BAB 59🥀

309 7 0
                                    

Wisha bersalam tangan Dahlia dan Xavier, abang sulungnya kembar abangnya yang satu lagi, William.

Troli yang terisi bagasinya ditolak perlahan apabila waktu penerbangan sudah tiba. Sebelum dia pergi dia menoleh ke belakang nya semula yang terlihat Dahlia yang duduk atas kerusi roda dan Xavier berada di sisi kerusi Dahlia itu.

Tidak lupa dengan Hasif yang berada dalam dukungan Xavier hanya sebelah tangan sahaja.

"Nanti call Kak Lia kalau dah sampai dekat sana. Sha jaga diri dekat sana" ujar Dahlia sambil melambai tangan kepada Wisha yang melihat mereka.

Wisha turut mengangkat tangan lalu dilambai kepada Kak Lia. Selepas dia berbuat sebegitu dia menolak troli bagasinya masuk ke satu jalan untuk dia menuju ke lapangannya.

Jauh mereka berdua memandang susuk Wisha yang berambut dark red panjang dengan pakaian hanya mengenakan blouse berwarna hitam dan seluar jeans.

Xavier memandang ke tempat lain. Dimana dari tadi dia perasan susuk itu yang asyik berdiri di salah satu tiang yang boleh dia menyorok.

"Angel pegang Hasif kejap abang nak ke sana kejap" ujar Xavier menghulur Hasif yang terlena dalam dukungan itu.

Dahlia mengangguk dan menyambut huluran Xavier.

Lantas dia pergi meninggalkan isteri dan anaknya sekejap untuk pergi ke arah susuk yang berbaju hoodie itu bersama lengan kiri yang berbalut.

Susuk yang memakai baju hoodie itu baru sahaja mahu pergi selepas melihat susuk Wisha yang sudah menghilang tiba di sapa oleh Xavier yang menyentuh bahunya.

"Aku tahu tu kau, Faq" terhenti langkahnya mahu yang pergi meninggalkan kawasan airport ini.

Tengku Faqih mengeluh dan memusing badannya menghadap Xavier yang berdiri di hadapannya dengan kening diangkat sebelah.

"Mana kau menghilang. Kitorang cuba cari kau sampaikan dekat rumah keluarga kau kitorang pergi tapi aunty cakap kau dah lama tak balik. Kau pergi mana selepas perist-"

"Jangan cakap kisah tu. Aku nak lupakan hal tu. Aku perlukan masa untuk terima semua ni. Mama dah takde. Pahtu aku terpaksa berpisah dengan isteri aku. Tambah pula aku ni tak lama lagi ayahanda aku nak beri sepenuhnya kuasa dia dekat aku. Jadi bagi aku masa" potong Tengku Faqih.

Xavier mengangguk tanda faham dan dia faham kenapa dan apa perasaan Tengku Faqih sekarang.

Selepas peristiwa hitam berlaku dimana Tengku Faqih yang dihempas dengan batu besar. Mikhael dan Thaqif cuba mengalihkan batu-bafu yang sudah terhempas pada lengan kiri Tengku Faqih.

Setelah itu Tengku Faqih dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut. Ikutkan Tengku Faqih tidak ingin tapi dia sendiri yang memaksa Tengku Faqih untuk buat juga dengan Noah, iaitu salah seorang kenalan mereka.

Dan sekarang lengan kiri Tengku Faqih patah jadi Tengku Faqih terpaksa dirawat dan pergi temu janji tapi selepas dirawat Tengku Faqih hilang dari wad selama seminggu.

"Aku kena pergi. Bagi aku masa dan jangan cuba cari atau jumpa aku. Assalamualaikum" kata Tengku Faqih berlalu pergi meninggalkan. Xavier selepas mereka berjabat tangan.

Xavier memerhati badan belakang Tengku Faqih yang melangkah pergi lalu dia kembali semula ke arah isterinya yang sedang menunggunya.

"Abang"

"Jom, angel Kita balik. Kita pergi rumah mama dulu" ujar Xavier menolak kerusi roda yang diduduki oleh Dahlia dan Hasif yang berada di riba isterinya.

Perlahan dia menolak dan mereka bertiga keluar dari kawasan lapangan terbang yang ramai pelancong yang keluar masuk itu.

________________________

Dia merenung tenang sambil kaki duduk bersila di persisiran pantai. Dengan angin pantai yang kuat dan bunyi ombak yang mengalir dapat menenangkan hatinya yang terlalu kecewa dan sakit.

Tangan kanan meraup pada kepala hoodie ya yang menutupi rambutnya yang hampir panjang sehingga ke bahu. Rambut panjang itu dibiarkan berlanggar dengan angin pantai ini.

Lama dia merenung pada langit malam ni terbit setitis air matanya. Sudah dia cuba bertahan dan tidak mahu setitis air matanya mengalir tapi akhirnya jatuh mengalir.

"I'm really miss you, daisy" getus Tengku Faqih perlahan sambil mata tetap merenung pada langit malam.

"Qih tak kuat, mama. Qih tak mampu tunaikan permintaan mama" katanya lagi dengan luahan yang dia tidak bisa luahkan kepada sahabatnya.

Sudah dia cuba mahu lupakan hal itu tapi hampir setiap malam dimana setiap kali dia mahu tidur pesanan Datin Zea yang terakhir sentiasa menghantui dirinya sendiri.

Tengku Faqih menunduk kepala melihat lengan kirinya yang berbalut. Di sebalik lengan yang dibalut terdapat kesan garis nipis yang panjang  gerangan semasa mereka mahu mengalih batu itu tanpa sengaja lengannya tergores dengan batu.

Kesan ini memang tidak mampu memulakan memory itu. Walaupun sudah dia cuba untuk lupakan tapi mengingatkan isterinya yang sudah selamat berada di negara Jerman atas sebab yang pernah Datin Zea katakan kepadanya dahulu tidak mampu menghilangkan kesan calar ini.

"Abang lepaskan sayang pergi atas kebaikan sayang. Walaupun abang tidak mahu berpisah dengan sayang tapi untuk kebaikan daisy abang lepaskan..." kata Tengku Faqih memandang langit malam bersama orang-orang yang sudah mula pulang ke rumah gerangan sudah hampir waktu tengah malam.

"...pergi lah dirimu tanpa diriku disisi. Tapi ingat bahawa dirimu adalah milik seseorang yang sedang menunggu mu disini....."

".....sejauh mana dirimu pergi ku tetap memerhati mu dari jauh meskipun dirimu tidak mengingati ku. Ku tetap setia menunggu dirimu sehingga dirimu puluh dan mengingati siapa ku padamu" kata Tengku Faqih perlahan lalu dia berlansung bangun dengan menongkatkan tangan kanannya.

Sebelum dia pergi dia memerhati bulan penuh yang terang menerangi bumi yang malam ni. Sesekali melihat bulan purnama itu terbayang wajah Wisha yang tersenyum bahagia ketika bersamanya dahulu.

Dia berlangsung pergi apabila keadaan yang membuatkan dia semakin rindu walaupun baru sahaja dia melihat Wisha di lapangan terbang petang tadi.

Dia pergi dengan hati yang dipenuhi dengan perasaan rindu terhadap seseorang yang dia cinta. Tapi terselit rasa kecewa kerana tidak mampu menunaikan permintaan terakhir buat arwah.

Andai ini adalah jalan yang terbaik dari Allah maka dia terima dengan seadanya. Meskipun perit menahan rasa rindu ini tapi dia harus terima. Ini ujian dari Allah kepadanya.

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now