BAB 42🥀

277 10 6
                                    

Kepala dilentok pada pintu kereta itu .Mata merenung pada luar tingkap yang telrihat bangunan yang tinggi itu. Fikiran ligat memikir segala kenangan yang tercipta bersama arwah Puan Aira dahulu.

Walaupun kebanyakkannya ia dipenuhi kenangan pahit tapi ada jugak terselit kenangan manis dimana Puan Aira yang menjaganya ketika bayi sehingga menjadi kebudak-budakkan dan bila masuk ke fasa remaja dirinya sudah dihantar untuk bekerja di kelab malam itu.

Air mata sudah tidak mampu keluar gerangan sudah banyak air mata yang mengalir sejak kemalrin lagi. Kini dia hanya mampu redha dan menerima peninggalan arwah. Dia kena kuat. Untuk anaknya dan keluarga kecilnya.

Bagai terasa penat melihat jalan raya itu matanya dengan perlahan memejam. Dia ingin rehat.

Xavier yang memandu itu perasan akan Dahlia yang terlelap itu dengan perlahan memberhentikan kereta di tepi jalan.

Lantas seatbelt dibuka tangan Xavier menarik kepala Dahlia dengan perlahan dan membetulkan pembaringan Dahlia dengan menjatuhkan kerusi keretanya ke belakang dan  bantal kecil diletakkan di sisi Dahlia.

Xavier menepuk bahu Dahlia perlahan apabila melihat dahlia yang mula merengek itu.

"Shhh...sleep well, angel" ujar Xavier perlahan disisi telinga Dahlia itu.

Xavier lantas memakai semula seatbeltnya apabila melihat isterinya sudah berada dalam keadaan selesa lalu dia menyambung pemanduannya.

_________________________

"Ummi.." panggil Dahlia perlahan apabila ternampak susuk Puan Aira yang memakai berjubah putih bersama tudung sarung yang labuh turut dengan warna putih. Seri wajah Puan Aira turut seperti bidadari dan putih suci.

"Ummi" kali ini Dahlia cuba mengejar ke arah susuk Puan Aira yang berdiri tidak jauh dengannya bersama senyuman manis dihadiahkan kepadanya.

"Ummi" kata Dahlia lagi yang tidak penat menyebut gelaran ummi kepada Puan Aira itu. Dia cuba memeluk Puan Aira itu.

Puan Aira hanya tersenyum manis pada Dahlia dan mengelus pipi tembam Dahlia.

Dahlia hanya memandang Puan Aira bersama air mata yang cepat mengalir itu.

"Ummi jangan tinggalkan Lia. Lia nak ummi" kata Dahlia dengan suara seraknya.

Puan Aira mengeleng kepala lantas dia dengan perlahan memeluk badan Dahlia yang sudah berbadan dua itu. Bibirnya turut dengan perlahan mengucup pada ubun-ubun Dahlia.

Dahlia cuba mengejar Puan Aira itu semula apabila Puan Aira mula menolak badannya dengan perlahan dan berlalu pergi bersama langkah mengundur ke belakang serta senyuman manis tidak pernah hilang dari seri wajahnya.

"Ummi!!? Jangan pergi" tempik Dahlia apabila bayang Puan Aira itu mula menghilang dari pandangannya.

"Terima kasih maafkan ummi" getus Puan Aira perlahan lalu susuknya mula pergi ke arah satu pintu yang bercahaya putih itu.

"UMMI!!" terus terjaga tidur Dahlia apabila melihat pemergian Puan Aira itu.

"Kenapa, angel?" soal Xavier yang turut tersedar dari tidurnya apabila mendengar tempikan Dahlia itu.

"Abang...Ummi nak tinggalkan Lia" Xavier dengan pantas menarik kepala Dahlia masuk ke dalam pelukannya. Dan terdengar tangisan halus yang kian kuat melalui Dahlia itu.

"Dah..angel. Dah dua bulan ummi pergi, angel. Apa yang pergi biarkan dia pergi dengan tenang . Allah lebih sayangkan ummi sebab tu Allah nak ambil balik ummi dari kita" pujuk Xavier dengan mengosok badan belakang Dahlia itu.

"Dunia ni hanya sementara ,sayang. Kita dekat sini semua hanya pinjaman Allah. Allah bagi mama pinjam abah tapi hanya untuk sementara sahaja. Mama tetap redha dan terima kenyataan atas peninggalan arwah abah...."

".... dan sekarang Allah bagi abang pinjamkan angel untuk hidup bersama abang sehingga penghujung hayat dan kalau jodoh kita diberhentikan sebab atas dasar lain sorry abang tak sanggup.."

"Tapi kalau jodoh kita terputus disebabkan kematian abang redha. Abang akan cuba jadi seperti mama" sambung Xavier lagi dengan tangan tidak henti mengusap rambut panjang Dahlia itu.

Dahlia mengangkat kepala ke atas memandang sepi pada Xavier yang turut merenungnya.

"Dah jangan nangis okay. Nanti tak cantik my dahlia abang ni" Xavier menyeka air mata Dahlia yang sudah mula reda.

Dahlia menatap wajah suaminya yang handsome itu. Mata coklat cair. Rambut coklat pekat. Hidung mancung. Dan ada sedikit kesan calar pada hujung bibir tapi tidak mencacatkan kematangan seorang lelaki yang bernama Xavier Adrean.

"Heh..you're red now. Are you blushing ,angel?" usik Xavier mendekatkan lagi wajahnya pada wajah Dahlia.

"Ish..jangan lah dekat dengan muka Lia. Lia malu" pinta Dahlia pantas menutup wajahnya dengan kedua-dua belah telapak tangan.

"You blushing are my happiness, angel. So give me to see your face . Please ,angel"

"Tak nak"

"Ololoh ...comel je budak ni blushing"

"Jangan lah abang"

"Isteri siapa yang merah dah muka tu. Tapi buka setakat muka merah habis telinga pun merah juga tu" seloroh Xavier.

Dahlia pantas menutup telinganya dan tiba-tiba ada satu benda lembut menerjah pada bibir munggilnya dengan sekilas.

"Abang!!" jerit Dahlia. Haish cepat je buat kerja ye.

Xavier pula sudah tergelak nipis apabila melihat muka cemberut Dahlia itu.

Allahuakbar Allahuakbar...

"Hah dah azan tu. Angel jangan nak tidur. Bangun pergi ambil wudhuk lepastu turn abang pula" arah Xavier.

"Alah Lia nak abang dukung. Lia malas nak jalan" Dahlia menghulur kedua-dua belah lengannya ke arah Xavier minta didukung.

Xavier mengeleng kepala. Haish semakin hari semaki pelik perangai isterinya semasa mengandung ni. Dia jugak yang pening layan perangai mak buyung ni.

"Kaki ada tapi nak orang dukung kiva. Apa gunanya ada kaki tapi tak guna dengan baik" bidas Xavier tapi tangan tetap melakukan kerja dengan mencempung badan Dahlia itu.

"Hello. Siapa yang buat Lia mengandung? Abang kan. Sekarang Lia tengah mengandung anak siapa? Anak abang kan . Jadi abang yang kena bertanggungjawab dukung Lia jaga Lia suap Lia makan dan banyak lah abang kena buat untuk Lia" bebel Dahlia sambil mereka berdua melangkah menuju ke bilik mandi.

"Ye abang tahu , angel. Anything for my dahlia abang sanggup buat semuanya"

Xavier dengan perlahan meletakkan badan isterinya ke satu kerusi yang tersedia dalam bilik mandi lalu mereka berdua bersama mengambil wudhuk dan melakukan kewajiban Allah.

Disitu mereka terlihat sudah bahagia tapi adakah kebahagiaan mereka hanya sementara atau selamanya?

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now