BAB 54🥀

248 9 0
                                    

"Assalamualaikum....Eh baby Sif pun ada" sapa Wisha dengan perasaan teruja masuk ke rumah agam Datin Zea dan berlari anak ke arah Haisf yang berada dalam dukungan Dahlia.

Tengku Faqih hanya mengeleng kepala melihat telatah isterinya yang teruja itu. Tangan yang membawa beg kertas itu di bawa masuk ke dapur. Itu semua barang dapur yang dipegang oleh ibu mertuanya .

"Ish...pipi dia ni bam bam..geram je nak cubit" kata Wisha selepas akhirnya Hasif berada dalam dukungannya pula.

"Kau jangan nak ngada cubit anak aku. Kalau kau nak cubit pergi buat anak lepastu cubit lah anak kau sampai merah pipi dia" hampir mahu tersedar Tengku Faqih yang berada di dapur setelah mendengar kata-kata Xavier yang tidak terlindung.

"Sedap dia punya mulut... main cakap sampai tak boleh nak tapis. Ni kalau anak kau besar ni lepastu dengan mulut main bidas tu memang ikut kau. Sebab bapa dia dulu tak reti nak jaga perasaan orang" sinis Wisha pula mengulingkan mata ke arah Xavier.

Dahlia pula mengeleng kepala melihat perang dingin dua beradik ni. Ni baru dua kalau tambah satu lagi dekat sini memang habis rumah ni bunyi suara tiga beradik.

Terselit rasa terhibur apabila dia melihat pergaduhan kecil antara adik beradik. Dia anak tunggal jadi dari kecil lagi dia tidak dapat merasa kehidupan bersama adik beradik. Tapi apabila dia hadir dalam rumah ni.

Hadir dalam kehidupan suaminya dan keluarga yang gah besar dia merasa seakan berasa apa yang dia inginkan dulu sejak dia hidup selama 25 tahun.

Dahlia dan Xavier hanya beza 10 tahun sahaja. Bukan nak kata apa tapi mungkin Allah telah tetapkan jodoh Xavier lambat sikit.

Xavier memandang susuk Tengku Faqih yang keluar dari dapur itu dan berjalan ke arah mereka di ruang tamu.

Tengku Faqih turut memandang Xavier yang berada di sofa bersama Dahlia yang berada di sebelah Xavier sambil maa memandang isterinya sedang bermain dengan Hasif.

Mereka berdua berjabat tangan. Lalu Tengku Faqih melabuhkan punggung dimana isterinya duduk bersama Hasif dalam dukungan yang sedang tergelak tawa dengan Wisha yang tengah nyakat Hasif.

"Abang nak dukung Hasif tak?" belum sempat Tengku Faqih mengangguk Wisha lantas memberi badan Hasif yang kecil itu kepadanya.

"Hello boy" sapa Tengku Faqih yang tiada rasa segan dan kelok apabila mendukung Baby Hasif anak kepada abang dan kakak iparnya itu.

Macam tak percayakan member sendiri jadi abang ipar aku. Tu lah siapa suruh tercrush dekat adik member kau kan member kau jdi abang ipar kau sekarang.

"Korang cepat sikit dapat anak tu. Aku tengok Alex tu macam nak bawa lari anak aku je" sinis Xavier memandang pasangan suami isteri yang ralit bermain dengan anak lelakinya.

Tengku Faqih dan Wisha serentak berpaling ke arah Xavier yang selamba itu.

"Rilex  lah aku dengan Sha baru je kahwin berapa bulan kau nak paksa kitorang dapat anak. Anak rezeki Tuhan bro. Kalau ada ..ada lah" tenang Tengku Faqih sambil mendodoikan Hasif yang kian mahu terlena.

"Kau pun tahu kau perkahwinan aku dan Sha masih berahsia. Lagipun ibu bapa aku tak tahu hal ini dan ini bukan masa yang sesuai. Kau pun tahu kan kita dalam pemburuan Tuan Razif tu" sambung Tengku Faqih.

Xavier bangun dan berjalan ke arah Tengku Faqih dan Wisha itu. Haisf yang berada dalam dukungan Tengku Faqih diambil dengan perlahan lantas di beri kepada Dahlia .

Menyuruh Dahlia membawa Hasif tidur di dalam bilik mereka. Dahlia yang tahu riak wajah suaminya lantas mengambil dan pergi meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu.

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now