"Mana Mellia??"tanya Merhan kepada isterinya
"Mana I tahu..Dia adik you kan.."jawab Dara malas melayan soalan dari suami yang hanya berstatus suami namun tiada cinta antara keduanya..Mereka bersama pun atas sebab perjodohan keluarga..
"Apa function you dalam rumah ni kalau adik i pun you tak boleh jaga!"nada Merhan mulai meninggi
"Helloooo..I dah lahirkan budak ni and you still tanya apa function i??"jawab Dara sambil menunjuk Mikail yang saat ini sedang menyuap sekeping roti ke dalam mulutnya..Situasi itu cukup biasa baginya kerana sejak lahir dia tidak pernah merasai kasih sayang dari sang daddy dan mommy..Jika Merhan sebagai daddy hanya sibuk dengan mengembangkan bisnis nya manakala Dara pula ada seorang ibu yang hanya mementingkan hiburan bagi dirinya sendiri..Ini adalah bentuk pemberontakannya yang selama ini tidak menginginkan perkahwinan tersebut..Kelahiran Mikail juga adalah hanya sekadar tanggungjawab yang dirinya pikul saat menjadi isteri kepada Merhan..Keluarganya juga sering kali membahas mengenai tugasnya yang harus melahirkan keturunan lelaki tersebut.
Merhan menatap tajam sang isteri seakan ingin melenyapkannya andai sahaja Dara bukan anak kepada kumpulan "Black Eagle" mungkin sudah lama Merhan membunuhnya..Rasa benci terhadap wanita itu semakin bertambah apalagi saat melihat wanita itu dengan mudah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu..Sepatutnya Dara menjaga anak mereka dan dia boleh bekerja dengan santai..Tapi selama ini Dara sering berfoya-foya menghabiskan duitnya dan tidak peduli akan keperluan anak semata wayang mereka.. Untung sahaja Mikail sedari kecil bukan jenis yang suka memberontak malahan Mikail sangat patuh namun tanpa sesiapa sedar itu adalah salah satu tanda bahawa budak kecil itu sedang tidak baik-baik sahaja..Adapun kehadiran Mellia hanya dapat membantu menjaga Mikail saat Merhan tiada di rumah..Tapi dia tidak memegang kuasa sepenuhnya..Yang sepenuhnya mengurus Mikail adalah sang pembantu rumah.
"Kau makan cepat dan lepas ni masuk bilik tunggu guru mu sampai !"arah Merhan kepada Mikail..Sebagai anak kepada seorang lelaki yang berbahaya,sedari kecil Merhan telah memastikan Mikail dirahsiakan kehadirannya dari pihak publik..Bahkan dia sengaja membiarkan Mikail belajar dari rumah agar pihak musuh tidak tahu akan identiti sebenar anaknya..Walaupun dia sedikit keras tapi anaknya tetaplah kelemahan bagi seorang Merhan..Dia tidak ingin waris yang bakal menggantikan dirinya berada dalam bahaya disaat waktunya belum tiba..
Setelah melihat sang anak berlalu pergi,Merhan kemudian memanggil salah seorang anak buahnya yang bernama Samuel..Lelaki ini adalah salah seorang lelaki yang setia dengannya selain Robert..
"Apa hasil dia??"tanya Merhan sambil mengetuk-ngetuk jari jemarinya di meja makan
"Seperti yang tuan duga..Mereka dalang utama.."jawab Samuel dengan yakin dan sambil memberikan sebuah sampul coklat yang mana isinya adalah gambar-gambar dua orang yang saat ini rapat dengan Merhan dan tahu banyak mengenai kegiatan kumpulan mereka..
"Sial !!! Disebabkan dorang berdua Hambali yang tak bersalah jadi mangsanya..Sam ! Tangkap dorang berdua dan bawa jumpa aku !"arah Merhan dengan tegas
"Aaarrgggghhhhhh !!!!!" suara teriakan salah satu pembantu rumah di rumah Merhan terdengar sangat nyaring..Hal ini membuatkan pembantu yang lain langsung mendekatinya dan mengalami keterkejutan yang sama..Dengan laju salah seorang pembantu lari memanggil Merhan dan melaporkan apa yang telah terjadi.
"Apa ????"Merhan langsung berdiri dan terus berlari menuju ke bilik adiknya..Hal yang tidak pernah dia duga dan dia lupa bahaea adiknya adalah seorang wanita yang nekad..Tapi Merhan tidak pernah menyangka Mellia nekad menghabiskan nyawanya sendiri..Pergelangan tangan yang berdarah, Merhan balut dengan sapu tangannya lalu dia menggendong sang adik dan berlari sekuat mungkin menuju ke kenderaannya..Mikail yang melihat hanya mampu menangis kerana ini adalah hal pertama kali dia saksikan dan hal ini dilakukan oleh ibu saudaranya sendiri..Selama Mikail lahir meski rumahnya tidak pernah setenang dan senyaman rumah orang lain tapi hal berkaitan darah juga tidak pernah dirinya lihat secara langsung..
YOU ARE READING
Hilman Aydan S3 (OG)
General FictionWajah kaku dan dingin milik seorang Hilman Aydan ternyata memiliki luka yang amat dalam..Seakan dirinya tidak peduli tapi antara semua dialah yang paling tersakiti dan sensitif..Perwatakannya yang kasar hanyalah bentuk tembok penghalang agar tiada s...