Trauma Neya

49 4 1
                                    

Baby wafie yang kini telah mencapai usia enam bulan seakan menjadi pengerat hubungan antara Alina dan Fahmi..Keduanya memerankan peranan sebagai ibu dan ayah yang baik..Mereka juga saling memberikan tanggungjawab saat salah satu dari mereka sibuk dengan pekerjaan mereka..Untung sahaja masa kerja keduanya sering bertentangan sehingga mereka tidak memerlukan khidmat dari seorang pengasuh untuk menjaga baby Wafie..

"Kita dah lama tak jenguk Neya kan..Dah masuk 3 bulan.."ucap Fahmi sambil memberikan Wafie susu formula nya

"Haah..Apa lah khabar si kembar tu yaa..Mesti makin hensem budak-budak tu"jawab Lina sambil tangannya sibuk melipat pakaian.

"Kalau macam tu hari ni kita pergi rumah Neya..Kita bawa Wafie sekali !"ucap Fahmi teruja

"Akak setuju..Jum.."Alina sama teruja

Sepanjang jalan mereka berborak bahagia..Wafiy yang ada di pangkuan Alina juga seakan memahami situasi..Wafiy juga berada dalam situasi cukup menyenangkan..

"Mi awasssss !!!"

BRAKKKKK

Sebuah kereta melaju keluar dari simpang secara tiba-tiba dan membuatkan Fahmi tidak mampu mengelak hingga akhirnya kedua kereta saling bertembung dan berlanggar..

Seorang lelaki berpakaian rapi keluar dari keretanya dan menyapa Fahmi serta Alina..

"Kamu bertiga okey kah?? Maafkan saya"tanyanya sambil melihat ke arah Fahmi,Alina dan Wafiy yang sedang menangis di pangkuan Alina..

Fahmi yang melihat dan memeriksa Alina dan Wafiy secara bergantian sedikit lega kerana mereka tidak terluka walau sedikitpun..

"Lain kali hati-hati..Tindakan kamu boleh buatkan pihak lain kerugian bahkan boleh sampai hilang nyawa!"balas Fahmi sambil menatap lelaki itu

"Maafkan saya...Saya tadi nak cepat ke lapangan terbang..Penerbangan saya tak lama berlepas.."ucapnya serba salah..

"Hmm..Tak pe.."jawab Fahmi malas

"Hemm macam ni lah..Ni kad saya..Semua kerugian untuk kerosakkan kereta Encik saya akan bayar.."lalu dia menyerahkan kad nama nya

"Ahhh baiklah Encik..."lalu Fahmi melihat ke kad nama tersebut

"Ahh Encik Firman.."sambung Fahmi setelah melihat nama yang tertera

"Kalau boleh saya tahu nama encik..??"tanya Firman pula

"Saya Fahmi..Kamu kejar masa kan..Takpe nanti apa-apa saya akan bagitahu total kerosakkan selepas saya pergi bengkel.."ucap Fahmi dan dia melihat mata Firman mulai melihat ke arah Baby Wafiy yang berjaya ditenangkan oleh Alina

"Comel anak kamu"ucap Firman tanpa sedar

"Yaa..Terima kasih.."jawab Fahmi

Lalu Firman memegang tangan mungil baby Wafiy dan tanpa diduga baby Wafiy turut merespon dengan mengenggam tangan Firman..Mata keduanya saling bertemu..Jika ada yang perasan mesti akan melihat akan kesamaan wajah keduanya kecuali bahagian mata kerana mata baby Wafiy sedikit bulat dan besar..Anak mata baby Wafiy juga berwarna coklat dan mata itu mengingatkan Firman kepada mata seseorang yang dia cintai tapi telah pergi buat selamanya..

"Encik tak apa-apa ke?? Kenapa Encik kelihatan sedih??"tegur Alina

"Ahh tak..Saya tak apa-apa..Saya cuma rindu anak dan bini saya"ucap Firman lalu dia cuba tersenyum dan kemudian satu tangannya lagi mengelus pipi tembam baby Wafiy..

"Membesar dengan baik yaa..Semoga jadi anak yamg baik dan berjasa dengan orang tua"lalu Firman melepaskan jarinya dari pegangan jari kecil baby Wafiy..Firman betul-betul mengejar masa kerana kalau lambat sedikit kemungkinan dia akan terlepas penerbangannya..Saat dia melangkah pergi menuju ke keretanya, dengan rasa berat hati dia menoleh lagi dan melihat baby Wafiy yang menangis saat jari mereka dilepaskan..Ada satu perasaan sedih saat melihat budak itu namun Firman tidak tahu apa..Mereka seakan ada ikatan batin..Andai dia tidak mengejar waktu mungkin dia akan menghabiskna masa sedikit lama dengan baby Wafiy..

Hilman Aydan S3 (OG)Where stories live. Discover now