Cahaya yang malap

25 3 0
                                    

Bohong jika Merhan tidak memikirkan apa yang diucapkan oleh Mikail. Apatah lagi dirinya dituduh melakukan sesuatu yang tidak dia lakukan.Menculik Alana? Gadis yang memiliki mata cantik seperti Hambali itu? Tidak..Merhan bukan sang pelakunya..Bahkan baik Merhan dan Mellia tiada yang memiliki niat untuk melenyapkan gadis itu.Rasa bersalah Merhan dan rasa cinta Mellia yang besar mendorong keduanya untuk mencari anak keturunan Hambali bagi membalas jasa Hambali.Namun kali ini Merhan dituduh seorang penculik..Bahkan dia dituduh oleh anak kandungnya sendiri.Mikail yang tidak pernah menaikkan nada suara saat dihadapannya dengan berani mengancamnya demi gadis itu..

"Bali..Bali..Tak engkau kini anak kau pula dah berjaya buatkan keluarga aku sendiri membentak aku..Dulu Mellia dan kini Mikail..Ha ha"gumamnya

"Tuan.."panggil Samuel yang baru memasuki ruang kerja Merhan

"Macam mana? Kau dah berjaya ka cari gadis itu?"tanyanya tanpa basah basi

"Ni.."lalu Samuel menghulurkan ipad miliknya.Terlihat beberapa rakaman CCTV sebelum kejadian dan semasa kejadian penculikkan Alana berlaku.

Wajah Merhan telah berubah reaksi.Rahangnya juga turut mengeras dengan dahi yang berkerut.Setelah puas menonton dia langsung menatap Samuel

Bagai faham dengan apa yang diinginkan oleh Merhan,Samuel langsung menceritakan tentang dalang disebalik kejadian tersebut berlaku. Jangan ditanya bagaimana Samuel dengan mudah mengetahui identiti sang penculik ini kerana pengalaman Samuel yang bertahun-tahun di dunia gelaplah membuatkan dia memiliki ramai kenalan dan ramai pemberi maklumat.Hanya bermodalkan wang ringgit,segala hal yang diinginkan akan mudah mereka perolehi.

"Siapa Busran?"tanya Merhan

"Dia seorang bekas banduan yang baru dibebaskan setahun yang lalu tuan. Dia memiliki seorang anak perempuan bernama Liyana Amanda. Setelah dirinya dipenjarakan dan dikenakan hukuman penjara selama dua belas tahun, bekas isterinya mengugatkan penceraian dengannya. Beberapa tahun lalu pula bekas isterinya ternyata telah menikah lagi dengan seorang ahli perniagaan, Dato Hussin. Dato Hussin ni lah lelaki yang selama ini menjadi ayah kepada Alana. Dia juga lah yang menyelamatkan isteri Hambali dulu dan menyembunyikannya di luar negara."jelas Samuel

"Jadi apa kaitan dia sampai berani culik Alana?"tanya Merhan lagi

"Anaknya Liyana telah meninggal dunia akibat melanggar pembatas jalan tuan. Dia mati di tempat kejadian kerana kenderaannya turut digilis lori. Menurut maklumat anak buah saya,hari itu Alana juga mengalami kemalangan akibat langgar lari. Pelaku dia adalah Liyana Amanda. Mereka mengalami kemalangan di tempat yang sama namun Alana selamat.Hal ini membuatkn Busran tu berdendam kerana dia mengira Alana lah yang membunuh anaknya."jelas Samuel lagi

"Dari celah mana Alana yang bunuh. Dia tu bodoh ke apa hahhh?? Anak dia yang buat jahat"geram Merhan

"Bekas isteri dia yang ada dipenjara yang mengatakan bahawa Alana lah yang bertanggungjawab atas kematian anak mereka."

"Kau kerahkan semua orang untuk cari dan selamatkan Alana.. Dia anak Hambali jadi dia adalah salah satu dari kita juga dan aku nak kau bawa jantan tu hidup-hidup di hadapan aku!"arah Merhan dengan tegas.

"Baik tuan"jawab Samuel

Tanpa mereka sedari perbualan mereka dari tadi telah didengari oleh Mellia. Betapa terkejutnya dia saat tahu siapa sebenarnya anak Hambali. Namun begitu dia juga turut bahagia kerana Alana seorang gadis yang baik.Apatah lagi anaknya Faiq turut mencintai gadis itu. Ya cinta, Mellia sedar akan perasaan Faiq saat melihat Alana. Dia tahu tatapan yang diberikan adalah tatapan cinta.

"Jadi Alana anak Hambali.."batinnya lalu dia pun pergi meninggalkan kawasan tersebut.

Fikiran Mellia dipenuhi dengan Alana,kini dia menyedari kenapa saat memandang Alana dia merasakan ada sebuah ketertarikan dan hatinya merasa sangat tenang. Ternyata Alana adalah gadis yang selama ini dia cari-cari..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hilman Aydan S3 (OG)Where stories live. Discover now