"Kenapa????"batin Alana sambil dirinya menangis terisak-isak..Saat ini dirinya duduk di balik pintu biliknya..Suasana hatinya yang ceria selama seharian penuh akhirnya berubah menyesakkan dada..Alana memukul dadanya berulang kali..
"KENAPAAA!!!"
"KENAPAAA!!"
"KENAPAAA AAAKKKUUUUU!!!"
Berulang kali Alana mempertikaikan semuanya..Tak masuk di akalnya akan fakta yang diucapkan oleh abang sepupunya..Setiap kalimat bermain difikiran Alana hingga tanpa dapat dia tahan airmata mengalir begitu sahaja..
"Uncle Hussin bukan daddy kandung Alana..Uncle Hussin daddy tiri Alana..Alana anak Uncle Hambali"ucapan Hilman yang berulang kali bermain di benak fikiran Alana..
Siapa Hambali..Kenapa Hussin hanya daddy tirinya..Kenapa mommynya tidak pernah mengungkapkan hal tersebut..Kenapa semua orang baru memberitahunya saat ini..Alana marah..Alana kecewa..Alana merasa dirinya ditipu..Selama ini dia selalu mempertikaikan kenapa mommy dan daddy tidak menyayanginya seperti orang tua yang lain..Alana sedaya upaya membuatkan dirinya sentiasa berfikiran positif namun fakta yang dia tahu hari ini membuatnya ingin mengetawakan diri sendiri kerana terlalu mudah ditipu...
"ARRRGGGHHHHH AKU BENCI SEMUA ORANG !!!!"jeritnya tertahan bahkan saat ini dia berteriak namun suaranya seakan tersekat di kerongkongnya..Ada rasa sakit tapi dia tak mampu tunjukkan..Awalnya posisi duduk kini Alana berbaring di lantai biliknya..Suasana hujan lebat di luar membuatkan keadaan semakin sejuk dan hal tersebut membuatkan hati Alana semakin sedih..Tak henti-hentinya dia menangis dan ketukan di pintu bilik dari luar hanya diabaikan..Alana tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun..Baginya semua orang bersubahat dalam menutupi rahasia besar tersebut..
"Lana !!!!"
"Buka pintu ni..Bagi abang masuk!!!"jerit Hilman dari luar..Tidak dia sangka keadaan akan menjadi seperti ini..Dia tahu hal ini akan menyakiti adiknya tapi Alana patut tahu kenapa mama dan papa Hilman merahsiakan hal tersebut..Alana juga patut tahu kenapa Hilman tahu akan semua hal ini..Alana patut tahu siapa salah dan siapa yang tak bersalah..Namun usaha Hilman sia-sia kerana Alana memang seorang yang keras kepala..Buat masa ini emosinya tidak terkawal dan tiada yang akan berjaya memujuk Alana..Hilman akhirnya berhenti mengetuk pintu Alana dan dirinya turun ke ruang tamu dimana mamanya,Mikail dan Nuqman berada..Tan Sri Hassan yang baru pulang dari bermain golf bersama kawan-kawannya merasa pelik akan raut wajah semua orang yang ada di rumahnya..Isterinya juga saat ini sedang menangis terisak
"Ma..Mama kenapa ni??Ada benda jadi ka??"tanya Tan Sri Hassan kepada isterinya
"Lana pa..Lana dah tahu yang Hussin hanya daddy tiri dia"ucap Puan Sri Rosnah
"Sapa bagitahu Alana !!"suara Tan Sri Hassan sedikit tinggi
"Hil pa..Lana harus tahu..Sampai bila papa dan mama harus rahsiakan dari dia.."jawab Hilman
Tan Sri Hassan hanya mampu meraup wajahnya kasar..Jika sudah begini keadaannya nak tak nak dia kena jelaskan mengenai cerita masa lalu antara adiknya Hussin dengan Mommy dan daddy kandung Alana..
"Aiihhhhh patut kamu bincang dulu dengan papa Hil..Hemmm..Esok pagi luangkan masa kamu..Papa nak kamu dan Alana ada dekat bilik bacaan!"arah Tan Sri Hassan tegas..Lepas satu,satu lagi masalah timbul dan saat ini Tan Sri Hassan tidak tahu jika masalah ini akan selesai cepat..Kerana nak tak nak akan ada luka lama yang terungkit kembali..
Setelah melihat papa dan mamanya naik ke ruang atas di mana bilik mereka terletak,Hilman,Nuqman dan Mikail bergerak pulang ke rumah masing-masing..
Kesemua mereka malam itu berperang dengan fikiran masing-masing..Nuqman yang memang telah mengetahui fakta itu saat di Amerika semasa Hilman memarahi Dato Hussin di taman hospital takut memikirkan bagaimana akan perasaan Alana saat ini..Dia sendiri terkejut akan fakta tersebut apalagi dengan Alana..Bukan dia tidak tahu seperti apa layanan Dato Hussin selama ini terhadap Alana..Manakala Mikail pula saat ini diam seribu bahasa..Dia sendiri baru mengetahui bahawa Alana cuma anak tiri..Tapi bukan itu yang mengganggu fikirannyanya kecuali nama Hambali..

ANDA SEDANG MEMBACA
Hilman Aydan S3 (OG)
General FictionWajah kaku dan dingin milik seorang Hilman Aydan ternyata memiliki luka yang amat dalam..Seakan dirinya tidak peduli tapi antara semua dialah yang paling tersakiti dan sensitif..Perwatakannya yang kasar hanyalah bentuk tembok penghalang agar tiada s...