BAB 57🥀

232 8 0
                                    

Matanya dibuka perlahan apabila terasa terlalu lama di pengsan. Sebelum dunia dia gelap dia nampak Tuan Razif dan konco-konconya datang ceroboh rumah agam Datin Zea.

Di mana juga dia lihat Puan Hana iaitu ibunya terbaring lemah dengan darah yang berlumuran pada abdomen.

"My daughter is wake up. Are you sleep well, daughter?" sinis suara itu.

Dahlia yang mendengar suara itu pantas mengangkat kepala memandang Tuan Razif aka bapa yang tiada hati nurani . Terlihat Tuan Razif dengan wajah senang lenang duduk di atas kerusi kayu.

"Mana anak aku" amarah Dahlia dengan tegas menghiraukan riak wajah Tuan Razif yang selamba.

"Ouh..cucu aku ada je. Kamu jangan risau" sinis Tuan Razif dengan senyum yang seram dituju kepada Dahlia.

Dahlia cuba kuatkan dirinya dengan membuang perasaan takut yang menyelebungi hatinya. Dia kena kuat untuk hadap semua itu.

"Kau nak apa hah!! Tak serik lagi ke kau dah buat pada keluarga aku" geram Dahlia.

Tuan Razif tidak menjawab pertanyaan Dahlia malah dia melangkah ke arah Dahlia dengan tangan diikat ke atas dengan rantai besi dan kaki turut diikat juga dengan rantai besi.

Dia dengan wajah tenang berjalan mengelilingi Dahlia. Selepas berjalan mengelilingi itu dia cuba dekatkan wajahnya pada sisi telinga Dahlia yang ditutupi dengan tudung sarung itu.

"Aku hanya nak pembalasan" getus Tuan Razif sinis pada telinga Dahlia.

"Pembalasan ke atas bapa mertua kau yang terlalu sok sok alim" kata Tuan Razif.

"Dan dia melibatkan mak mertua kau tu.."

"Ouh...mesti kamu tak tahu kan yang sebenarnya mak mertua kamu tu bekas ketua mafia yang digeruni di Jerman dan sekarang ketua baru bagi kumpulan tu sudah bertukar pada adik kesayangan dia di Jerman. And what the surprise me...." Tuan Razif merenung tajam kepada Dahlia yang hanya menunduk kepala sambil mendengar apa yang dibualnya.

Tuan Razif mendongakkan dagu Dahlia ke atas ingin Dahlia melihat wajahnya yang penuh sinis itu.

Pipi mulus Dahlia ditekup dengan pegangan yang cukup kuat sampai dahlia mengadu kesakitan.

"Datin Audrey Zea adalah tunang aku dulu. Tapi disebabkan jantan tu yang pergi meminang tunang aku dan dia lebih rela putuskan tunangan aku untuk lelaki kaya tu" geram Tuan Razif menolak pipi yang ditekupnya dengan kasar.

"Memang patut mama putuskan tunangan kau. Sebab kau tak layak jadi ketua keluarga . Tak layak langsung. Perempuan lain pun tak hingin lah nak kahwin dengan kau yang jantan yang pentingkan diri sendiri" amarah Dahlia.

Pang!

Terasa berpinar-pinar pipinya gerangan ditampar kuat oleh Tuan Razif tanpa dia sempat menyedarkan sekeliling bahasa emosi Tuan Razif sudah sampai kemuncak. Marah.

Ada kesan calar yang berwarna merah muncul pada hujung bibirnya. Bercampur pula pipi kanannya menjadi merah gerangan mulutnya yang putih susu itu.

"Was" panggil Tuan Razif dengan suara yang sedikit keras lebih kepada menahan kemarahannya itu.

Lalu muncul lah seorang lelaki yang tinggi lampai dengan badan yang cukup sasa bernama Was itu bersama sesuatu kain yang berwarna biru dibaluti dalam dukungan Was itu.

Luas mata Dahlia melihat satu kain yang berada dalam dukungan lelaki yang bernama Was itu. Dia kenal dengan warna kain itu.

"Hello cucu kesayangan, Kenapa nangis? Nak mummy ke?" selamba Tuna Razif berkata kepada bayi yang diambil dari Was.

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now