BAB 38🥀

320 13 1
                                    

Fireflies by owl city

"

You still ingat nama I lagi. Terharunya I" kata Hanania dengan selamba melabukan punggungnya pada kerusi berhadapan Xavier sekarang.

"Keluar" tegas Xavier.

"Kenapa nak suruh I keluar . I baru je sampai ni lagipun I datang nk nak bincang soal kerja tapi dah alang-alang you rakan sekerja I jadi boleh kita borak kosong. Dah lama I tak jumpa you lepas you tolak I dua tahun lepas" sinis Hanania.

"Aku takde masa nak borak dengan kau and for your information aku dah kahwin dan aku suami orang tak elok duduk berdua-duaan dengan perempuan lagi-lagi perempuan yang tiada maruah macam kau" bidas Xavier lalu dia berlalu bangun dan membuka pintu biliknya dengan luas.

"Excuse me...you kata I perempuan tiada maruah. You lupa ke apa yang you buat pada I dulu. I rela kan diri serah tubuh I pada you tapi you kata I tiada maruah" marah Hanania bangun dari duduknya dan melangkah ke arah Xavier.

"Bukan setakat kau sorang yang rela serah tubuh sendiri tapi ramai je perempuan yang pernah tidur dengan aku. Tapi sorry itu hanya kisah lalu aku dan aku dah tak buat semua itu" terang Xavier.

Bau minyak wangi Hanania itu membuatkan dia teringat akan perangai dia yang dahulu. Tak dia bukan macam tu.

Xavier menolak kasar badan Hanania itu apabila Hanania bagai mahu menggodanya .

"Sakit lah you. Sampai hati you tolak I" adu Hanania yang terduduk di atas lantai marmar itu.

"Keluar sebelum aku panggil security . Aku nak balik jumpa isteri aku. By the way isteri aku jauh lagi cantik tanpa mekap tebal dari kau yang cantik tapi cantik tu hanya bergantung pada mekap je" bidas Xavier dan berlalu keluar meninggalkan Hanania yang terduduk ke bawah itu.

Hanania memandang tajam kepada susuk Xavier yang meninggalkannya sebegitu. Dia bangun dengan menepuk pakaiannya yang berkedut tadi. Lantas dia mendengus kasar keluar dari bilik Xavier itu.

Pekerja yang melihat Hanania yang baru keluar itu menahan ketawa. Hanania yang perasan itu berpaling ke arah salah satu staff yang tertawa terbahak-bahak itu. Sindir aku ye.

"Kesian orang tu kena reject. Dah tahu boss kito orang dah berpunya nak jugak" ujar Wawa

"Weyhh.. korang pernah tak jumpa isteri Tuan Xavier. Aku ada jumpa masa nak hantar dokumen tu..pehh cantik weyh. Macam bidadari dari syurga aku tengok isteri Tuan Xavier tu" ujar Shasha yang pernah melihat isteri Xavier itu.

"Yeke? Aku pun nak tengok juga. Memang patut lah Tuam Xavier jadikan Puan Dahlia tu isteri dia. Cantik. Sopan-santun. Lepastu pandai jaga diri" kata Husna pula yang sindir kepada Hanania itu.

"Hmm aku dengar minggu depan akan adakan majlis persaraan Datin Zea. Sebab Datin kan dah serah syarikat ni dekat Tuan Xavier jadi masa majlis tu korang boleh tengok lah isteri Tuan Xavier" ujar Shasha lagi.

"Wah..tak sabar aku nak tengok isteri Tuan Xavier tu" ujar Husna dan Wawa serentak.

Hanania yang mendengar itu lantas pergi dengan langkah yang kasar. Dalam dia berjalan keluar ada satu idea yang bernas terbit dalam mindanya itu.

"I akan pastikan you jadi milik I, Xavier. Xavier Adrean hanya milik kepada Hanania Zuharya seorang sahaja" guman Hanania yang tergelak jahat.

_______________________

Dahlia mengeluh halus gerangan penat bermain dengan kain yang berada di atas kepalanya ini. Belit dekat sana tak okay belit dekat sini tak okay. Haish semua tak kena dengan citarasanua sekarang.

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now