BAB 40🥀

234 5 0
                                    

Dalam perjalanan mereka ke rumah Datin Zea hanya dipenuhi dengan kesunyian. Radio tidak pasang kerana Xavier tidak gemari mendengar lagu apatah lagi semasa memandu. Katanya itu mampu membuat kita leka.

Dahlia hanya senyap dengan jari jemarinya bermain pada hujung dressnya. Mata tidak mampu memandang Xavier yang bagai seperti singa kelaparan jadi dia hanya menunduk.

Tapi dalam hati sudah banyak dia berdoa agar Xavier tidak memarahi. Entah kenapa dia rasa Xavier bagai marah dengannya selepas dia berbual dengan Hanania.

Klak!

Terangkat bahu Dahlia apabila baru perasaan yang mereka sudah berada di dalam perkarangan rumah Datin Zea. Malah Xavier sedang berlari ke arah pintunya.

"Turun. Nanti malam abang balik. Kalau penat tidur jangan tunggu abang .Sayang tak perlu tunggu abang" ujar Xavier yang membuka pintu kereta Porchsenya untuk Dahlia keluar.

Dahlia mengangguk dan membolos keluar dari kereta itu.

"Pergi masuk" tegas Xavier tapi dengan suara yang lembut.

Dahlia hanya patuh dan pergi ke arah pintu utama rumah Datin Zea dimana ada Puan Hana yang tersenyum nipis kepada mereka.

Selepas kelibat Dahlia mula hilang Xavier lantas masuk ke dalam perut kereta dan kereta Porchsenya meluncur laju dari perkarangan rumah Datin Zea.

"Eh..Lia bila sampai? Vier tak cakap nak datang? Eh mana Vier?" soal Datin Zea bertubi-tubi.

"Baru je mama. Lia tak tahu abang pergi mana. Lepas beli barang baby dia terus hantar Lia dekat depan rumah lepas tu  pergi" jawab Dahlia.

"Korang bergaduh ke? Ibu tengok muka Xavier tu macam dingin semacam je" soal Puan Hana pula.

"Tak lah" Dahlia mengeleng. Dia sendiri pun tak tahu kenapa suaminya jadi sebegitu.

"Kalau macam tu Lia naik atas rehat nanti kalau nak apa-apa cakap je dekat mama dan ibu" arah Datin Zea yang tidak lagi menyoal Dahlia lagi.

Dahlia mengangguk lalu melangkah perlahan ke arah tangga tpai langkahnya terhenti apabila dia memikir sesuatu yang menghinggap dalam mindanya.

Dahlia berpaling ke belakang semula memandang dua wajah ibunya itu.

"Aaaaa...mama dan ibu dah jumpa ummi ?" tanya Dahlia perlahan kepada mereka.

Datin Zea dan Puan Hana memandang sesama sendiri serentak. Sudah berapa kali Dahlia menanyakan soal dimana Puan Aira. Mereka hanya mampu cakap yang Puan Aira sibuk.

"Sayang...ummi tak boleh datang. Dia tengah sibuk uruskan kelab tu. Dahlia tahukan kelab tu ummi dah tukar jadi tempat restoran" ujar Puan Hana.

Dahlia mengangguk. Dia tahu yang Puan Aira pernah mengatakan padanya niat ingin menukarkan kelab itu menjadi tempat yang baik dan dia jugak yang memberi cadangan kepada Puan Aira untuk membuat satu kedai makan.

Tapi kalau betul lah sibuk takkan sibuk sehingga tidak mahu jumpa dengannya langsung. Whatsapp pun dah cukup baginya tapi satu messanger pun Puan Aira tidak membalasnya.

"Tapi takkan ummi sibuk sampai nak balas messenger Lia pun tak boleh. Lia nak jumpa ummi. Lia rindu ummi" adu Dahlia yang membuatkan air matanya mahu mengalir.

Dahlia duduk berlutut ke bawah bersama air mata yang kian mengalir itu. Puan Hana dan Datin Zea yang melihat Dahlia yang terjatuh itu turut berlutut.

"Zea..." panggil Puan Hana perlahan memandang Datin Zea sambil tangan mengosok badan belakang Dahlia itu cuba memujuk Dahlia yang kian menangis itu.

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now