangan menangis lagi..Tak malu ke dah jadi ibu tapi masih cenggeng..Kamu rehat ya..Mak ke bawah dulu"lalu Neya hanya menuruti ucapan Puan Aida..Dalam hati Neya terasa seakan beban perasaannya terlepas begitu sahaja..Entah kenapa pelukan tadi membuatnya rasa bahagia..Dia yang selepas sedar dari koma selalu berfikir bahawa dirinya sendirian di dunia tanpa keluarga akhirnya bertemu dengan keluarga kandungnya bahkan dia juga memiliki seorang suami yang mencintainya..Dia merasa sangat bertuah..Ternyata dia bukan sebatang kara di dunia ini..
YOU ARE READING
Hilman Aydan S3 (OG)
Aktuelle LiteraturWajah kaku dan dingin milik seorang Hilman Aydan ternyata memiliki luka yang amat dalam..Seakan dirinya tidak peduli tapi antara semua dialah yang paling tersakiti dan sensitif..Perwatakannya yang kasar hanyalah bentuk tembok penghalang agar tiada s...