Hambali & Jelita 1

74 6 5
                                    

25 tahun yang lalu...

"Jelita..!!"

"Hambali bukan lelaki yang baik Jelita !! Kau nak hidup miskin macam dia?? Macam mana auntie dan uncle nak restu korang?? Dia hanya pelukis jalanan Jelita!!"nada Hussin sedikit tinggi mana tak nya sahabat baiknya telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang baginya tidak layak untuk sahabatnya itu..Yang layak hanya dirinya tapi kenapa cintanya selama ini hanya dipandang sebelah mata oleh gadis tersebut..

"Kaya atau miskin itu semua boleh berubah Hussin..Aku cintakan dia..Hanya Hambali yang aku cintai Hussin..Hussin tolong aku..Aku tak nak pisah dengan Hambali..Hiks..Hiks..."lirih Jelita dan dia tahu hanya Hussin yang mampu menolongnya saat ini..Dia dan Hussin sangat rapat bagai saudara..Dia telah menganggap Hussin sebagai abangnya tanpa dia sedar Hussin sebenarnya menyimpan perasaan untuk dirinya..

Melihat gadis yang dia cintai memohon sampai menangis-nangis membuat hati Hussin luluh..Hussin tahu akan perjodohan antara dia dan Jelita namun dia kalah dengan namanya cinta..Hussin cuba untuk tidak egois dan dia tahu bagaimana rasanya mencintai..Kali ini buat pertama kalinya Hussin nekad melanggar arahan ibu bapanya dan sahabat kepada kedua ibu bapanya dengan menolong Jelita melarikan diri bersama Hambali..

"Janji dekat aku yang kau akan hidup bahagia Jelita..Janji dekat aku yang kau takkan pernah menderita..Kalau Hambali buat hal kau ingat kau kena cari aku yaa"pesan Hussin sebelum dia membenarkan Jelita keluar dari keretanya..Saat ini dia dengan terpaksa menghantar Jelita ke pelabuhan..Dia sendiri menghantar gadis itu kepada Hambali

"Terima kasih Hussin..Terima kasih kau sudah membantu aku dan Jelita"ucap Hambali

"Kau ! Sekali kau sakiti dia aku akan pastikan tangan aku sendiri bunuh kau! Jaga dia..Jaga Jelita sebaik-baiknya..Faham!"tegas Hussin

Hussin menghantar pemergian Jelita dan Hambali dengan perasaan yang hampa..Dia juga mempertikaikan apakah dirinya membuat keputusan yang betul..

"Abang..Abang janji jangan tinggalkan Jelita yaa.."ucap Jelita sambil matanya memandang lautan yang luas

"Abang Janji..Dari hari pertama abang lihat sayang, hati abang dah pilih untuk sehidup dan semati dengan sayang..Hanya Jelita seorang ada di hati abang"janji Hambali kepada Jelita..

Hari berganti hari..Bulan berganti bulan...Kini genap setahun Jelita dan Hambali hidup sebagai sepasang suami isteri..Mereka nekad berkahwin di Siam..Hidup mereka kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang..Hambali adalah seorang pelukis jalanan dan hanya melukis sahaja yang dirinya tahu lakukan..Dia tiada keistimewaan lain..Bahkan saat mengikuti jirannya untuk bertukang rumah pun dia selalu gagal dalam bidang tersebut..Namun kerjaya sebagai pelukis jalanan tidak selalu mendapat permintaan tinggi..Kadang dalam sehari dia langsung tiada pendapatan..

"Abang..Beras habis..Kita nak makan apa malam ni??"tanya Jelita saat melihat sang suami kembali ke rumah

"Haa..Jadi sayang belum makan??"Hambali berbalik bertanya kepada isterinya

"Belum..Duit yang sayang pegang dah habis.."

"Sekejap..Abang cuba berhutang di kedai"baru sahaja Hambali ingin melangkah pergi Jelita malah menahannya

"Hutang kita dah banyak abang..Takutnya Tauke Chin tak bagi kita berhutang lagi"risau Jelita

"Takpe abang akan usaha..Sayang tunggu abang tau..Abang akan usaha bawa balik makanan malam ni"janji Hambali walaupun sebenarnya dia sendiri tidak yakin akan bawa balik makanan meski segenggam beras sekalipun..

Hambali menelusuri jalan hingga ke kedai runcit langganan nya..Dia berharap agar Tauke Chin berbaik hati untuk memberinya hutang lagi..

"Bukan saya tidak mahu tolong kamu ma..Kamu punya hutang itu manyak oh..Kamu ambik-ambik tapi kamu tidak bayar..!! Saya sakit loh keluar modal terus..!! Kamu ingat ini kedai bapak kamu punya haa??"tengking Tauke Chin dan dengan jelas suaranya dapat didengar oleh semua..Meski malu Hambali tetap memohon kepada Tauke Chin agar bersimpati kepadanya

Hilman Aydan S3 (OG)Where stories live. Discover now