Panggilan khusus

62 8 2
                                    

Helaian demi helaian jari jemarinya selak..Terbaca dari tulisan tangan sang ibu yang sangat kemas akan semua yang telah berlaku..Bagaimana mata sang ayah dan ibu bertemu buat pertama kalinya..Bagaimana indah lukisan yang lelaki itu lukiskan..

"Aku merinduinya setiap detik"

Satu kalimat yang Alana baca berulang kali di buku diari mommynya..Dia tahu perasaan mencintai seseorang dengan segenap hati kerana itu lah rasa yang dia rasakan saat bersama Nuqman..

Mommynya amat mencintai lelaki yang bernama Hambali itu..Setiap tulisan yang mommynya tuliskan untuk mengambar lelaki itu terlihat seakan sangat memuja nya..Mommynya jatuh cinta secintanya kepada lelaki yang tak lain dan tak bukan adalah bapa kandung kepada Alana sendiri..

Alana ingin marah tapi dalam masa yang sama dia bahagia membaca kisah cinta itu meski akhirnya sangat tragis..Dia juga membaca sosok malaikat tanpa sayap yang sedari kecil menemani mommynya. Kini mata Alana terbuka dan memandang Hussin sebagai lelaki yang tersakiti.

Entah kenapa cinta sering kali memberi perubahan besar kepada hidup seseorang..

Cinta itu tidak salah tapi manusia yang menjalani nya terlalu buta hingga sanggup melakukan apa sahaja atas nama cinta..

Alana tidak tahu apakah dia layak untuk memarahi sang daddy yang selama ini mengabaikannya atau haruskah dia mengahsihani nya. Cuma ada satu yang pasti dari kisah mereka bertiga..

Kerana cinta, masing-masing membenarkan ego menguasai segalanya dan akhirnya membuatkan seorang anak terpaksa menahan hati selama puluhan tahun kerana harus memberi pengertian kepada kerjaya ibu bapanya..

"Kenapa Alana yang tanggung semua nya??"batin Alana

Dia melihat buku diari yang menyimpan segala kenangan kisah cinta kedua orang tua kandungnya..Dia juga ingin mengerti perasaan Hussin tapi dalam masa yang sama hatinya remuk..Antara semua dia lah mangsa keadaan yang sebenar..Andai kebenaran dia ketahui dari awal mungkin dia tidak akan rasa sesakit ini..

Orang yang saat ini ingin Alana temui tak lain tak bukan adalah daddy nya..Daddy yang selama ini bukan lah daddy nya..Dia ingin menemuinya untuk mengetahui beberapa hal yang masih berlegar-legar di kotak fikirannya..

Telefon bimbitnya yang berdering dan memaparkan nama sang kekasih juga dirinya abaikan..Saat ini dia tidak ingin berkomunikasi dengan sesiapa pun termasuk Nuqman..Otak dan perasaannya masih bercelaru..Alana kemudian melangkahkan kakinya keluar dari bilik setelah seharian penuh berkurung..Saat dia membuka pintu terlihat tubuh seseorang lelaki yang sedang tertunduk lemah di depan biliknya..Entah berapa lama lelaki itu menunggunya..

"Balik lah..Neya mesti dah tunggu abang"ucapnya datar

Alana tahu abang nya itu sedang merasa bersalah..Tapi apa yang dia rasai saat ini betul-betul telah mengecewakan dirinya..Dia rasa bagai ditipu hidup-hidup..Patut sahaja dia membesar tanpa kasih sayang orang tua nya ternyata ada kisah yang mereka sembunyikan..Selama ini dia bagai mengemis akan kasih sayang orang tua sendiri dan marah kerana sang daddy tidak menyayanginya rupanya dia memang tidak layak untuk disayangi kerana dia bukanlah darah daging lelaki itu..Apa lagi saat ini dia baru mengetahui bahawa ada sebuah kesalahan yang dilakukan oleh daddy kandungnya iaitu terjebak dalam dunia yang tak sepatutnya. Alana tiba-tiba merasa dirinya tidak layak menjadi seorang pegawai polis..Dia sahaja adalah keturunan lelaki yang bekerja di bisnis haram tersebut..

"Abang nak cakap sikit.."lalu Hilman masuk ke dalam bilik Alana dan duduk di kerusi yang ada di dalam bilik adiknya itu..

"Hemm.."jawab Alana dengan deheman sahaja

Setelah melihat sang adik duduk di atas katilnya, Hilman kemudian membuka suara

"Abang tahu semua ni tak mudah..Tapi apa yang mama dan papa lakukan untuk rahsiakan semua ini adalah supaya kamu boleh membesar dengan nyaman Lana..Abang pun simpan rahsia ni sebab abang tak nak kamu rasa berbeza atau menyalahkan sesiapa"ucap Hilman

Hilman Aydan S3 (OG)Where stories live. Discover now