Melawan rasa takut

63 6 0
                                    

"MIKAILLLLLLL  !!!"jerit Hilman ketakutan.

Tembakan yang dilayangkan oleh para penculik mengakibatkan beberapa kanak-kanak tertembak..Mikail juga turut tertembak di bahagian betisnya.

Melihat Mikail yang terjatuh akibat tembakan membuatkan Hilman langsung berlari mendekatinya..Hilman mencuba membantu Mikail agar mereka dapat melarikan diri dari para penculik tersebut..

"Lari Hil..Lari..Jangan pedulikan aku dan selamatkan diri kau!!"ucap Mikail sambil menahan rasa sakitnya.

"Aku takkan tinggalkan kau bodoh ! Kita akan selamat sama-sama"ucap Hilman masih membantu Mikail berjalan dengan meletakkan tangan Mikail di bahunya..

Dorr !!!

"Arghhhhhh!!!!" jerit Hilman saat sebuat peluru terkena di lengan kirinya..

Penculik yang mendekat tertawa dengan puas saat melihat Hilman dan Mikail yang kesakitan..

"Hhahhaha bodoh !!! Kau ingat kau boleh lari!! Lepas ni aku akan jual semua organ dalam badan kamu..!"ucapnya namun dalam sekelip mata sebuah peluru tembus tepat di kepala penculik yang ada di depan mereka..

"Tuan?? Tuan muda tidak apa-apa??"ucap anak buah kepada daddy Mikail..

Mikail merasa sedikit lega kerana ini bermakna daddynya telah mengetahui keberadaannnya dan daddynya akan membantu mereka semua dari para penculik..

Mata gesit Mikail dapat melihat seorang lelaki yang merupakan penculiknya sedang bersembunyi di belakang sebuah pokok dan sedang mengacukan pistolnya ke arah anak buah daddynya..Dengan laju Mikail mengambil pistol penculik yang tadi telah tertembak mati dan dia langsung menembak penculik yang sedari tadi bersembunyi..

"Dorr !!" tembakan pertama Mikail tidak melesit..Dia berjaya menembak tepat sasaran seperti latihan-latihan yang selama ini dia dapatkan..

"Mika !"Merhan memanggilnya saat melihat aksi pertama anaknya itu

"Daddy~~"sahut Mikail

Lalu Merhan berlari mendekati anaknya dan memeluknya..

"Lain kali jangan pernah tinggalkan pengawal dan keluar sendirian"ucap Merhan dan untuk pertama kali Mikail merasakan pelukan dari daddynya

"Daddy selamatkan Hilman !"pinta Mikail

"Angkat dia ! Selamatkan semua kanak-kanak yang ada !" arah Merhan kepada  anak buahnya sambil mengendong Mikail..

Mereka kemudian menuju ke hospital berdekatan secepatnya..Untuk pertama kali Merhan menunjukkan rasa takutnya akan kehilangan Mikail..Namun Mikail tidak terlalu memerhatikan daddynya..Saat ini yang ada di fikirannya adalah Hilman..Hilman boleh sahaja lari selamatkan diri tapi dia sanggup patah balik dan menyelamatkan Mikail..Melihat Hilman yang tidak meninggalkannya di saat genting membuatkan Mikail rasa berhutang nyawa dengan Hilman..Untuk pertama kali dalam hidupnya dia merasa ada seseorang yang sanggup mempertaruhkan nyawa deminya..

"Kau harus selamat Hil..Harus selamat !"batin Mikail saat dia dan Hilman dipisahkan untuk mendapatkan rawatan..

Setelah pembedahan mengeluarkan peluru berjaya dilakukan,keduanya diletakkan di bilik VIP yang bersebelahan..Hassan dan Amran juga terlihat sedang berada di bilik Hilman..Mereka langsung menuju ke hospital saat menerima panggilan telefon dari anak buah Merhan..Jangan ditanya bagaimana Merhan boleh mengetahui siapa orang tua Hilman ini kerana anak buah Merhan telah menyelidiki setiap identiti kanak-kanak yang diculik berdasarkan laporan-laporan kanak-kanak hilang dari pihak polis..Anak buah Merhan berjaya menjejak semua identiti mereka kecuali seorang kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak perempuan tersebut adalah budak perempuan yang sama yang memberikan pin rambutnya kepada Hilman untuk digunakan sebagai pembuka kunci..Tiada sebarang laporan kehilangan buat dirinya..

Hilman Aydan S3 (OG)Where stories live. Discover now