Akhir Hambali & Jelita

55 5 0
                                    

"MIKAILLLLL !!!!"Merhan meneriak sang anak yang saat ini baru sahaja ingin masuk ke bilik yang dilarang baginya untuk masuk....

"BERAPA KALI DADDY KATA JANGAN MASUK BILIK NI!!!" tengkingnya lagi tanpa memeduli riak wajah sang anak yang mengambarkan ketakutan di dirinya...

"Ma-maaf..Ma-maaf da-daddy"ucap Mikail terbata-bata..

"Sudah pergi sana ! Ingat jangan pernah langgar larangan daddy!"lalu Merhan masuk ke dalam bilik yang mana ada seorang lelaki sedang terbaring lemah..

"Aisshh kenapa lah Mellia susah sangat nak lepaskan kau..Semoga dia tak buat benda yang bodoh lah lepas ni"batin Merhan dengan riak wajah datar nya..

Hambali sekarang sedang terbaring lemah tidak sedarkan diri..Sudah dua hari selepas kejadian tembak-menembak di markas berlalu dan kecederaan Hambali juga telah diubati namun sampai saat ini dia belum sedarkan diri..Ikutkan hati ingin sahaja Merhan membiarkan Hambali namun dia juga sedar Hambali adalah anak buahnya..Merhan sempat ingin memberitahu keluarga Hambali mengenai keadaannya tapi dihalang oleh adiknya sendiri..Entah apa maksud sang adik tapi yang pasti Merhan sedang berusaha menyedarkan adiknya agar tidak berbuat lebih..Hal mengenai isteri Hambali juga masih dia rahsiakan dari pengetahuan sang adik..Belum masanya untuk menceritakan kebenaran tersebut ditambah saat ini isteri Hambali sedang hamil tentu sahaja adiknya akan menggila..

Saat Hambali membuka mata dia terasa ruangan yang dia tempati sangat asing..Haruman bilik tersebut juga bukan haruman milik sang isteri..Seketika tekaknya merasa sangat kering baru sahaja dia berpaling untuk melihat ke sisi katil,Merhan yang sedari tadi memerhati dirinya mulai bersuara..

"Akhirnya kau sedar..Dua hari kau terbaring"ucapnya tanpa ada niat ingin membantu Hambali sama sekali..

Hambali mengerutkan keningnya..Dua hari bukan tempoh yang sekejap..Isterinya sendirian di rumah dan sedang berbadan dua..Mesti saat ini isterinya sedang gelisah kerana tidak mendapat khabar darinya sama sekali..Hambali menguatkan diri ingin bangun dari perbaringannya tapi tubuhnya sedikit lemah..

Melihat reaksi Hambali, Merhan langsung mendekatinya dan menahan Hambali untuk bangun..

"Rehat lah lagi..Kau baru bangun dan masih lemah"ucap nya

"Tapi isteri saya tuan..Mesti dia tengah risau"jawab Hambali jujur

"Nanti aku suruh Robert tengokkan dia..Sekarang aku nak tahu apa keputusan kau pasal usulan aku.."tanya nya secara langsung..

Hambali sempat binggung tapi setelah beberapa saat mengingat perbualan terakhir sebelum penyerangan kini dia faham apa yang tuannya inginkan darinya..

"Saya terina tawaran tuan..Saya akan berpindah kawasan.."jawabnya dan semua ini dia lakukan demi nyawanya dan nyawa isteri serta anaknya..Mana mungkin dia ingin mempertaruhkn nyawa mereka untuk tetap berada disana setelah tuannya tahu mengenai perasaan Cik Mellia..

"Baik..Kau akan bertanggungjawab dalam penghantaran dan penerimaan barang baru dari kilang kita..Urusan Mellia setelah ini aku harap kau buang segala cara dan block nombor telefon dia sekali..Buat masa ni berpura-pura lah tertidur saat dia masuk melihat keadaan mu..Jangan sampai dia tahu keadaan sebenarmu Hambali.."tegasnya

"Baik tuan dan terima kasih kerana percayakan saya"jawab Hambali lega paling tidak nyawanya tidak melayang..Ikutkan hati dia ingin sahaja keluar dari kumpulan tersebut tapi mengingat sumpah mati yang telah diucapkan, keluar maka namanya hanya akan tinggal nama..Mana mungkin dia memilih berhenti..Setidaknya sehingga dia mendapat cara untuk keluar tanpa membahayakan nyawanya serta keluarganya..Menyesal?? Sudah tentu ada perasaan menyesal..Langkahnya sudah salah saat dia menerima tawaran kerja sebagai penghantar barang haram tersebut..Dia kira barang yang dia hantar adalah barang yang biasa sahaja ternyata dirinya telah terjebak dalam kanca dadah..Sungguh bodoh bukan tapi saat seseorang terdesak memerlukan wang saat itulah logik dan akal fikiran sering diabaikan..Hal ini juga Hambali rahsiakan dari Jelita kerana dia tidak mahu Jelita meninggalkannya setelah tahu kebenaran akan pekerjaannya selama ini..

Hilman Aydan S3 (OG)Where stories live. Discover now