BAB 43🥀

253 9 0
                                    

Sebulan telah berlalu. Akhirnya dia sudah menerima pemergian arwah umminya, Puan Aira. Sekarang kandungannya sudah berusia 5 bulan tinggal beberapa bulan sahaja lagi anak ini bakal dilahirkan.

"Angel...." terhenti lamunannya apabila suaminya memanggil dan berada dibelakang dia sekarang.

Dahlia mendongak kepala ke atas memandang wajah kacak imannya yang sentiasa ada di sisinya malah tidak lari daripada tanggungjawab dia sebagai seorang suami.

"Jom...semua dah settle. Tinggal sayang je sekarang" Dahlia mengangguk perlahan lantas cuba bangun dari tempat duduknya dengan bantuan Xavier.

Perlahan-lahan dia berjalan bersama Xavier di sisinya sehingga tempat yang ingin dituju semakin hampir dan terlihat sedikit. Orang ramai yang melihat ketibaan susuk Dahlia itu tersenyum kepada pasangan itu.

"Lia, nah gunting. Gunting reben tu" arah Datin Zea menghulur gunting kepada Dahlia.

Tapi yang mengambil huluran itu bukan Dahlia tetapi Xavier. Dahlia pula hanya buat tak layan je.

Lantas tangan mereka berdua sama-sama memegang gunting itu dan mengunting reben itu bersama-sama.

Woooooo....

Selepas reben itu terputus mereka semua yang berada di situ sama-sama bersorak dan bertepuk tangan kepada pemilik restoran yang baru.

Mereka semua mula masuk ke dalam restoran itu untuk meraikan hari yang penting untuk Dahlia yang telah menjadi pemilik restoran yang bernama AR RESTAURANT .

Nama yang dicipta oleh Dahlia sendiri dan nama itu diambil dari singkatan nama Puan Aira.

"Angel..duduk dengan mama dan ibu okay biar abang pergi ambil makanan untuk sayang. Sayang nak makan apa?" soal Xavier sambil dia menolong isterinya untuk duduk.

"Lia ikut abang je" balas Dahlia.

Xavier mengangguk bersama senyum manis kepada isterinya lalu dia pergi meninggalkan isteri bersama ibu dan mak mertuanya.

Datin Zea dan Puan Hana melihat kemesraan pasangan itu sudah berasa lega. Bahagia.

"Lia dah check ke jantina anak Lia tu?" soal Puan Hana kepada Dahlia.

"Tak. Lagipun abang  tak kisah lah lelaki ke perempuan asalkan anak kitorang sihat"

"Ni dah fikir ke nama apa nak bagi dekat anak Lia tu mana tahu Vier awal-awal dah standby" usik Datin Zea pula.

"Ish..mama ni. Nama tu Lia bagi abang yang bagi tapi abang tak cakap pun nama apa dia kata nanti baby dah keluar baru boleh tahu" cebik Dahlia. Suaminya ni nama anak pun nak berahsia dengan dia haish.

Tercetus gelak nipis kedua-dua wanita yang berusia itu apabila melihat cebikkan Dahlia itu.

"Akak!" hampir mahu luruh jantungnya ini apabila disergah dari belakang.

"Sha kenapa main sergah orang macam tu kan Tak pasal-pasal terberanak kakak ipar kamu tu" marah Datin Zea kepada Wisha.

Wisha tersengih macam karang busuk kepada ibunya. Lalu dia meminta maaf kepada Dahlia.

"Mana suami Sha?" tanya Dahlia kepada Wisha. Lama sangat dia tak lihat wajah adik iparnya ini. Tapi bila balik dari oversea ni makin berseri-seri ya wajah pengantin baru ni.

"Ada tu dengan kawan dia tu. Suami Kak Lia pun ada juga" Wisha melabuhkan dirinya bersebelah Dahlia itu.

"Ehh along kamu tu kata nak ambil makanan untuk bini tapi menyempat dia singgah situ ehhh" bebel Datin Zea .

"Nanti along mari mama sekeh je dia tu sekali dengan Qih pun mama sekeh juga" sinis Wisha.

Dalam beberapa minit mereka berempat berbual kosong akhirnya muncul dua susuk jejaka yang tinggi lampai bersama lauk pauk yang berada di pinggan.

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now