Hayyan Ilham

59 4 0
                                    

Bohong jika Hilman betul-betul telah melupakan dan sembuh dari rasa takutnya terhadap sang ibu.

Dia hanya menutupi rasa takut dan traumanya agar kesihatan sang ibu cepat membaik..Salah satu sikap Hilman adalah dia terlalu cepat bertindak dewasa dan selalu memahami dalam diam akan keperluan orang sekelilingnya meski dia kelihatan seakan tidak peduli akan mereka..

Hassan yang merasa Hilman sering mengabaikan perasaan orang lain dan selalu hanyut dengan dunianya sendiri tidak pernah tahu bahawa Hilman sebenarnya selalu menpedulikan keadaan sekeliling..Seperti Amran yang merupakan anak tertua dan sangat sibuk belajar kerana menjadi anak yang dituntut untuk menjadi pewaris dan bakal mengantikan sang papa,Hilman meski sering merasa kesunyian dan ingin bermain bersama sang abang akhirnya selalu menolak dan berpura-pura seakan dia tidak meminati apa yang abangnya minati agar dirinya tidak menjadi penganggu kepada abangnya sendiri..Hal ini kerana pernah sekali abangnya membawa dia bermain basikal hingga tanpa sedar melewatkan jam pelajaran kelas tambahan bahasa inggerisnya..Hari itu Hilman sangat gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama Amran tapi setelah malam hari abangnya malah dimarahi oleh papa mereka dan tanpa mereka sedar Hilman mendengarkan semua ucapan papanya..Merasa bersalah kerana dirinya punca sang abang dimarahi membuatkan Hilman mendirikan batas antara dirinya dan sang abang..Dia tidak ingin bersikap kekanakkan dan membuatkan sang abang dimarahi lagi..Itulah hari terakhir dimana dia pernah merengek seakan budak kecil minta ditemani bermain basikal..Selepas kejadian itu Hilman semakin tertutup dan hanya fokus belajar dan melukis di biliknya..

Kehadiran Alana pula sedikit sebanyak berjaya membuatkan rasa sunyi Hilman berkurang..Mereka sering menghabiskan masa bersama dan hal ini membuatkan keduanya sangat rapat.

Namun tak dapat dinafikan meski ada Alana dalam hidupnya,Hilman sering kali merasa tersisih. Sang abang yang jarang ada masa bermain dengannya,sang ayah yang selalu sibuk dengan pekerjaannya serta sang ibu yang turut sama hanya selalu memikirkan adik yang telah hilang dari mereka dan kadang hanya memberikan perhatian kepada Alana.

Kadang Hilman merasa kehadirannya tidak dianggap dan dia hanya dituntut untuk memahami keadaan semua orang hingga mereka melupakan dirinya.

Sejak kecil,sejak kecil Hilman telah belajar untuk memendam perasaannya. Semua terasa seakan tidak berguna saat mengutarakan apa yang dia rasakan kerana sekali lagi hal itu hanya akan menyakiti orang sekelilingnya.

Pernah sekali dia meluahkan apa yang terbuku di hati..Mengatakan bahawa dirinya juga memerlukan perhatian namun yang dia terima hanyalah sebuah pandangan kekecewaan dan rasa bersalah namun selepas sesi luahan itu tiada apa yang berubah..Keadaan tetap sama hanya saja mereka semua menganggap dia terlalu berlebihan kerana tidak mampu memahami apa yang mereka alami..

"Hil...Hil bangun sayang"suara lembut sang ibu jelas terdengar

"Ahh mama.."Hilman mengusap matanya dan melihat sekeliling.Terlihat sang ayah masih terbaring lemah di atas katilnya dan ternyata dirinya tadi tertidur..Entah mengapa dirinya memimpikan hal mengenai masa kecilnya.

"Bangunlah dan mandi..Lepas ni doktor akan datang untuk tengok papa"ucap Rosnah

"Baik ma.."lalu Hilman menuju ke bilik air yang ada di bilik rawatan papanya itu.Dia menatap cermin yang ada disana..Menatap dirinya yang terlihat sangat lesu.Lalu ingatan mengenai kertas keputusan yang dia telah terima seketika membuatkan senyumnya terbit..Akhirnya beban besar yang dia pikul dapat diangkat dari bahunya.

Selesai membersihkan diri,pemandangan pertama yang mata Hilman tangkap saat keluar dari bilik air adalah sang ibu yang saat ini tersenyum sambil bercerita dengan Fahmi. Dia sedikit terkejut tapi dia mengawal ekspresi wajahnya dan hanya memerhati keduanya dengan tatapan yang sangat bahagia.

Hilman Aydan S3 (OG)Where stories live. Discover now