BAB 53🥀

301 10 4
                                    

Dia mengeliat kecil selepas rasa penat sudah hilang digantikan dengan tidur entah berapa lama dia sendiri tidak tahu.

Xavier terkejut apabila susuk isteri dan anaknya hilang dari katil pesakit ini. Laju dia bangun dengan mencari ruangan tandas dan seluruh ruangan wad VIP. Tapi masih tidak dijumpai.

Lantas dia keluar ingin bertanya kepada sesiapa jika ada ternampak isteri dan anaknya. Takkan nak cakap Dahlia lari daripadanya padahal Dahlia masih koma.

Selepas dia bertanya kepada orang-orang dia hospital itu semuanya hampeh. Tiada siapa yang nampak.

Dia berlalu masuk ke wad isterinya semula. Buka sahaja pintu wad VIP itu.

Dia terkaku.

Mata melihat seorang wanita yang bertudung shawl putih cream sedang mendodoikan bayi yang berada dalam dukungan wanita itu.

Hanya badan belakang susuk wanita itu yang terlihat tapi dia tahu. Xavier tahu. Susuk itu. Bukan wanita yang dia tidak pernah jumpa malah wanita itu......

"Angel" getus Xavier perlahan tapi mampu didengari oleh wanita itu.

Wanita yang mendengar panggilan Xavier perlahan berlalu memusingkan badannya dengan mata memandang Xavier yang seperti terkesima.

"I'm dream , right" kata Xavier seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang.

Adakah ini hanya mimpi? Kalau mimpi biarlah dia merasainya buat sementara.

Wanita itu melangkah perlahan bersama Hasif yang berada dalam dukungannya itu. Dia tanpa rasa ragu dan takut mengelus pipi Xavier dengan perlahan.

"You're not dream, abang. I'm your wife, Dahlia Aryana...your dahlia and your angel too" ujar Dahlia bersama senyum manis dituju kepada suaminya yang masih terkaku.

Xavier pantas memeluk Dahlia dengan erat bersama Hasif yang berada dalam dukungan Dahlia itu.

Lama mereka dalam keadaan begitu. Xavier melepaskan rindu terhadap isterinya yang telah membuatkan hidupnya sunyi tanpa ada Dahlia.

Akhirnya Dahlia sendiri yang meleraikan pelukan itu gerangan merasa Hasif yang tiba merengek .

Dahlia perlahan mendodoikan dan menenangkan Hasif yang merengek itu sambil ada maga yang memerhati pergerakannya. Siapa lagi kalau bukan Xavier.

"Lia nak letak Hasif dekat katil sekejap" kata Dahlia melangkah ke arah katil pesakit yang tidak dihuni oleh dirinya.

Perlahan badan Hasif yang kecil dilabuhkan pada atas katil hospital.  Tangan menepuk perlahan pada dada Hasif tidak mahu Hasif sedar.

Xavier pula melabuhkan diri pada satu sofa yang tersedia dalam wad VIP sambil mata merenung setiap pergerakan isterinya.

Dahlia melabuhkan punggung di sisi Xavier selepas Hasif sudah terlena dengan mimpi yang indah. Wajah suaminya ditatap puas.

Semasa dia sedar dari koma dia terkejut gerangan ada tangannya menggenggam erat tangan kecilnya itu. Ternampak Xavier yang tidur dengan lena jadi dia dengan rasa kesian tidak mahu mengejut suaminya.

Mungkin Xavier penat sampaikan terlena. Dan dia turut terkejut. Kejut kuasa dua. Apabila mula perasan susuk bayi yang lena dia sisinya.

Dia tahu siapa bayi ini. Itu adalah anak mereka berdua. Dari wajah Hasif lagi dia dapat mengecam anaknya. Kerana Hasif lebih banyak mewarisi setiap seri wajah Xavier berbanding dirinya hanya mata dan mulut sahaja.

"Bila angel sedar lagi?" soal Xavier tiba-tiba.

"Dalam beberapa jam yang lalu. Masa abang tidur Lia sedar" jawab Dahlia dengan tangan mengaru kepala yang tertutup dengan tudung shawlnya.

"Kenapa tak kejutkan abang?"

"Lia tengok abang lena sangat tidur jadi Lia tak nak kacau abang tidur. Yang abang bangun tengok Lia dan Hasif takde tu sebab Lia pergi jumpa doktor sekejap" jawab Dahlia lagi dan meletakkan kepala pada atas peha Xavier. Mata menatap suaminya dari atas.

"Tapi yang penting Lia dah sedar. Lia rindu sangat dekat abang. Abang tak rindukan Lia ke?" Xavier menunduk memandang isterinya yang turut merenung dirinya. Hidung dicuit lantas dia dengan perlahan mengucup dahi luas Dahlia.

"How I can say I not miss you actually I the one who miss you and love you so much. Hilang sayang , hilanglah perasaan gembira abang. Sayang tidur terlampau lama sampaikan abang ni sentiasa diselebungi dengan rasa kesal pada angel" tenang Xavier.

"Lia minta maaf.."

Xavier mengangkat kening sebelah.

"Lia minta maaf sebab Lia tinggalkan abang terlalu lama dan Lia biarkan abang tanggung dan pikul semua tanggungjawab ni. Tapi Lia bersyukur sebab dalam Lia koma abang tetap tunggu Lia sedar walaupun sampai bila abang kena tunggu.."

"Sampai ke hujung hayat abang sanggup tunggu sayang. Kerana hanya angel yang mampu memberi sinaran kepada kehidupan abang. Kalau angel nak tahu dulu hidup abang sunyi dan gelap bagai tiada satu cahaya yang ada untuk sinarkan hidup abang tapi ada satu cahaya yang paling berharga buat abang...." potong Xavier dengan perlahan mengangkat kepala Dahlia menghadap wajahnya.

Mata mereka saling bertembung. Xavier merapatkan dahinya sehingga bertemu dahi Dahlia. Perlahan Xavier memejamkan mata. Dahlia yang melihat Xavier memejam mata turut merapatkan matanya.

"Dan cahaya yang paling berharga yang pernah abang jumpa selama abang hidup 35 tahun adalah seorang wanita yang berada dihadapan abang sekarang. Dahlia Aryana jodoh yang Allah telah tetapkan untuk abang....." sambung Xavier .

"Tak lupa anak kita Arman Hasif adalah cahaya yang kedua buat abang" Xavier perlahan mendekatkan bibirnya sehingga bertemu dengan bibir munggil Dahlia. Hanya sekilas.

"Bunga Dahlia yang menyinarkan lagi kehidupan aku" getus Xavier lantas sambung mengucup Dahlia.

__________________________________

"Alah abang...boleh lah...Lagipun Lia dah ada banyak tenaga bukan banyak tapi terlebih tenaga Lia ada" adu Dahlia kepada Xavier yang tenang dengan menyilang tangan ke dada.

"No, angel. Selepas apa yang berlaku dekat angel sebulan lepas abang akan ketatkan pengawalan angel" kata Xavier.

"Please lah abang..sekali ni je lepastu Lia tak buat dah" pujuk Dahlia yang masih cuba melembutkan hati suaminya yang keras macam batu. Entah apa di makannya suaminya dulu masa kecil.

"Tak baik mengumpat suami sendiri" tenang Xavier.

Dahlia tergaman. Haish tahu lah dia boleh baca fikiran orang tapi kalau dah tahu jangan lah tegur. Nanti sakit hati pula diterima .

"Abang nak pergi tengok Hasif takut Hasif sedar ke"  baru sahaja Xavier mahu membuka langkah tangannya sempat dipegang oleh Dahlia .

Dahlia dengan tenang meletakkan kepala pada dada bidang suaminya.

"Abang...." panggil Dahlia meleret dengan jari runcingnya bermain pusing-pusing pada dada bidang Xavier.

'Damn, not this' getus Xavier dalam hati.

Sudah lali dia dengan taktik ini. Seribu kali diguna taktik ini memang seribu kali juga dijatuh dalam taktik Dahlia yang cuba memujuknya dengan mata yang bulat merenungnya lama.

"Fine..abang kalah. Angel bersiap. Hasif biar abang yang siapkan. Cepat lambat abang tinggal angel" arah Xavier.

"Jangan macam tu. Abang tunggu Lia kejap je" setelah mendengar kata suaminya dengan laju dahlia berlari anak melangkah tangga sehingga masuk ke bilik.

Xavier mengeleng kepala sambil tersenyum nipis melihat telatah isterinya yang teruja selepas dapat keluar.

Dia bukan apa. Selepas kejadian yang menimpa isterinya sebulan yang lalu. Dia dengan cuba mengetatkan pengawalan Dahlia untuk sentiasa ada di rumah. Dan tidak keluar rumah

Kerana takut berlaku apa-apa pada isterinya dan ada masalah yang belum dia selesaikan.

Masalah yang dia sendiri yang bila dapat mereka merasai aman dan damai.

"Cepat tau angel.." kata Xavier dengan kuat dari tingkat bawah sambil melangkah ke arah sofa kecil yang dihuni oleh Hasif yang sedang cuba mengengsot itu.

"Ye lah" jerit Dahlia.

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now