BAB 44 🥀

195 8 0
                                    

Wisha berdiri sambil mencengkak pinggang merenung tajam kearah pada satu figura lelaki yang tersenyum senang.

Dasar William cengeng. Metang-metang kau jadi wali aku lepastu kau ambil kesempatan pergi rakam majlis akad nikah aku. Haish Masa bila dia rakam aku tak perasan. Sebab aku time tu tengah nervous.

"Cantikkan babygirl aku dalam video tu" sinis William.

"Of course aku cantik tapi kecantikan aku ni tak payah lah sebar dekat depan orang malu tahu tak. Tak pasal-pasal mama tengok muka aku gugup tu. Kau memang nak kena dengan aku" bidas Wisha kepada William yang beriak tenang.

"Ni hadiah perkahwinan kau dari aku. Lain daripada yang lain kan" seloroh William sambil fokusnya berpindah pada skrin telefon. Dimana rakaman video yang dia sebarkan petang tadi itu.

Dalam hati terselit rasa lega dan bahagia selepas melihat adiknya akhirnya sudah merangkuk masuk ke alam rumah tangga bersama lelaki yang tepat.

Lelaki yang bernama Tengku Faqih Adyyan. Pemimpin dalam team mereka dan juga sahabat mereka sejak dari zaman kecil lagi.

Wisha meneliti susuk William dari atas sehingga ke bawah. Lama dia memerhati William yang sudah ralit dengan telefon bimbit itu dengan perlahan tangannya merengang sedikit biar berbunyi.

Dengan langkah berjaga-jaga dia pergi dan....

"Padan muka kau" sinis Wisha memandang William yang terbaring di lantai marmar itu.

Lantas Wisha mengambil telefon William yang jatuh itu. Jari jemari cepat berkerja membuat sesuatu.

Kau main dengan aku memang kerja gila aku balas dekat kau.

"Done" getus Wisha selepas melakukan kerja gilanya itu. Telefon dia letak pada dada bidang William yang terlapik dengan baju t shirt hitam.

Tangan mengosok rambut coklat cair William sehingga menjadi kusut dan dia berlalu bangun pergi meninggalkan abangnya di ruangan tamu seorang di waktu malam.

Semoga tak terkejut ye dengan hadiah aku esok.

____________________________

Pelbagai bunyi dibunyikan oleh Xavier di dapur.  Entah apa dimasak tu macam bunyi tu nak pergi perang jepun .

Dahlia pula senyap sambil merenung si suami yang sedang bertungkus lumus memasakkan makanan yang dia idamkan.

"Dah siap. Cuba angel rasa okay tak. Kalau tak okay abang boleh buat yang baru" Xavier menolak perlahan satu pinggan kaca yang berisi nasi putih dan satu mangkuk kaca putih yang terisi gulai ikan patin.

Ni dari pukul 3 pagi lagi Dahlia mengejutnya tidur untuk masakkan gulai ikan patin tu. Haish dia yang mendengar jenis makanan tu pun dia dah tak tahu nak masak macam mana.

Setakat makanan western ke dia reti lah ni masakan melayu ni memang dia kurang tahu.

Baru he nak kata beli je tapi Dahlia pantas buat drama air mata tu. Haish memang nak kena belajar masak lah.

Selamat ada google jadi semua aku main campak jelah ikut apa yang dalam resepi tu kalau tak sedap memang aku cari orang yang buat resepi tu.

Apa guna share resepi tapi tak sedap. Menyusahkan orang je.

"Tak payah lah ni pun Lia tengok macam sedap je" ujar Dahlia kepada Xavier. Dahlia mengambil sedikit kuah gulai ikan patin itu sedikit .

"Baca bismillah, angel" tegur Xavier.

Dahlia membaca bismillah lalu kuah itu disuapkan ke dalam mulutnya.

Xavier memandang isterinya yang mencuba masakannya buat kali pertama yang tak pernah-pernah terniat nak belajar.

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now