BAB 39🥀

265 10 0
                                    

Hmmm...kenapa susah sangat eh nak pilih ni. Dua-dua cantik. Dahlia berkerut dahi memikir baju baby yang tersangkut pada tempat yang sedia ada. Pening nak pikir.

Haish mana lah laki aku ni. Kata pergi tandas sekejap je tapi dia punya kejap tu sampai dia pun lenguh nak berdiri lama-lama. Dia ingat aku ni bawa anak dia ni tak berat ke.

"Angel..sorry abang lambat" senyum Xavier kepada Dahlia yang cemberut itu.

"Ish..abang ni pergi tandas ke pergi buat tandas"

"Betul lah tu"

"Betul apa?" Dahlia memandang suaminya pelik. Apa yang betul nye.

"Betul lah tu. Abang pergi buat tandas. Sebelum abang nak masuk tu abang pergi pecahkan mangkuk tandas tu lepas tu abang tukar baru hah lepas tu abang tak guna pun yang tu abang pergi sebelah pula"

"Yang tu abang buat apa tinggal?"

"Abang bagi pakcik cleaner tolong gunakan" seloroh Xavier sehingga tercetus gelaknya.

"Banyak lah abang punya pakcik cleaner tolong guna. Sekarang abang tolong Lia pula. Tolong pilih baju baby ni" kata Dahlia menunjukkan baju baby yang membuatkan dia tertarik.

"Angel...kan abang dah cakap apa yang angel nak sayang ambil je. Nanti yang bayar duit abang juga"

"Tak boleh . Lagipun kita tak tahu anak kita perempuan ke lelaki jadi nanti membazir lah kalau beli dua-dua terus. Abang sendiri yang tahu kan amalan membazir ni semua kerja syaitan. Syaitan tengok benda yang membazir pun dah kira makanan dia lepastu-"

"Sayang....nak membebel pun jangan lah dekat kedai orang ni. Dah lah ramai orang tengok pelik dekat sayang yang duk dari tadi membebel entah apa-apa" potong Xavier dengan menutup mulut isterinya dengan jari telunjuknya.

"Ishh...abang ni Lia baru je dapat keluar hari ini abang dah marah kan Lia sebab bebel. Yang abang tu dah berapa kali janji ajak keluar beli barang baby tapi abang kata busy lah apa lah Lia buat senyap je" Xavier menepuk kepala sendiri semakin dia tegur suruh berhenti semakin di buat Puan Dahlia kita sorang ni.

"Hah..abang tepuk dahi abang tu mesti penat layan perangai Lia kan. Abang mesti Tak sayang kan Lia sebab Lia selalu buat abang penat. Aban-"

Cup

Terhenti Dahlia yang ingin membebel panjang apabila merasa satu benda lembut yang menghinggap di bibirnya.

Xavier terus menjauhi Dahlia yang masih terkaku di tempat itu.

"Ish abang ni...nanti orang tengok lah" Dahlia memukul bahu Xavier dengan kuat.

"Dah sayang tak nak berhenti cakap abang terus tutup lah mulut sayang tu" sinis Xavier.

Dahlia menjeling ke arah suaminya itu. Dasar pak Cik tua. Tua-tua pun menggatal lagi padahal nak jadi bapa orang dah.

"Abang bukan tua sangat sampai Angel nak kata abang ni pakcik tua" bidas Xavier. Dahlia yang mendengar itu berpaling ke arah Xavier itu.

Haish laki aku ni ilmu apa dipakai tu sampai boleh baca fikiran aku ni.

"Takde ilmu apa yang abang guna. Abang sejak lahir dah boleh baca fikiran orang" bidas Xavier dengan tenang.

"Okay sekarang angel dah habis pilih kan . Yang tu kita ambil dua-dua boleh buat simpanan. Dah jom kita pergi bayar. Lepastu makan. Sayang nak makan apa?" tanya Xavier sambil membawa balik yang dipenuhi dengan barang baby sahaja.

Tangan isterinya turut dia heret tapi tidak dengan langkah yang laju. Kesian dekat isterinya yang membawa anaknya yang sudah berusia 2 bulan itu.

Dahlia yang mendengar perkataan makanan terus mata bersinar-sinar dan kepala ralit memikir apa yang dia ingin makan hari ini. Kena minta yang boleh puaskan dia sebab dah sebulan sekali boleh keluar. Kadang dalam.sebulan tak keluar pun.

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now