BAB 36🥀

311 9 1
                                    

Dahlia dengan mata memandang ke arah dapur yang dihuni oleh tiga ibunya sedang berperang itu. Lantas dia bangun melangkah ke arah pintu utama itu apabila loceng rumah ni dari tadi berbunyi.

"Abang.. bukan abang pakai baju lain ke tadi?" tanya Dahlia selepas memulas tombol pintu utama itu dan terpapar susuk yang wajah seperti suaminya tapi pakaian itu lain.

Tadi suaminya hanya berpakaian baju kemeja berwarna navy dan kot dibawa pada lengan Xavier tapi sekarang dia berpakaian semua hitam.

William hanya diam sambil mata menunduk memandang Dahlia yang pendek itu. Pendek jugak isteri kau ni Xavier.

"Abang... Siapa diorang tu?" takut Dahlia melihat tiga susuk yang berbadan sasa itu dengan baju t-shirt hitam.

William menunduk kepalamya ke bawah bagi menyamakan ketinggiannya dengan Dahlia itu.

"Vier tak cakap ke dia ada kembar. Hmm?" sinis William dengan senyum nipis diberikan kepada kakak iparnya itu.

"Kembar? Jadi awak siapa? Kembar Rean?" soal Dahlia bertubi-tubi dengan memandang pelik pada William.

"Tuan William, dia hampir tiba" William menekan dua kali pada earpods ditelinganya.

"Okay. Kau ikut je dia . Aku yang dah lain akan jaga depan" arah William lalu memberi arahan kepada ketiga-tiga lelaki yang berbadan sasa untuk bersedia mencari tempat persembunyian.

Selepas mendapat arahan mereka bertiga terus pergi ke tempat yang sepatutnya meninggalkan William dan Dahlia yang hanya menjadi boneka di situ.

"Ye aku kembar Vier. Nama aku William Adrean lebih kurang lah . Kau nak beza senang je tengok jenis warna rambut kitorang. Aku melt brown. Xavier nak kehitaman sikit" terang William.

"Liam. Kenapa tak cakap nak datang?" ujar Datin Zea yang baru tiba di depan pun utama itu.

"Mama, Liam takde masa. Sekarang Liam nak mama bawa yang lain duduk tempat biasa. Biar Liam selesaikan dekat depan ni. Nanti dah selesai Liam datang. Go mama now" arah William selepas menyalami ibunya itu.

Datin Zea lantas membawa Dahlia, Puan Hana dan Puan Aira ke tempat yang biasa seperti dikatakan oleh William tadi.

Tempat yang biasa adalah satu-satunya dimana tempat persembunyian mereka sekiranya ada orang datang menyerang mereka sekeluarga dan bilik itu juga sudah ada sebelum suaminya Wilder Ximon meninggalkan dunia ini.

William pantas menutup pintu utama dari dalam dan berdiri sambil menyilang tangan ke dada. Mata tertumpu pada susuk yang amat mereka benci, Tuan Razif bersama konco-konconya.

"Pergi menyelinap masuk rumah diorang dan jangan siapa yang perasan. Aku nak korang ambil perempuan tu dan bawa depan aku" arah Tuan Razif mengarah kepada anak buahnya itu.

Pantas mereka cuba ke halaman belakang rumah itu. Ada yang cuba memanjat satu tingkat itu untuk menyelinap masuk ke rumah itu.

Tuan Razif dengan langkah tenang melangkah ke arah pintu utama itu.

Prang!

Bukan dibuka dengan elok pintu itu malah Tuan Razif menednag pintu itu dengan kuat sehingga pintu itu terbuka. Tombol pintu utama pun turut rosak gerangan ditendang kuat oleh Tuan Razif.

"Hello my lovely daddy" sinis William yang berada salah satu sofa solo dengan kaki disilang ke atas. Tangan pula ligat bermain dengan pistol.

"Ouh..hello. Mana anak aku?" William berdecit. Haish sampai mati kau takkan dapat sujud ni.

"Mana aku tahu. Anak kau kan bukan anak aku. Eh. Lupa aku belum kahwin lagi sebab busy nak bunuh bapa tiri sorang ni" sindir William dengan wajah yang tenang.

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now